Bab 20: Kucing

209 7 0
                                    

Cahaya seorang yang penakut pada kucing. Kalau ada kucing yang tiba-tiba naik ke atas meja, dia akan lari meninggalkan apa sahaja. Baginya, kucing seekor makhluk yang menakutkan kerana mempunyai kuku yang panjang. Tapi tidak  dengan Edelis. Dia seorang yang pencinta kucing. Edelis ingin memelihara kucing pada waktu kecil tapi ayah dan ibunya melarangnya untuk membela kucing.

Cahaya berjalan-jalan sekitar universiti. Pada waktu yang sama, dia ingin mencari Edelis. Cahaya pergi dekat pejabat Edelis duduki tapi dia telah keluar dari pejabat. Cahaya cuba menhubungi Edelis tapi tidak diangkat. Cahaya berlegar-legar di tempat yang sama. Tanpa sengaja matanya memandang sesosok lelaki yang dikenalinya. 

Cahaya menghampiri Edelis yang sedang duduk bercangkung berhampiran kereta. Cahaya tidak tahu apa yang Edelis buat. Cahaya ingin membuat Edelis terkejut tapi dia mengurung hasratnya itu. 

"Awak, Cahaya call awak, awak tak angkat. Cahaya cari awak dekat pejabat, awak tak ada. Dekat sini rupanya awak" Kata Cahaya. Dia masih berjalan menghampiri Edelis.

Edelis yang perasan dengan kehadiran Cahaya terus berdiri. Mata Cahaya memandang ke kaki Edelis, Seekor kucing sedang baring di atas jalan. Cahaya terus berhenti.

"Sayang, maaf. Phone abang habis bateri. Abang pergi tandas tadi, abang tengok dekat kerusi yang selalu sayang duduk tapi tak ada. Abang pun nampak kucing tu, abang pun main laa dengan dia sambil tunggu sayang" Kata Edelis 

"Awak main dengan kucing tu ke?" Tanya Cahaya

"Haah. Comelkan kucing tu? Sini laa, main sekali" Kata Edelis

"Jom balik. Cahaya takut dengan kucing" Kata Cahaya

Edelis terkejut. Cahaya seorang yang comel takut dengan si comel (kucing). Edelis tergelak.

"Sayang takut dengan kucing? Kenapa sayang takut, dia bukan makan orang pun" Kata Edelis.

Edelis lalu mengambil kucing di kakinya lalu di bawa kearah Cahaya.

"Jangan dekat. Stay je dekat situ" Kata Cahaya

Edelis hiraukan Cahaya. Edelis masih berjalan menghampiri  Cahaya. Satu langkah Edelis kehadapan, satu langkah Cahaya undur.

"Sayang jangan lah takut. Abang ada. Dia kecil lagi" Kata Edelis cuba untuk memujuk Cahaya

"Jangan dekat atau Cahaya lari" Kata Cahaya. Matanya melekat pada si kucing

Tanpa membuang masa, Cahaya membalikkan badanya dan cuba untuk lari. Namun cubaanya gagal apabila Edelis sempat memegang lenganya sebelum Cahya lari.

"Rilek sayang. Jangan lah takut. Tarik nafas lepastu hembus perlahan-lahan" Kata Edelis

Cahaya lakukan apa yang Edelis suruh.

"Lepaskan lengan Cahaya" Kata Cahaya

"Sayang jangan lari" Kata Edelis

Cahaya angguk. Edelis melepaskan lengan Cahaya secara perlahan-lahan memastikan supaya Cahaya tak lari.

"Jom duduk dekat sana" Ajak Edelis. Jarinya di tunjuk pada tempat duduk yang berhampiran dengan mereka.

Edelis dan Cahaya berjalan kearah tempat duduk yang sedikit teduh. Edelis masih memegang kucing itu.

"Cuba sayang pegang" Kata Edelis

Cahaya mengelengkan kepalanya.

"Cuba laa. Belum cuba belum tau" Kata Edelis

"Kenapa sayang takut dengan kucing?" Tanya Edelis

"Sebab di ada kuku yang panjang. Nanti dia cakar Cahaya lepastu dia gigit Cahaya. Cahaya takut dengan kucing" Kata Cahaya.

Edelis memegang tangan si kucing dan tangan Edelis yang satu lagi menutup mulut si kucing. Kucing itu diletakkan di atas ribanya.

"Sayang, abang dah pegang tangan dia, abang dah tutup mulut dia. Sekarang cuba sayang sentuh, belai dia" Kata Edelis

Cahaya yang bosan dengan permintaan Edelis akhirnya membelai si kucing menggunakan satu jarinya. Cahaya terkejut dengan kelembutan bulu si kucing. Dia membelai lagi si kucing.

Edelis hanya melihat tindakan Cahaya. Edelis tersenyum meihat Cahaya.

"Sayang nak cuba pegang?" Tanya Edelis

"Awak lepaskan dia?" Tanya Cahaya

"Jangan risau, abang jamin ysng dia tak gigit orang" Kata Edelis cuba untuk yakinkan Cahaya

Cahaya perlahan-lahan angguk. Edelis lalu baringkan si kucing di atas peha Cahaya.

Cahaya membelai-belai si kucing hingga si kucing tertidur di atas pehanya.

"Awak, Cahaya nak bawak kucing ni balik rumah boleh?" Tanya Cahaya.

Edelis angguk. Cahaya mengendong si kucing seperti bayi.

"Awak, macam mana dengan keluarga dia?" Tanya Cahaya

"Dia tak ada kelurga lah, sayang. Memang ada dia je. Mungkin ada orang buang dia seekor ni je dekat sini" Kata Edelis

Edelis berjalan kearah kereta diikuti oleh Cahaya dibelakang. Edelis membuka pintu penumpang untuk Cahaya. Cahaya masuk lalu Edelis menutup semula pintu kereta.

•••••

Di dalam kereta...

"Awak, kita nak panggil dia apa?" Tanya Cahaya

"Kita panggil dia Simba, nak tak?" Tanya Edelis

"Hi Simba, welcome to our family" Kata Cahaya.

Cahaya membelai Simba yang tengah tidur di atas ribanya. Edelis tergelak dengan perkataan Cahaya. Edelis gembira kerana berjaya membuatkan Cahaya tidak takut dengan kucing lagi.


Bersumbang...

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now