Edelis turun lalu menuju ke arah Cahaya yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu.
"Cuti panjang lagi. Apa kata kalau kita balik kampung abang. Nak tak?"
"Nak nak"
"Sayang pergi bersiap cepat"
"Berapa hari kita dekat situ, awak?" Tanya Cahaya
"Dua hari sebelum habis cuti kita balik laa" Jawab Edelis
Edelis tau yang Cahaya seorang yang simple. Disebabkan itu dia ajak Cahaya ikut sekali walaupun last minit.
Beberapa minit kemudian, Cahaya turun dengan satu bag galas dan bag tangan.
"Dah siap?" Tanya Edelis
Cahaya angguk.
Edelis mengunci pintu lalu menaiki kereta bersama Cahaya.
•••••
Di dalam kereta..."Awak, kita nak buat apa dekat kampung?" Tanya Cahaya
"Ambil angin. Bosan laa duduk bandar je. Apa salahnya kita pergi jalan-jalan makan angin dekat kampung, kan?"
Cahaya angguk.
Mereka berbual-bual kosong sehingga sampai ke kampung...
"Awak, tengok tu. Orang tu bela monyet laa" Cahaya menunjuk monyet yang di rantai di pokok.
"First time tengok monyet depan-depan ke?" Tanya Edelis
"Haah. Selalu tengok dalam tv je" Jawab Cahaya
"Kesian nya dia. Dapat tengok dalam tv je" Edelis berseloroh
•••••
Beberapa minit perjalanan, Cahaya dan Edelis sampai di rumah kayu yang masih bagus.
Edelis dan Cahaya keluar dari dalam kereta menuju kerumah itu. Cahaya mengambil beg galas miliknya di kerusi penumpang bahagian belakang.
"Rumah siapa ni?" Tanya Cahaya
"Rumah abang laa" Jawab Edelis
"Wow... Cantik nya" Kata Cahaya
"Cantik? Cantik apanya macam ni. Rumah ni dah lama ditinggalkan lepas ibu dengan ayah abang meninggal" Kata Edelis
"Cantik laa. Rumah ni pun macam kukuh je. Kita tidur sini ke malam ni?" Tanya Cahaya
"Malam ni kita tidur sini. Nanti kita balik KL. Abang tau yang sayang baru pertama kali datang kampung, kan?" Tanya Edelis
Cahaya angguk
"Kita masuk dulu. Petang nanti kita pergi jalan-jalan naik basikal tu, nak tak?" Jari Edelis menunjuk ke arah 2 buah basikal yang berada di bawah rumah kayu itu.
Mata Cahaya bersinar-sinar.
"Tak sabarnya" Kata Cahaya
Edelis bersyukur kerana Cahaya mudah gembira dengan sesuatu yang sederhana. Dia tidak perlu mengeluarkan banyak duit untuk membuat Cahaya bahagia.
Edelis menaiki tangga lalu membuka pintu. Edelis membuka pintu, didalamnya terdapat beberapa kerusi, meja, dan sebagainya.
Edelis memasuki rumah itu diikuti dengan Cahaya yang berada di belakang nya. Edelis menekan suis kipas dan kipas pun berputar.
Cahaya berjalan kearah tingkap lalu membuka nya satu persatu.
Mereka memasuki bilik Edelis untuk berehat.
•••••
Petang...
Edelis yang sedang berehat di tangga sambil termenung. Mengingat zaman kanak-kanaknya dulu. Terbayang-bayang muka ibu dan ayahnya yang sedang bermain dengannya. Tapi itu semua telah menjadi kenangan. Dia tersenyum sendirian.
YOU ARE READING
Prof.Edelis Is My Husband [C]
Romansa[Tajuk Lama : Lecturer Itu Suamiku] Cahaya seorang yatim piatu yang di besarkan oleh atok dan neneknya. Dia tenggelam dalam hiburan dunia yang mengakibatkan hatinya hancur berkeping keping apabila kekasihnya dan rakan karibnya mempunyai hubungan dib...