Di universiti...
Cahaya yang menunggu Edelis terlalu lama di tempat letak kenderaan membuat keputusan untuk mencari Edelis kerana telefonnya kehabisan bateri.
Cahaya bangun dari bangku lalu berjalan kearah pejabat yang di duduki oleh Edelis.
'Mana pula dia ni?' Hati Cahaya mengomel
Cahaya lalu ternampak Edelis sedang berbual dengan Mila di koridor. Sayup-sayup terdengar mereka sedang berbual tentang lawatan yang akan diadakan beberapa minggu lagi. Tapi, Mila memberi soalan agak privasi kepada Edelis.
"Sir nanti pergi dengan siapa?" Tanya Mila
"Entah laa. Kenapa?" Tanya Edelis
"Sebab saya nak duduk tepi sir, boleh kan?" Tanya Mila
"Ermm. Tak boleh. Tak manis orang tengok. Tak pasti lagi ada orang ikut ke tak. Kalau tak ada yang ikut pun, saya pergi dengan kereta" Jawab Edelis
'Amboi, bermesra-mesraan pulak dua ketul ni dekat sini' Bisik hati Cahaya
Cahaya berdehem.
"Ouh, hai Mila. Hai Sir Edelis" Kata Cahaya. Perkataan Sir Edelis sengaja ditekan- tekankan
Mila dan Edelis hanya tersenyum.
"Bincang apa tu?" Tanya Cahaya
"Tak ada apa yang serius pun. Aku tanya Sir Edelis kalau ada orang nak duduk tepi dia ke tak dekat dalam bas nanti. Kalau tak ada orang, aku nak duduk tepi Sir Edelis. Tapi sir cakap, dia pergi dengan kereta" Terang Mila
"Ouh, macamtu" Kata Cahaya.
"Kau buat apa kat sini? Tak balik lagi ke?" Tanya Mila
"Aku tengah cari seseorang sebab phone aku habis bateri , tak boleh nak call. Aku tumpang dia" Kata Cahaya
Edelis hanya mendengar mereka berbual sambil tersenyum.
"Aku nak pergi cari dia ni, aku pergi dulu ye. Bye" Kata Cahaya lalu berlalu pergi. Sempat lagi Cahaya menjeling kearah Edelis
"Sir balik dulu ye. Ada orang tunggu dekat rumah" Kata Edelis
"Sir dah ada isteri ke? Maaf saya tak tahu" Kata Mila
"Dah" Bisik Cahaya yang sedang berjalan dari situ. Cahaya dengar apa yang mereka sedang bicarakan.
"Saya dah kahwin. Tapi buat kecil-kecilan je" Kata Edelis
"Maaf ambil masa Sir Edelis" Kata Mila
"Takpa. Saya pergi dulu" Kata Edelis
Edelis lalu nampak Cahaya sedang duduk di bangku berdekatan kereta.
Edelis lalu menekan butang untuk unlocked pintu kereta. Cahaya membuka pintu lalu masuk.Di dalam kereta...
"Sayang, kenapa diam?" Tanya Edelis
"Tak ada topik yang ingin dibualkan" Jawab Cahaya
"Topik tadi, yang Mila berbual dengan abang" Kata Edelis. Edelis lalu tersenyum.
"Sayang, sayang jealous ekk?" Tanya Edelis
"Tak lah" Jawab Cahaya
"Dah tu?" Tanya Edelis
"Cahaya cemburu bukan jealous" Jawab Cahaya
"Ada beza ke?" Tanya Edelis
"Ada. Jealous tu dalam bahasa Inggeris, cemburu tu dalam bahasa Melayu. Berbeza" Jawab Cahaya
' I'm not jealous. What's mine, is mine' bisik hati Cahaya
"Fuyoo, ada orang tu cemburu laa. Bermakna sayang dah cintakan abang lah kan?" Tanya Edelis
"Entah" Jawab Cahaya
Edelis tergelak kecil sambil memandu.
"Hmm, nak boba tak?" Tanya Edelis
"Tak nak" Jawab Cahaya
"Nak apa cakap je, abang belikan" Kata Edelis
"Nak boxing machine" Kata Cahaya
Mata Edelis terbuntang luas. Member terkezut
"Untuk?" Tanya Edelis
"Untuk training pukul awak kalau dekat dengan perempuan lain. Berdua- duaan pulak tu" Jawab
Cahaya"Ermm. Benda lain. Makanan ke, hmm?" Kata Edelis
"Nak ayam gunting, boleh?" Tanya Cahaya
"Boleh, sayang" Jawab Edelis
Edelis lalu memandu kereta ke kedai ayam gunting. Edelis keluar dari kereta untuk membeli ayam gunting. Beberapa minit kemudian, Edelis masuk ke dalam kereta lalu menghulurkan ayam gunting tersebut kepada Cahaya. Edelis lalu memakai seatbelt lalu memandu semula kereta berjenama BMW tersebut.
"Thank you" Kata Cahaya lalu menyuapkan dirinya ayam gunting
"You're welcome" Kata Edelis
Cahaya lalu menyuapkan Edelis ayam gunting. Muka Edelis bertukar menjadi merah.
"Awak, awak demam ke?" Tanya Cahaya
"Tak lah, kenapa?" Tanya Edelis
"Muka awak jadi merah laa" Jawab Cahaya
"Cahaya matahari terik sangat, sebabtu kut muka jadi merah" Kata Edelis.
Cahaya menyambung makan ayam gunting.
Edelis mungkin akan pengsan jikalau Cahaya terus menerus menanyakannya soalan. Innocent pulak Cahaya
Bersumbang...
YOU ARE READING
Prof.Edelis Is My Husband [C]
Romance[Tajuk Lama : Lecturer Itu Suamiku] Cahaya seorang yatim piatu yang di besarkan oleh atok dan neneknya. Dia tenggelam dalam hiburan dunia yang mengakibatkan hatinya hancur berkeping keping apabila kekasihnya dan rakan karibnya mempunyai hubungan dib...