Bab 5: Jumpa

391 8 0
                                    

Panggilan akhirnya dijawab.

"Assalamu'alaikum" Ucap Edelis.

"Waalaikumussalam. Maaf kalau kacau encik. Encik free tak esok?" Tanya Cahaya.

"Free jer, esok kan cuti. Kenapa?" Tanya Edelis.

"Atok saya nak jumpa encik lah. Saya pun tak tau kenapa." Jawab Cahaya.

"Boleh je. Pukul berapa?" Tanya Edelis.

"Dalam pukul....." Cahaya jeda seketika

"Ermmmmm. Encik tanya sendirilah dengan atok. Nanti saya bagi nombor phone atok dekat encik, encik tanya lah dia banyak-banyak. Bye" Cahaya matikan panggilan begitu sahaja.

Edelis terpinga-pinga dengan kelakuan Cahaya. Comel.

•••••

Keesokan harinya....

Edelis datang dengan kereta BMW miliknya.

"Assalamu'alaikum " Edelis menekan loceng yang berada ditepi pintu rumah.

Pintu rumah dibuka.

"Waalaikumussalam, mari masuk" ucap atok.

Edelis bersalam lalu menghulurkan buah tangan yang dibawanya.
Edelis lalu duduk di atas sofa yang bertentangan dengan atok.

"Ouh... Ni lah Edelis yang selalu Cahaya ceritakan tuu." Nenek berseloroh

"Ibubapa kamu sihat?" Tanya atok

"Mereka dah lama meninggal dunia , Dato' " Jawab Edelis

"Innalillahiwainnalillahirajiun. Maafkan saya, saya tak tahu. Jangan panggil saya Dato', panggil je atok" Kata atok lalu tersengih

" Apa nama lengkap kamu?" Tanya atok

"Muhammad Aiman Edelis bin Muhammad Arif" Jawab Edelis

"Mana Cahaya, tok?" Tanya Edelis.

"Dalam bilik kut" Jawab atok

Mereka berbual-bual hingga makan tengahari. Cahaya turun lalu duduk di tepi neneknya. Di dalam kepala Cahaya , dia tertanya tanya kenapa atoknya ingin berjumpa dengan Edelis masih tidak terjawabkan.

Selepas selesai makan tengahari, Edelis meminta diri untuk pulang dan mengucapkan terima kasih.

"Nenek , kejap" Panggil Cahaya

Nenek lalu memusingkan badannya dan bertentangan dengan Cahaya.

"Apa yang atok cakap dengan Edelis , nenek?" Tanya Cahaya

"Nanti ada masa yang sesuai , Cahaya akan tahu juga" Kata nenek

Satu misteri yang tak dapat dipecahkan dari semalam lagi.

•••••

Keesokan harinya, Cahaya turun untuk bersarapan.

"Cahaya, atok nak cakap sikit boleh?" Tanya atok

"Cakap jelah. Kenapa kena minta izin bagai?" Tanya Cahaya

"Atok nak jodohkan Cahaya dengan Edelis" Ucap atok

Mulut Cahaya terlopong.

"Kenapa? Tiba-tiba je nak jodohkan Cahaya dengan Edelis" Tanya Cahaya

"Sebab dia je yang boleh lindung Cahaya dari orang jahat. Atok nak Edelis bimbing Cahaya ke jalan yang benar. Kalau atok dengan nenek dah tak ada nanti, sapa yang nak tengok-tengokkan Cahaya?" Balas atok

"Cahaya pandai jaga diri lah atok. Cahaya bukan budak-budak lagi. Cahaya tahu nak uruskan hidup Cahaya. Cahaya tak perlukan suami. Cahaya dah besar, dah dewasa. Cahaya nak enjoy. Cahaya muda lagi. Lagipun Cahaya tak tahu lagi perangai dia macammana, dia kerja apa. Kami tidak saling menyukai dan tidak saling mengenali. Tolong jangan kahwinkan Cahaya dengan Edelis" Rayu Cahaya

"Korang boleh mencintai dan saling mengenali selepas kahwin.Maaf Cahaya, keputusan muktamad. Esok korang terus kahwin" Selepas atok berkata-kata, atok bangun dan terus ke dapur, cuci pinggan dan terus pergi ke tempat main golf

Cahaya terus memandang nenek.

"Nenek, apa ni? Kenapa buat keputusan terburu-buru tanpa tanya Cahaya" Tanya Cahaya

"Memang itu yang terbaik untuk Cahaya. Nenek dan atok fikir, Cahaya dah ada harta tapi Cahaya tak ada orang untuk lindungi Cahaya. Nenek tak boleh nak tolong. Cahaya kena terima juga" Balas nenek.

Nenek terus  masuk ke dapur , naik keatas lalu turun semula dan keluar bersama rakannya untuk shopping. Meninggalkan Cahaya yang masih memproses kata-kata atok dan neneknya.





Bersumbang
~ cita citaku menjadi seorang penulis~

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now