"Gimana orang-orang di Indonesia? Ganteng gak? Pasti ramai cogan ya kannn?" Soal Ku Larissa kepada Tengku Izara.
Tengku Izara sudah selamat balik dari Jakarta dua hari lepas. Itu pun menangis tak nak balik. Katanya tak puas lagi. Berjam juga lah Raja Ghibran kena pujuk. Sampai naik kapal terbang pun menangis lagi.
"Ya iya lah, bu.. pasti ramai cowok ganteng.." Usai itu, mereka berdua ketawa. Banyak mata yang memandang ke arah mereka.
"Aduh.. tak lama lagi kan tu?" Ku Larissa menjuihkan bibirnya menunjuk ke arah perut besar Tengku Izara.
Menunduk Tengku Izara memandang perutnya itu. Tersenyum dia melihat perutnya sendiri.
"Ada lagi lebih kurang 3 bulan. Kau tu cepat-cepat lah kahwinnya." Ujar Tengku Izara sambil memanggungkan kepala merenung Ku Larissa.
Terukir senyuman di bibir Ku Larissa. Dia pun dah tak sabar. Semenjak Tunku Rafiq lamar dia tempoh hari. Mereka semakin hari, semakin romantik.
Setiap kali ada masa luang, mesti keluar sama. Lunch together. Dinner together. Semua harus bersama. Nampaknya.. kita kehilangan murai dan cencurut. Haih.
Tengku Izara menarik tangan kiri Ku Larissa dan melihat cincin yang dipakai di jari manis Ku Larissa. Cantik.
"Ni lah cincin propose tu?" Mengangguk Ku Larissa mengiyakan.
"Aku dah kata. Rafiq tu mesti boleh jadi romantik punya. Kau tu hah yang takut sangat." Menjuih bibir Ku Larissa.
"Mesti lah takut. Yalah.. kitaorang baru kenal. Lepastu jumpa-jumpa je terus bergaduh. Mana lah aku tak takut. Mana tahu dia kejam? Tapi.. lain. Dia sweet. Layan aku pun.. aish. Cair lah." Susah untuk Ku Larissa menggambarkan cara Tunku Rafiq melayannya sekarang.
Sangat berbeza dari dulu.
Tak lama kemudian, datang Raja Ghibran dan Tunku Rafiq ke arah mereka. Kedua-dua jejaka ini dari office. Datang sini pun sebab Tengku Izara dan Ku Larissa yang telefon.
Katanya nak lunch double date. Korang double date tak? Tak? Sama lah dengan saya. HAHAHAHAHAHA. Senasibbbb..
"Hai, sayang." Sapa Raja Ghibran dan mencium puncak kepala Tengku Izara lalu melabuhkan punggung di sebelah sang isteri.
"Hai, abang." Sahut Tengku Izara membalas sapaan Raja Ghibran.
Tunku Rafiq mengambil tempat di sebelah Ku Larissa dan menggosok atas kepala Ku Larissa. Senyuman manis turut diberikan kepada cik tunangnya.
"Dah lama tunggu?" Tanya Raja Ghibran.
"Setengah jam. Abang rasa lama tak?" Suaranya sengaja digarangkan. Tapi tak garang pun bagi Raja Ghibran.
"Korang tak order ke?" Tanya Tunku Rafiq pula. Dia melihat di atas meja kosong. Hanya ada dua cawan air sahaja.
Menggeleng kepala Tengku Izara dan Ku Larissa. Mereka berdua hanya order air sahaja. Pasal makanan tu diaorang nak order sekali dengan Raja Ghibran dan Tunku Rafiq.
Sebab tu lah Tengku Izara dan Ku Larissa tak order makanan lagi.
"Kenapa sayang tak order?" Soal Raja Ghibran risau. Isteri dia ni mana boleh lapar. Mulut tu asyik nak mengunyah saja.
"Tunggu abang dan Rafiq lah. Kita order dan makan sama. Baru adil." Ujar Tengku Izara.
"Betul." Sokong Ku Larissa.
"Kita order lah. Sayang mesti dah lapar kan?" Mencebik bibir Tengku Izara sambil menganggukkan kepalanya.
Selepas itu, Raja Ghibran memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan mereka berempat.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...