Tengku Izara memandang Ku Larissa tidak lepas. Diaorang sudah berada di rumah sekarang. Lepas sahaja balik dari klinik, sempat lah mereka berdua singgah makan sekejap.
Ku Larissa yang perasan akan pandangan Tengku Izara terus berpaling menghadap Tengku Izara. Dia menaikkan sebelah alisnya sambil mulut dia mengunyah kacang yang dimakan.
"Kau.. tak nak bercinta?" Tanya Tengku Izara. Hampir Ku Larissa nak tercekik kacang.
"Uhuk uhuk.. apa kau ni? Uhuk. Pertanyaan pun." Omel Ku Larissa. Dia takda lah marah Tengku Izara tanya soalan tu.
Tapi, dia hampir nak tercekik sebab soalan tu macam tetiba sangat.
"Kalau kau takda calon.. aku ada." Tengku Izara menaikkan keningnya beberapa kali.
Ku Larissa rasa curiga sangat. Hati dia rasa tak senang ni bila Tengku Izara kata ada calon. Jangan-jangan..
"No! A big NO, Izara! Jangan kau terfikir untuk ke arah apa yang aku fikirkan ini." Bantah Ku Larissa. Dia duduk jauh dari Tengku Izara.
"Apa yang kau fikir?" Tanya Tengku Izara ingin tahu.
"Kau nak kenenkan aku dengan si cencurut tu kan?" Ketawa besar Tengku Izara.
"Macam mana kau boleh tahu ni?" Tengku Izara masih galak ketawa ya.
Ku Larissa membuat muka jelek. Dia menjeling tajam kepada Tengku Izara. Menyampah betul.
"Aku tengok Rafiq tu sesuai lah dengan kau. Try lah. Dia pun hensem tau." Ujar Tengku Izara cuba mengkenenkan Ku Larissa dan Tunku Rafiq.
"Stop, Zara. That's the last thing will happen in my life." Balas Ku Larissa tegas.
Tak nak dia dengan si cencurut tu. Memang lah hensem. Tapi.. mulut dia MasyaAllah.
Berdecit Tengku Izara bila mendengar balasan sahabatnya ini. Jual mahal lah.
"Aku doakan supaya kau berjodoh dengan dia. Aamiinn.." Menjuling mata Ku Larissa ke atas apabila Tengku Izara berdoa supaya dia dijodohkan dengan Tunku Rafiq.
Tak nak lah doh. Ish. Tak guna punya sahabat.
••••••••
Tepat pukul 9 malam. Raja Ghibran dan Tunku Rafiq sampai di rumah. Mereka berdua melihat keadaan rumah yang gelap gelita.
Raja Ghibran dan Tunku Rafiq saling berpandangan sebelum terdengar jeritan dari dalam rumah. Kelam kabut Raja Ghibran dan Tunku Rafiq berlari masuk ke dalam rumah.
Pintu rumah terus dirempuh mereka. Terkejut Tengku Izara dan Ku Larissa. Laju kepala mereka berpaling menghadap ke arah pintu rumah. Mereka berdua melihat Raja Ghibran dan Tunku Rafiq yang seakan orang kerisauan.
"Abang.. kenapa?" Tanya Tengku Izara.
"Sayang tu. Kenapa menjerit tadi?" Balas Raja Ghibran sembari menyoal.
"Tu. Kitaorang tengok cerita menjelang magrib. Hantu dia tiba-tiba keluar. Itu yang.. TERjerit." Kata Tengku Izara sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah skrin kaca tv.
Raja Ghibran dan Tunku Rafiq saling berpandangan sebelum melepaskan nafas lega. Raja Ghibran membuka suis lampu. Suasana yang gelap tadi bertukar menjadi terang benderang.
Tengku Izara yang melihat bungkusan di tangan suaminya pantas dia bangun dan berjalan mendekati Raja Ghibran.
"Tom yam original from Thailand?" Soal Tengku Izara sambil matanya tak lepas memandang bungkusan makanan tersebut.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...