Sepanjang dua jam Tengku Izara meeting. Dua jam juga lah Raja Ghibran memeluk tanpa melepaskan sesaat pun. Ada juga Tengku Izara suruh lepas. Tapi, Raja Ghibran merengek tak nak.
Sampai nak nangis Raja Ghibran sebab Tengku Izara memaksa. Sudah tu Tengku Izara mengalah sahaja lah. Pening dia. Sejak bila suaminya macam ni pun tak tahu lah. Dulu pun manja juga. Tapi, takda lah sampai macam ni.
"Sayang.. abang nak muntah." Adu Raja Ghibran perlahan.
Tengku Izara masih lagi meeting. Sebab tu dia diam sahaja. Tak nak kacau. Nanti bini nya marah.
"Jom pergi tandas." Pantas Tengku Izara merungkaikan pelukan Raja Ghibran dan menarik tangan suaminya untuk masuk ke bilik air.
Raja Ghibran akur. Dia mengekori langkah isterinya sambil menahan sesuatu yang ingin keluar dari dalam perutnya.
Selepas itu, mereka berhenti di hadapan sinki. Tengku Izara mengarahkan Raja Ghibran untuk muntah. Belakang badan suaminya diusap-usap dengan lembut. Raja Ghibran memuntahkan segalanya tapi yang keluar hanya lah angin.
Tengku Izara membuka paip dan membasahkan tangannya lalu dilap mulut Raja Ghibran. Raja Ghibran berpaling menghadap si isteri. Bibirnya disebikkan dan dia memeluk isterinya semula.
"Sayang.. abang tak larat.." Adu Raja Ghibran manja.
Nasib tak jatuh. Dah lah berat. Tengku Izara terpaksa menanggung beban badan suaminya yang berat ini. Hish. Macam gorilla betul.
"Awak berat lah. Jangan lah lembik kan badan awak." Marah Tengku Izara perlahan. Ditepuk belakang badan Raja Ghibran. Mendesis sakit Raja Ghibran dibuatnya.
Dia panggung kepala memandang sang isteri yang memberi pandangan tajam ke arahnya. Tersengih Raja Ghibran. Dia berdiri tegak di hadapan Tengku Izara.
"Jom keluar. Muntah angin je. Macam mana tak muntah angin kalau awak tak makan? Mengada-ngada kan? Bonda dah masakkan bubur lepastu Nisa dah hantar. Tak boleh nak makan ke? Ajak pergi klinik pun tak nak. Tak pasal-pasal saya kena datang sini tengok awak. Dah lah sampai je tadi bersepah bilik ni. Awak ni memang tak reti nak kemas ke? Baju berterabur. Bakul baju kotor dah elok ada dekat sini. Campak juga baju-baju tu semua ke lantai. Memang suka menyepahkan barang ke?" Panjang lebar Tengku Izara membebel.
Raja Ghibran menadah telinga sahaja. Suka pula dia dengar isterinya membebel begini dari diam tak nak bercakap dengan dia. Rindu dah dia nak dengar suara Tengku Izara membebel panjang-panjang. Dulu Tengku Izara suka juga membebel. Tapi, lepastu dia marah. Sampai menangis isterinya.
Dah lah buat orang tu nangis. Lepastu tak reti nak pujuk balik. Lagi dibuat orang tu sakit hati ada lah. Dibawa pula perempuan balik. Hish. Teruk betul perangai.
Aku pijak kau karang, Ghibran!
"Awak duduk sini dulu. Saya nak turun ambilkan bubur awak." Arah Tengku Izara. Dia melepaskan tangan Raja Ghibran yang dari tadi memegangnya.
"Nanti lah. Abang tak nak makan lagi." Mencerlung tajam mata Tengku Izara merenung suaminya.
"Degil sangat kenapa? Nak kena tahan masuk hospital ke?" Omel Tengku Izara.
"Kalau awak masuk hospital. Saya malas nak jaga awak. Nak tengok awak pun saya tak nak. Jadi, saya bagi dua pilihan. Makan atau hospital?" Tersebik bibir Raja Ghibran. Tangannya ingin menarik tangan Tengku Izara untuk dipegang.
Tapi, pantas Tengku Izara menepis kasar tangan suaminya. Dia menyilangkan tangan di dada.
"Choose, Ghibran." Tegas suara Tengku Izara. Dia malas nak berlembut sekarang. Raja Ghibran ni boleh tahan degil.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...