Bab 11: Fun Fair

292 7 0
                                    

Sinaran matahari masuk ke dalam bilik melalui jendela. Cahaya membuka matanya perlahan-lahan dan menyedari dirinya berada dia atas tubuh Edelis. Cahaya ingin bangun tetapi pinggang nya ditarik. Terkejut. Edelis membuka mata.

Sekarang Cahaya telah benarkan Edelis tidur sekali sebab dia tahu yang Edelis tidak bersedia lagi.

"Assalamu'alaikum, sayang. Selamat pagi" Kata Edelis

"Waalaikumussalam"

Mereka bangun dari katil lalu berjalan menuju ke arah dapur. Edelis menarik kerusi , Cahaya duduk lalu Edelis menolak semula kerusi itu.

"Sayang teka, abang nak masak apa?" Tanya Edelis

"Ermm... Waffle, mungkin" Jawab Cahaya

"Betul ! Macam mana sayang boleh teka?" Tanya Edelis

"Nama pun teka" Jawab Cahaya

Edelis bertanya demikian untuk mengelakkan jawapan 'entah' atau 'ikut hati awak lah' daripada Cahaya.

Selepas beberapa minit, Edelis membawa 2 pinggan waffle dan 2 gelas susu low fat.

•••••

Ketika sedang makan...

"Sayang, semalam abang terbaca post dekat dalam sosial media. Dekat situ tertulis, diadakan fun fair selama 4 hari. Hari ni termasuk hari yang ke-2. Kita pergi nak tak?" Tanya Edelis

"Nak nak" Jawab Cahaya. Dia tersenyum riang.

"Lepas Asar kita pergi, okay?" Tanya Edelis

"Wokey~~" Jawab Cahaya

Edelis tersenyum. Hatinya berkata 'comelnya isteri aku'.

Selepas Solat Asar. Cahaya masuk mandi.

"Tolong ambilkan tuala, boleh?" Tanya Cahaya yang berada dalam bilik air.

"Jap" Jawab Edelis yang berada di luar bilik air.

Edelis lalu mengambil tuala yang tersidai di tempatnya lalu dihulurkan kearah Cahaya. Cahaya  membuka pintu sedikit lalu mengeluarkan tangannya, bukan tuala yang diambil tetapi Edelis yang di tarik masuk kedalam bilik air.

"Tolong!" Jerit Edelis

Sesungguhnya perangai manusia ni pelik-pelik dan tidak dapat dijangka.
Hati-hati dijalan raya.(Author stress)

•••••

Sesampainya mereka di fun fair...

"Nak main tu boleh?" Tanya Cahaya. Jarinya ditujukan kearah Ferris Wheel.

"Ermm... Tak nak lah. Kita main benda lain nak tak?" Tanya Edelis

"Kita main tu dulu, baru main benda lain" Kata Cahaya

"Tapi, abang dah bosan main benda tu" Kata Edelis

"Kita main benda lain. Please~~" Minta Edelis sambil membuat muka comel

"Gayat ke?~~" Tanya Cahaya lalu tergelak

"Manade" Jawab Edelis

"Okay, buktikan" Kata Cahaya

'gulp'

Edelis menelan air liurnya yang terasa susah untuk ditelan.

Mereka membeli tiket lalu masuk kedalam Ferris Wheel itu. Awal-awal masuk, Edelis menutup matanya dengan rapat. Cahaya yang duduk berhadapan dengan Edelis melihat itu lalu berdiri.

"Sayang buat apa tu?" Tanya Edelis. Matanya masih terpejam

Cahaya diam. Ferris Wheel itu berpusing. Kedudukan mereka sekarang ini semakin tinggi dari bumi. Cahaya lalu menggoyang-goyangkan tubuh badannya menyebabkan benda itu bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Sayang, stop" Kata Edelis

Cahaya yang melihat Edelis dalam keadaan yang ketakutan semakin galak menggerakkan badan nya ke kiri dan ke kanan.

Edelis lalu mendapat idea.

"Sayang, nak malam ni abang buat ehem-ehem ke, hmm?" Tanya Edelis

Cahaya yang mendengar itu lalu duduk semula. Mereka tidak pernah berbuat hal demikian kerana mereka tidak bersedia sejak malam pertama lagi. Cahaya tersenyum mengetahui yang Edelis seorang yang gayat.

Selesai mereka bermain Ferris Wheel...

"Jom masuk rumah hantu pulak" Ajak Cahaya

"Tanak" Kata Edelis

"Penakut ek?" Tanya Cahaya

"Taklah. Abang berani" Jawab Edelis

"Okay, jom masuk. Tiada bantahan" Kata Cahaya lalu menarik tangan Edelis untuk masuk kedalam rumah hantu.

'Nasib baik sayang. Kalau tak, dah lama tinggal' Terdetik di hati Edelis

Edelis terpaksa memasuki rumah hantu itu. Ketika masuk, Edelis berada di hadapan Cahaya. Ketika keluar, Cahaya yang berada di hadapan Edelis.

'Rugi pulak bagitahu yang harini ada fun fair' Kata hati Edelis

Kehidupan ini banyak dengan kejutan. Bersiap sedialah.

Selepas mereka memasuki rumah hantu, mereka melihat sekeliling, melihat konser,  membeli makanan dan barangan. Kemudian, mereka pun pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, Cahaya tertidur di kerusi penumpang. Edelis lalu membelai belai belakang tangan Cahaya, kadang-kadang dia menciumnya.

'Bila laa sayang nak pakai tudung?' Kata hatinya

Bersumbang...

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now