Bab 6: Kahwin

430 10 2
                                    

Keesokan harinya, Cahaya perlu bersiap untuk kahwin. Hanya akad nikah sahaja. Tiada makan-makan . Ianya sangat rahsia dan tertutup. Cahaya takut untuk membantah perkahwin yang dirancang oleh atoknya kerana dia tahu kalau atoknya marah akan keluar suara macam petir. Dia memakai baju kurung berwarna putih dan tudung shawl putih dengan gaya yang simple sahaja. Sesampainya di masjid yang ditetapkan, dia turun dari kereta , masuk ke dalam masjid dan duduk tanpa beralaskan bantal nikah. Cahaya pernah mengambil kursus kahwin. Bila Cahaya fikir fikirkan semula ,banyak benda yang perlu dilakukan sebelum kahwin seperti test HIV dan sebagainya. Dia hanya mengikut perintah sahaja. Biar atok dan neneknya yang uruskan semuanya kerana itu ialah pilihan mereka.Ketika Cahaya mengelamun, tanpa disedari ...

"Aku terima nikahnya Puteri Cahaya Malaika binti Muhammad Amsyar Azizi dengan mas kahwinnya RM2000 tunai"

"Sah-sah"

Doa selesai dibacakan. Edelis datang menghampiri Cahaya , mereka bersalaman dan menyarungkan cincin ke tangan pasangan. Cahaya tak tahu harus bereaksi seperti apa.
Adakah dia perlu gembira atau menangis. Bingung.

•••••

Mereka keluar dari masjid...

"Cahaya kena ikut Edelis balik. Cahaya kena dengar kata-kata Edelis" Ucap nenek

"Tapi Cahaya nak ikut nenek balik" Ucap Cahaya

"Tak boleh. Cahaya kan dah ada suami. Nanti kita boleh jumpa lagi" Ucap nenek

"Tapiiiiiiiii........"

"Tak ada tapi-tapi. Nak tak nak Cahaya kena ikut Edelis balik" Atok menyampuk

Bagasi milik Cahaya dimasukkan ke dalam kereta Edelis. Rupa-rupanya neneknya sudah packing pakaian Cahaya tanpa pengetahuan Cahaya.

Mereka bersalaman dan pulang kerumah masing-masing.

•••••

Didalam kereta atok dan nenek...

"Cucu kita tu dah kahwin dah. Nasib baik kita dapat tengok dia kahwin walaupun tanpa majlis. Hantaran pun tak ada. Alhamdulilah" Ucap atok

"Tulah. Tapi kesian lah dengan Cahaya. Saya tengok muka dia macam kosong je. Ikut je kata kita. Macam lembu kena cucuk hidung .Saya tak dapat nak tafsirkan apa yang dia fikir. Mungkin sebab banyak sangat kejadian yang dilaluinya dalam masa 1bulan ni." Kata nenek

"Kalau awak rindu sangat dekat Cahaya, call lah ajak jumpa " Kata atok

"Mesti dia tengah menangis dalam kereta sekarang ni" ucap nenek

•••••
              

Didalam kereta Edelis dan Cahaya...

"Bro, atok cakap lepas kahwin kena saling mengenali. Jadi, bro kerja apa?" Tanya Cahaya

"Sayang ni dah kenapa panggil abang, bro? Panggil je Abang Edelis Yang Handsome" Kata Edelis sambil tergelak kecil

Cahaya membuat mimik muka ingin muntah.

"Abang kerja dekat Universiti  as a lecturer. Tempat sayang belajar" Jawab Edelis

"Perasan handsome.Kenapa tak pernah jumpa ek?" Tanya Cahaya

"Entah" Jawab Edelis

"Ermmmmm..... Pernah ada girlfriend tak?" Tanya Cahaya

"Tak"

"Kalau crush?"Tanya Cahaya

"Pun tak ada" Balas Edelis

"Serius laa. Susah nya nak cari type abang ni" Kata Cahaya

"Entah lah sayang oii. I hope you can be first and last, Amiinn" Ucap Edelis

Tangan Edelis tiba-tiba memegang tangan Cahaya tapi Cahaya mengelak

"Eh, apa ni pegang-pegang?" Tanya Cahaya.

"Abang ni suami sayang. Dah halal dah pun. Apa salahnya abang pegang?" Tanya Edelis

Cahaya tidak menjawab soalan itu. Dia hanya berdiam diri semasa perjalanan pulang ke rumah Edelis.






Bersumbang...
Aku yang tulis, aku yang blushing

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now