Bab 4: Hampir

386 7 0
                                    

Beberapa hari kemudian, Cahaya pergi ke universiti seperti biasa kerana hatinya saat ini tiada perasaan. Kosong.Cahaya berniat setelah pulang dari universiti, dia ingin mengambil pakaiannya di rumah lama nya atau lebih tepatnya rumah Muaz dan Isya.

Sesampainya dirumah itu, dia masuk ke dalam bilik nya kerana Muaz dan Isya berada dalam bilik yang sama. Jadi mereka tidak perasan akan kehadiran Cahaya.

Cahaya mengambil semua barang. Tanpa di sedari , Muaz berada di belakang Cahaya.

"Siapa izin kan kau masuk?" Tanya Muaz

Cahaya terkejut lalu menoleh ke arah Muaz

"Pintu tak kunci , aku masuk lah. Aku datang sini sebab nak ambil semua barang aku.Lepastu aku blah laa." Jawab Cahaya

"Kau ni memang degil kan. Memang tak takut ke kalau aku rogol kau?" Tanya Muaz

Cahaya menjadi cuak.

Tanpa menunggu Cahaya jawab, Muaz menolak Cahaya ke atas katil lalu mencuba untuk membuka baju Cahaya.

"Kau buat apa ni? Lepas lah." Kata Cahaya sambil meronta ronta.

"Diamlah , biar aku rasa badan kau puas². Aku dah warning kau tapi kau tak nak dengar. Inilah akibatnya" Kata Muaz sambil membuka baju Cahaya tapi gagal.

Isya berada di depan pintu sambil merakam kejadian itu.

"Isya tolong aku Isya." Pinta Cahaya.

"Siapa je nak tolong kau?" Kata Isya lalu gelak.

"Cahaya!"

Tiba-tiba ada lelaki yang Cahaya kenali iaitu Edelis berada di belakang Isya.Edelis lalu menolak Isya ketepi dan berlari mendapatkan Cahaya yang sedang menangis.

Edelis menolak Muaz ke arah dinding , hampir sahaja Edelis ingin menumbuk Muaz tapi Isya menghalangnya.

"Cahaya, awak okay?" Tanya Edelis

Cahaya hanya diam tak berkutik.

"Kau ni sapa? Apa kena mengena kau dengan Cahaya? Kenapa kau datang sini?" Tanya Muaz bertubi-tubi.

"Aku tak ada kena mengena dengan Cahaya. Korang tau tak yang korang buat ni salah? kenapa kau buat dia macamni?" Kata Edelis.

"Kau jangan sibuk hal aku , Muaz dengan Cahaya lah. Buat hal kau sudahlah." Kata Isya.

"Okay, up to you." Kata Edelis lalu menarik Cahaya keluar dari rumah itu.

•••••

Di dalam kereta...

"Awak okay?" Tanya Edelis.

Cahaya hanya diam. Cahaya hanya pandang kebawah tanpa berkelip.

"Boleh tak awak hantar saya dekat rumah atok?" Tanya Cahaya.

Edelis membalas dengan anggukan sahaja.

"Macam mana awak tahu yang saya pergi situ?" Tanya Cahaya.

"Saya ikut awak dari Uni lagi sebab dompet awak tertinggal dalam kereta saya haritu." Kata Edelis lalu menghulurkan dompet berwarna hitam itu kearah Cahaya.

"Terima kasih." Kata Cahaya.

Edelis hanya membalas dengan senyuman sahaja.

•••••

Dirumah atok....

Selepas Cahaya menceritakan semua yang terjadi kepada atok dan neneknya ...

"Kenapa nak pergi sana tak bagitahu atok atau nenek? Nasib baik ada budak tu... Apa dah nama dia?"
Tanya atok.

"Edelis." Jawab Cahaya bersahaja.

Nenek hanya mendengar perbualan mereka tanpa menyampuk.

"Nanti bawak Edelis datang jumpa dengan atok. Atok ada sesuatu nak bincang dengan dia." Kata atok lalu memasuki lif.

Cahaya bingung mengapa atoknya ingin berjumpa dengan Edelis.

"Nenek, kenapa atok nak jumpa dengan Edelis?" Tanya Cahaya

"Kenapa tanya nenek? Tanya lah atok Cahaya tu." Nenek membalas dengan pertanyaan lalu menaiki lif.

'Lah. Kita tanya dia , dia tanya kita balik. Macam mana aku nak call Edelis ek?' Bisik hati Cahaya.

Cahaya menolak pintu biliknya lalu duduk diatas katil. Cahaya teringat yang Edelis ada memberinya kad.
Dia lalu pergi mendapatkan kad dan mendial nombor telefon yang tertera disitu.






Bersumbang
Publish ko idok ni

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now