Bab 22: Demam

228 5 0
                                    

Edelis dan Cahaya pulang pada keesokan harinya. Sepanjang perjalanan, Cahaya hanya berdiam diri dan memandang kebawah. Termenung.

Sesampainya mereka di rumah, Edelis membuka pintu untuk Cahaya masuk. Cahaya lalu terus menuju ke bilik. Edelis mengambil beg bagasi didalam kereta.

Edelis menjadi risau melihat keadaan Cahaya. Selepas tragedi tersebut, Cahaya hanya diam, hanya menunduk kebawah dan banyak termenung.

Edelis mengangkat beg bagasi ke tingkat atas lalu di masukkan ke dalam bilik. Edelis melihat Cahaya terbaring diatas katil.

Edelis berjalan menghampiri Cahaya, dia merebahkan dirinya di tepi Cahaya. Edelis memeluk isterinya, badan Cahaya terasa suam. Edelis meletakkan tangannya pada dahi Cahaya. Panas.

Edelis lalu berjalan kearah almari, dikeluarkan satu kain kecil. Dia masuk kedalam bilik air untuk membasahkan kain tadi dengan air. Kain itu dilipat menjadi kecil.

Edelis lalu berjalan semula kearah Cahaya yang sedang berbaring di atas katil. Dia meletakkan kain tadi pada dahi Cahaya.

Cahaya yang merasakan sesuatu yang aneh terus membuka matanya.

"Maaf, abang kacau sayang tidur. Sayang nak makan apa-apa tak?" Tanya Edelis

Cahaya geleng.

"Sayang jangan tidur lagi. Abang pergi ambil ubat dekat dapur kejap" Kata Edelis

Cahaya lalu memegang lengan Edelis.

"Jangan tinggalkan Cahaya. Cahaya takut" Kata Cahaya. Suaranya terdengar lemah

"Sayang, sayang rehat dekat dalam bilik. Abang pergi kejap je. Abang janji" Kata Edelis

Cahaya angguk. Pegangan pada Edelis dilepaskan.

Edelis menuruni tangga lalu menuju kearah dapur.

Edelis masuk kedalam bilik bersama dengan satu papan ubat dan segelas air mineral.

Edelis lalu membantu Cahaya untuk duduk. Edelis memberikan Cahaya satu pill dan segelas air suam. Cahaya dengan mudah menelan ubat.

"Sayang sambung tidur. Kalau sayang nak apa-apa, sayang panggil je abang" Kata Edelis

Cahaya merebahkan dirinya semula diatas katil. Tidak memerlukan masa yang lama untuk Cahaya tidur. Mungkin effect daripada ubat.

•••••

Cahaya bermimpi buruk. Cahaya mimpi akan kejadian semalam.

"J-jangan. L-lepaskan aku"

Edelis datang lalu memeluk Cahaya.

"L-lepaskan aku. S-sakit, sakit, sakit!" Cahaya cuba untuk menolak Edelis. Matanya masih tertutup rapat

"Sayang, bukak mata. Ni abang laa" Edelis cuba untuk memujuk Cahaya

Cahaya membuka matanya. Jantungnya berdegup dengan kencang. Cahaya lalu memandang muka Edelis. Air mata bertakung didalam kelopak matanya.

"Sayang jangan takut, abang ada dekat sini" Edelis masuk kedalam selimut bersama dengan Cahaya

Edelis meletakkan kepala Cahaya di atas lengan miliknya.

"Awak" Kata Cahaya sebelum dirinya tertidur

Edelis menggosok-gosok bahu isterinya. Edelis meletakkan semula kain yang telah di basahi pada dahi Cahaya.

Cahaya dan Edelis tertidur pulas.

•••••

Selepas Zohor, Edelis turun kebawah untuk memasak sesuatu yang boleh dimakan. Selesai memasak, dia membawa makanan untuk diberikan kepada Cahaya.

Edelis meletakkan dulang itu di atas meja. Dia tidak sanggup untuk mengejut Cahaya yang sedang tertidur.

Dia mula mengemas baju dari dalam beg bagasi kedalam almari. Edelis buat secara perlahan-lahan untuk tidak membuat Cahaya terbangun.

"Awak" Panggil Cahaya

Edelis berjalan menghampiri Cahaya

"Sayang nak makan?" Tanya Edelis

"Cahaya nak solat"

Edelis terkejut

"Sayang nak solat?" Tanya Edelis

"Kenapa awak tak kejut Cahaya untuk solat?"

"Abang tak sanggup nak kejut sayang. Sayang nampak penat. Abang minta maaf" Kata Edelis

"Awak, tolong sediakan telekung dengan tolong bentangkan sejadah untuk Cahaya. Cahaya tak larat" Kata Cahaya yang sedang duduk di birai katil

Edelis angguk.

"Nak abang tolong papahkan sayang ke bilik air?" Tanya Edelis

Cahaya gelengkan kepala. Cahaya lalu berjalan menuju bilik air secara perlahan-lahan.

Edelis masih terkejut dengan tindakan Cahaya. Tiba-tiba minta nak solat. Diluar jangkaan Edelis

Edelis lalu membuat apa yang disuruh oleh Cahaya.

Cahaya keluar dari dalam bilik air, memakai telekung dan solat berseorangan.

Edelis berasa serba salah kerana tidak mengejutkan Cahaya tadi. Edelis hanya melihat Cahaya yang sedang solat. Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir tetapi gagal.

Dia keluar dari dalam bilik.

'Ya Allah, terima kasih kerana engkau telah memberikan isteri yang solehah kepadaku' Edelis mengelap air matanya daripada dilihat oleh Cahaya.

•••••

Malam...

Pada tengah malam, hujan turun dengan lebat.

Cahaya bermimpi buruk kerana bunyi guruh yang kuat. Cahaya teringat akan kemalangan yang mengakibatkan ibu bapanya meninggal dunia.

Cahaya menutup telinganya menggunakan tangan. Matanya di pejam rapat. Tindakan Cahaya itu membuatkan Edelis terbangun.

"Sayang" Panggil Edelis

Edelis menarik Cahaya kedalam pelukannya. Tangan Edelis diletakkan di atas tangan Cahaya yang sedang menutup telinganya.

Cahaya menangis.

"Papa, mama. Jangan tinggalkan Cahaya" Air mata Cahaya mengalir

Edelis cuba untuk menenangkan Cahaya.Digosok belakang isterinya.

Edelis lalu menyanyikan lagu Paradise dari Maher Zain.

~I remember when I first met you
I felt that God answered my call
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you

The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day I'll be there with you

And now that we're here feeling so good About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too It's not a dream, this is so true

Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine Hearing the sound of rivers flow
And we know we'll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward~

Cahaya menjadi tenang apabila mendengar suara Edelis, perlahan-lahan dia tertidur semula.

Edelis mencium dahi isterinya sebelum dirinya tertidur.

Simba tertidur pulas di hujung kaki mereka.

Beberapa hari kemudian, Cahaya sembuh dari demam.

Bersumbang.....

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now