Bab 12: Menyesal

295 6 0
                                    

Cahaya yang kebosanan di rumah tiba-tiba mendapat mesej dari rakanya untuk keluar bersiar-siar dengan menaiki motosikal. Cahaya yang suka menaiki motorsikal terus pergi ke arah Edelis yang berada di bilik bekerja.

"Awak~~" Kata Cahaya dalam nada manja

Edelis memalingkan kepalanya dari memandang laptop kearah Cahaya yang berada di tepinya.

"Ya, sayang. Nak apa-apa ke ni?"  Tanya Edelis sambil tersenyum kearah Cahaya

"Nak keluar dengan kawan boleh?" Tanya Cahaya

"Naik apa?" Tanya Edelis

"Motor. Vroom vroom" Jawab Cahaya sambil membuat gaya seperti membawa motor. Tangan nya di pulas pulas kan

"Ok, tapi ada syarat" Kata Edelis

"Syarat?" Tanya Cahaya dengan menelengkan kepalanya kearah kanan

"Syaratnya ialah jangan ganas-ganas, jangan happy sangat nanti menangis, jangan sesekali cuba bawak motor dia walaupun teringin sangat nak bawak dan dia bagi sayang bawak, jangan berlari. Sayang jangan degil, dengar cakap abang atau sayang akan dihantui rasa bersalah"Kata Edelis panjang lebar

"Aye Aye, Captain" Kata Cahaya yang mengayakan tangan nya seperti askar

Beberapa minit kemudian, rakan Cahaya datang kerumahnya dengan menaiki motorsikal, skuter.

"Tu kereta kau ke?" Tanya Mila sebaik sahaja Cahaya keluar dari rumah

"Tak, tu kereta sua-" Cahaya tidak menghabiskan kata-katanya

"Sua?" Tanya Mila

"Haah tu kereta aku" Cahaya jawab lain dari yang tadi. Hampir saja rahsianya terbongkar yang dia mempunyai suami

"Ooo. Kereta kau ni sama macam kereta Sir Edelis laa. Tapi aku tak ingat pulak plat kereta dia apa " Kata Mila

"Y-yeke? Aku tak perasan pun" Kata Cahaya

Edelis hanya melihat mereka dari dalam rumah.

'Harap sayang ingat syarat abang tadi' Kata Edelis lalu sambung membuat kerjanya

•••••

Mereka sampai ke destinasi...

"Ermm. Mila, boleh tak aku nak try bawak motor kau? Aku teringin lah. Aku nak sangat bawak" Kata Cahaya

"Bawak lah" Kata Mila

Cahaya lalu menaikan tongkat motor lalu menghidupkan enjin. Cahaya ni, dia tak pandai bawak motor. Tapi teringin nak bawak.  Tanpa di duga, Cahaya jatuh motor.

Pada masa yang sama, Edelis yang sedang memotong lobak merah untuk dimasukkan ke dalam masakan untuk makan malam. Edelis lalu terhiris jarinya. Darah. Edelis memasukkan jarinya ke dalam mulut lalu menghisapnya.

'Kenapa hati aku tak sedap?' Tanya Edelis kepada dirinya sendiri

•••••

Di rumah...

Cahaya pulang, dengan berjalan secara terhinjut- hinjut. Dia lalu memandang kearah Mila.

"Maaf. Aku cuai. Habis calar motor kau. Kau repair laa dulu, nanti aku bagi duit" Kata Cahaya dengan rasa serba salah

"Tak apa. Calar sikit je pun. Bukanya ada yang serius pun. Kau tu, yang nampak teruk, dengan kaki, tangan, tapak tangan, siku berdarah. Aku nak hantar kau pergi klinik kau tak nak. Motor ni tak penting pun, yang penting ialah nyawa kau" Kata Mila

"Terima kasih. Aku minta maaf tau" Kata Cahaya

"Aku balik dulu, kalau teruk sangat kau pergilah klinik" Kata Mila

"Ok" Kata Cahaya

Mila berlalu pergi, Cahaya melambai kan tangannya kearah Mila. Sekarang dia takut untuk berhadapan dengan Edelis.

Cahaya memasuki rumah dan berniat untuk terus naik keatas.

"Sayang, jom makan dulu. " Kata Edelis yang sedang memandang nya dari meja makan

"T-tak pelah. Cahaya naik dulu" Kata Cahaya

Edelis lalu berlari anak kearah Cahaya kerana melihatnya jalan terhinjut-hinjut. Edelis lalu memegang pergelangan tangan Cahaya.

"Sayang, kenapa tangan sayang berdarah?" Kata Edelis sambil melihat lihat tubuh badan Cahaya.

"T-tak ada apa-apa" Kata Cahaya

"Abang nak sayang jujur" Kata Edelis. Suaranya tegas

Cahaya memandang lantai. Edelis lalu menarik tangan Cahaya untuk duduk dia atas sofa.

"Sekarang, cakap. Abang janji, abang tak marah" Kata Edelis

"Janji?" Tanya Cahaya

"Janji" Jawab Edelis lalu menghulurkan jari kelingking.

Cahaya lalu menceritakan apa yang terjadi. Edelis mendengar dengan khusyuk.

"Cahaya minta maaf sebab tak dengar cakap awak" Kata Cahaya. Masih memandang ke bawah

Edelis lalu mengambil tangan Cahaya, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Edelis meniupkan pada tempat yang terluka.

"Erm awak, awak tiup tadi , merecik laa air liur awak" Kata Cahaya sambil menahan tawa

Edelis yang mendengar itu terus ketawa kecil. Edelis mencubit manja pipi isterinya itu.

"Dengan cakap abang lain kali.Pergi naik, mandi. Nanti makanan abang bawak naik atas" Kata Edelis

"Satu lagi, macam mana dengan motor dia?" Tanya Edelis

"Cahaya nak bayar tapi dia tak nak" Jawab Cahaya

"Sayang kena bagi dia duit. Biar dia rasa yang sayang ni bertanggungjawab" Kata Edelis

"K"

Bersumbang...
Akan ku abadikan kisah jatuh motor ku di dalam cerita ni.

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now