Bab 16: Belajar Masak

233 5 0
                                    

Cahaya sudah berazam sejak semalam, sudah lama Cahaya ingin belajar masak. Pada hari itu, Edelis ada meeting di universiti, meninggalkan Cahaya seorang diri di rumah. Dia tahu yang Edelis belum makan pagi. Cahaya turun ke aras bawah dan terus menuju ke dapur.

'Nak masak apa ek?' Cahaya bermonolog sendiri

'Mee goreng jelah. Yang penting aku yang masak dan bukan beli. Usaha tangga kejayaan, takkan lah aku tak nak belajar masak sampai bila-bila' Cahaya menyemangatkan dirinya sendiri.

Cahaya lalu membuka kabinet satu per satu untuk mencari bahan-bahan. Bahan-bahan lalu dikumpulkan di satu tempat, dibuka lalu dimasukkan ke dalam pinggan dan mangkuk untuk memudahkan kerjanya nanti. Kesemua bahan-bahan telah tersedia.

Edelis yang selalu masuk dapur dan mengemas barang-barang.

Cahaya lalu membuka YouTube dan seach 'Cara memasak mee goreng ala-ala Chef Wan'.

Cahaya mengikut apa yang diajar dengan teliti dan tertib.

'Macam mana nak kupas bawang nii? Haiyaaa... Stressnya'

Cahaya lalu seach 'Cara mengupas bawang'.

Tanpa disedari, Edelis yang baru pulang dari meeting sedang melihat Cahaya sedang mengupas bawang dengan bersusah payah.

Edelis tersenyum melihat isterinya belajar memasak. Dia membuat keputusan untuk naik keatas.

Edelis tukar baju lalu turun kebawah semula untuk melihat percapaian isterinya memasak.

Cahaya sedang mengbalik-balikkan mee yang berada di dalam kuali. Edelis menunggu dengan sabar di meja makan.

Setelah beberapa minit Cahaya bertungkus-lumus di dapur, akhirnya mee goreng ala-ala Chef Wan siap dimasak. Cahaya memasukkan mee goreng itu kedalam pinggan.

Ketika Cahaya membawa pinggan itu ke meja makan, baru dia perasan yang Edelis sudah pulang dan telah menukar baju. Cahaya meletakkan pinggan di atas meja.

"Awak bila balik? Kenapa Cahaya tak dengar bunyi kereta?" Kata Cahaya

"Sayang, abang  balik hampir setengah jam dah. Sayang kusyuk sangat memasak" Jawab Edelis

"Kenapa awak tak tolong Cahaya? Susah tau tak?" Tanya Cahaya

"Nanti abang dah tak payah masak,kan?" Tanya Edelis

"Tolong ajar Cahaya masak. Cahaya pun nak pandai masak macam awak. Cahaya pun nak rasa masakan Cahaya sendiri" Kata Cahaya

"Nanti abang ajar Cahaya masak, ye" Kata Edelis

"Ermm... Tak nak bagi abang rasa ke?" Jari Edelis menunjuk kearah pinggan yang berisi mee goreng itu

"Awak nak makan ke? Cahaya masak untuk Cahaya je. Awak pergi meeting, takkan tak beli apa-apa kut" Cahaya mengambil semula pinggan itu

"Sayang, please. Abang nak cuba makan masakkan sayang" Edelis membuat muka sedih

Cahaya meletakkan semula pinggan mee goreng itu.

"Lepas ni awak kena ajar Cahaya masak. Kalau mee ni tak sedap, jangan salahkan Cahaya. Cahaya dah ikut semua langkah-langkah dalam video tu dengan tertib dan teliti. Awak pe-"

"Sedap nyaaaa... Pandai sayang masak" Terbuntang mata Edelis selepas dia memakan mee goreng yang dibuat oleh Cahaya.

Belum sempat Cahaya menghabiskan kata-katanya, Edelis telah memakan mee goreng itu tanpa disedari oleh Cahaya.

"Betul ke? Awak tak tipu kan?" Cahaya tidak percaya

Edelis menarik tangan Cahaya untuk duduk di atas kerusi di sampingnya.
Edelis menyuapkan mee goreng itu kedalam mulut Cahaya.

Cahaya mengunyah dengan perlahan-lahan. Dia memejamkan matanya untuk menikmati masakkan nya sendiri.

"Sedap kan?" Tanya Edelis

Cahaya menjawab dengan anggukan.

"Tak sangka sayang pandai masak. Sayang ada bakat yang terpendam rupanya" Edelis memandang tepat pada mata Cahaya. Dia menepuk-nepuk kepala Cahaya. 

Edelis tersenyum. Dia gembira apabila isterinya gembira. Dia akan sedih apabila isterinya bersedih.

Cahaya membalas senyuman Edelis.

Edelis lalu mengambil satu pinggan mee goreng untuk Cahaya.

"Awak makan banyak-banyak, ye" Kata Cahaya

"Nanti gemuk laa abang"

"Biar laa awak gemuk. Tak ada orang nak dekat awak. Hanya Cahaya je yang setia dengan awak" Cahaya tersenyum

"Kalau sayang tinggalkan abang?" Tanya Edelis

"Cahaya tak akan tinggal kan awak. Sebab awak selalu ada masa Cahaya susah dan senang" Cahaya tersenyum

Mata Cahaya bersinar-sinar.

'All of the city lights never shine as bright as your eyes   - James Arthur'  Edelis teringat perkataan tu apabila melihat mata Cahaya.

Bersumbang...

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now