PROLOG

15.3K 364 22
                                    

KLIA 2

Tengku Izara memerhati satu-persatu wajah ahli keluarganya termasuk ahli keluarga mertuanya. Hari ini, dia bakal berangkat pergi ke Kanada. Tak tahu bila dia akan pulang semula ke Malaysia.

Setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Entah lah. Dia pergi ke sana pun untuk menyembuhkan hatinya yang luka akibat sikap si suami.

Dia sudah tidak tahan dengan perangai Raja Ghibran yang selalu memperlekehkannya dan tidak menjaga perasaan dia sebagai seorang isteri. Selalu melebihkan perempuan lain.

Dia sedar yang mereka bernikah dan menjadi suami isteri bukan atas kehendak masing-masing. Mereka berdua dijodohkan keluarga. Tapi, tak boleh ke Raja Ghibran menjaga perasaannya sedikit? Ini langsung tiada. Selama 2 tahun berumah tangga dan menjadi isteri kepada lelaki bernama Raja Ghibran ini. Tak pernah sekali pun Tengku Izara merasakan apa itu bahagia.

Tengku Izara tahu yang Raja Ghibran masih tak dapat lupakan bekas kekasihnya dan bahkan selalu berjumpa dengan bekas kekasihnya itu. Mereka kehilangan anak pun gara-gara Raja Ghibran.

Banyak kali Raja Ghibran memohon maaf dan ampun terhadap dia. Tapi, hati Tengku Izara sudah sakit. Tiada tempat lagi untuk Raja Ghibran toreh dan luka kan.

Kali ini, dia tekad untuk pergi jauh dari Raja Ghibran. Kepergian dia ke Kanada ini pun hanya diketahui oleh keluarganya dan keluarga mertuanya. Raja Ghibran sama sekali tidak tahu. Raja Ghibran oustation ke Sabah seminggu.

Dikeranakan itu, ini ada lah peluang Tengku Izara untuk pergi jauh dari hidup seorang lelaki bernama Raja Ghibran.

"Zara pergi dulu babah, mummy, bonda dan ayah. Zara minta maaf dan minta ampun kalau Zara ada silap dan salah yang pernah Zara lakukan tanpa sengaja atau tidak sengaja. Zara minta halalkan segala makan minum yang pernah babah dan mummy bagi pada Zara dari kecil sampai lah sekarang." Pinta Tengku Izara dalam keadaan sebak.

Selepas itu, dia beralih pada kedua mertuanya. Disalam tangan Tan Sri Raja Ahmad dan Puan Sri Tengku Ameena. Dikucup penuh hormat.

"Zara minta maaf dan minta ampun ayah dan bonda. Maaf kalau Zara tak mampu untuk jadi menantu yang baik pada ayah dan bonda." Terus tubuhnya ditarik Puan Sri Tengku Ameena ke dalam pelukan.

Berat hatinya untuk melepaskan menantunya ini. Dia akui. Tengku Izara ada lah menantu yang sangat baik dan sopan santun. Apa lah yang buta sangat anaknya itu tidak nampak? Kurang apa lagi pada menantu dia ini?

Setelah beberapa minit, Tengku Izara melepaskan pelukan itu. Dia beralih memusing dan melihat kakaknya.

"Kak long." Sayu suara Tengku Izara memanggil kakaknya.

"Jaga diri dekat sana. Selalu call kak long. Jangan lupa mesej kak long selalu. Okay? Kak long sayang adik." Sejurus itu, Tengku Intan memeluk adiknya. Perlahan air mata dia mengalir di pipi.

Selepas itu, Tengku Izara memandang adik iparnya. Comot wajah adik iparnya itu dengan air mata. Tanpa kata, Tengku Izara langsung memeluk Raja Anisa.

"Kak long.. jangan lah tinggalkan Nisa." Lirih suara Raja Anisa. Wajahnya disembamkan di bahu Tengku Izara.

Tengku Izara mengusap perlahan belakang badan Raja Anisa. Dia memang sangat rapat dengan adik iparnya ini.

"Dah-dah. Kak long pergi sekejap je. Nanti kak long balik. Jangan lah nangis. Nisa kena tunggu kak long tau?" Diseka air mata Raja Anisa dengan ibu jarinya.

"Janji kak long balik?" Soal Raja Anisa sambil menyedut hingus.

"Iya.. kak long balik." Mengangguk Tengku Izara. Bila dia balik tu dia tidak tahu. Mungkin sampai hati dia benar-benar sembuh baru lah dia balik ke Malaysia.

Tak lama selepas itu, pengumuman flight ke Kanada dipanggil. Tengku Izara terus masuk ke balai pelepasan. Dia memandang satu-persatu wajah ahli keluarganya sebelum berpusing dan menghilang dari pandangan mereka. Tak sanggup. Berat langkahnya. Tapi, ini keputusan dia.


Tbc..

Baca lah prolog dulu. Tiba-tiba keluar idea nak buat cerita macam ni.😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now