Bab 9: Tangkap basah

378 10 0
                                    

Beberapa hari kemudian, Cahaya kembali tersenyum dan menjalani hari seperti biasa. Dia redha dengan apa yang terjadi. Setiap yang hidup pasti akan mati.

•••••

Di rumah Muaz dan Isya....

"Assalamu'alaikum" seseorang mengetuk pintu.

"Kacau laa! Apa hal datang rumah aku malam-malam buta ni! " Seorang lelaki membuka pintu.

"Kami pencegah maksiat dari jabatan agama mendapat laporan yang mengatakan berlakunya maksiat dalam rumah ni"

"Mana ada? Siapa yang buat laporan tu?"

"Maaf, kami perlu masuk untuk membuat pemeriksaan"

Kata lelaki itu lalu masuk ke dalam rumah.

"Apa ni? Main masuk rumah orang tanpa izin"

Mereka memasuki dari satu bilik ke bilik yang lain sehingga salah seorang dari mereka menjumpai seorang perempuan yang sedang menyorok dalam tandas.

Pada malam itu juga, mereka di paksa kahwin dan perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.

•••••

Keesokan harinya....

Cahaya baru sahaja habis kelas. Dia duduk di bangku yang berhampiran dengan tempat letak kenderaan. Cahaya selalu menunggu Edelis di situ.

Muaz datang lalu menarik lengan Cahaya.

"Sakit lah. Lepas boleh tak?" Kata Cahaya. Cahaya tersentak

"Kau jujur! Kau ke yang lapor dekat Jabatan Agama yang kitaorang tinggal sebumbung tanpa ikatan?!" Tanya Isya

"A-aku tak tau apa-apa pun" Jawab Cahaya

"Kalau bukan kau ,siapa lagi? Disebabkan Kau, kitaorang kena tangkap basah, tau tak? Kau je yang tau kitaorang tinggal sebumbung" Kata Muaz

"Aku tak tau pun yang korang kena tangkap basah. Aku tak buat laporan semua tu. Percayalah" Kata Cahaya

"Kau tipu!" Kata Muaz

Kesabaran Muaz menipis. Tangan Muaz hampir sahaja menampar pipi Cahaya. Satu tangan menghentikan perbuatan itu.

"Dayus bagi lelaki jika memukul seorang perempuan" Kata Edelis

"Muka kau lagi. Tak ada muka orang lain dah ke?" Kata Muaz

"Jangan ganggu Cahaya lagi. Kalau kau ada apa-apa hal nak cakap dengan Cahaya. Jumpa je dengan aku" Kata Edelis.

Edelis melepaskan genggaman Cahaya dari Muaz. Edelis menarik tangan Cahaya kearah kereta lalu membuka pintu untuk Cahaya masuk.

"Siapa pulak jantan tu? Boyfriend baru Cahaya ke?" Kata Muaz

"U tak tau lagi ke yang Cahaya ni buaya darat? Bagus jugak U putus dengan Cahaya" Kata Isya

"Apa yang bagusnya?" Tanya Muaz

"Bagus laa. Kalau U masih couple dengan dia, lepastu dia curang dengan U, keluar dengan lelaki lain belakang U, U akan sakit hati. Betul tak?"

Muaz angguk. Muaz dan Isya melihat kereta yang dinaiki Cahaya dan Edelis berlalu pergi.

'Wow, guna BMW. Mesti orang kaya' Bisik hati Isya

•••••

Di dalam kereta...

"M-marah ke?" Tanya Cahaya

"Kenapa nak marah pulak? " Tanya Edelis

"Sebab tadi. Maaf" Jawab Cahaya

"Tak perlu minta maaf. Abang sepatutnya minta maaf sebab tak lindungi sayang dengan betul. Abang tak marah dekat sayang pun. Kalau luar dari Uni... Dah lama abang tumbuk budak tu" Kata Edelis

"Kenapa awak lindungi Cahaya? Bukan sebab Cahaya perempuan,kan?"

"Abang lindungi Sayang bukan sebab Sayang perempuan tapi abang lindungi Sayang sebab sayang ialah isteri abang dan akan menjadi ibu kepada anak-anak kita nanti"

Cahaya terdiam.

"Jangan jadi baik sangat.Padan muka kena 'tangkap basah' "
Kata Edelis

"Nanti awak jumpa diorang, minta maaf" Kata Cahaya

"Kenapa pulak?" Tanya Edelis

"Sebab awak dah kutuk diorang" Jawab Cahaya

"Yelah-yelah" Kata Edelis

"Cahaya terfikir, kalau lah Cahaya yang kena 'tangkap basah' , apa yang Cahaya buat ek?" Kata Cahaya

"Tak payah fikir laa. Kita fikir benda lain, okay?" Kata Edelis

"Okie~~" Kata Cahaya

Edelis berhenti di hadapan kedai minuman boba. Belum sempat Cahaya tanya, Edelis terlebih dahulu turun dari kereta.

Beberapa minit kemudian, Edelis membawa dua gelas teh boba. Edelis masuk ke dalam kereta lalu memberikan satu gelas teh boba kepada Cahaya.

Cahaya bingung.

"Ermm... Terima kasih, suami  " Kata Cahaya sambil tersenyum

"Sama-sama kasih, isteri" Kata Edelis .





Bersumbang...

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now