Raja & Tengku : 55

5.7K 215 20
                                    

Terkedip-kedip mata Ku Larissa. Dia mengerjapkan sebentar matanya untuk menghilang kabur. Sesudah itu, dia memalingkan kepalanya memandang sebelah kirinya.

Dilihat juga di bahagian pinggangnya ada satu tangan kekar yang menjalar sambil memeluk pinggangnya.

Tak lama selepas itu, baru lah dia teringat kejadian semalam. Langsung membahang wajahnya. Malunya. Dia dah sah menjadi hak milik sepenuhnya Tunku Rafiq.

Aisehhh.. malu konon. Semalam bukan main menggoda.

Usai itu, Ku Larissa merenung suaminya yang masih lena. Tidur pun hensem. Baru dia perasan. Kalau rambut Tunku Rafiq jatuh ke bawah menutup dahi. Muka Tunku Rafiq macam baby. Comel. Geram pula Ku Larissa menengoknya.

Lama dia merenung wajah tampan sang suami sampai tak perasan yang Tunku Rafiq sudah pun sedar.

Tangan Tunku Rafiq naik mengelus pipi isterinya. Tersentak Ku Larissa. Sesudah itu, baru lah dia perasan. Membahang terus wajahnya. Lantas Ku Larissa menarik selimut untuk menutup mukanya.

Terbit senyuman manis Tunku Rafiq. Pagi-pagi dah buat perangai comel. Tunku Rafiq mencuit bahu Ku Larissa yang terdedah dan tidak ditutupi oleh selimut. Terhinjut bahu Ku Larissa akibat terkejut.

"Good morning my wife." Ucap Tunku Rafiq dengan nada yang tersangat lembut.

Kalah Raja Ghibran. Huhu.

Senyap. Tiada balasan dari Ku Larissa. Tahu lah Tunku Rafiq yang Ku Larissa tengah tersangat malu sekarang. Tapi nak malu buat apa? Mereka kan suami dan isteri. Perkara macam ni adalah perkara normal antara suami dan isteri.

Lagipun isteri dia sendiri yang mulakan dulu. Bukan dia. Haih lah isteri.

"Sayang.." Seru Tunku Rafiq memanggil isterinya. Masih lagi sama.

"Sayang.. abang kira sampai 3. Sayang buka selimut ni. Abang masuk dalam selimut. Satu.. Dua.." Tunku Rafiq mula mengira.

Ku Larissa yang masih berselubung sudah merasa gelabah. Dia menggigit perlahan bibirnya. Nak buka tak nak. Aduh.. dilema lah.

"Ti.." Belum sempat Tunku Rafiq menghabiskan kiraannya. Ku Larissa membuka sedikit selimut yang menutup mukanya itu.

Hanya nampak dahi dan mata sahaja. Terbit senyuman nipis di bibir Tunku Rafiq. Comel lah. Dah macam tupai dia tengok.

"Buka lah semua. Abang nak tengok muka sayang." Kata Tunku Rafiq sambil menarik perlahan selimut itu dari menutupi wajah isterinya.

Ku Lariss tidak membantah. Dia membiarkan selimut itu ditarik oleh suaminya.

"Good morning, my baby." Ucap Tunku Rafiq sekali lagi tapi dia menukar panggilan terhadap Ku Larissa.

Memerah pipi Ku Larissa dibuatnya. Mesti merah sangat sampai Tunku Rafiq tersenyum lebar bila memandang muka dia.

Tunku Rafiq mendepakan tangannya. Berkerut dahi Ku Larissa kerana tidak mengerti.

"Hug." Kata Tunku Rafiq seraya mengerti bila melihat wajah kebingungan sang isteri.

Tanpa bantahan, dengan gerakan perlahan. Ku Larissa mendekatkan dirinya dengan Tunku Rafiq lalu masuk ke dalam pelukan hangat sang suami. Wajahnya tersembam di dada Tunku Rafiq.

Dapat Ku Larissa bau wangian tubuh suaminya. Haih. Bau pun dah hensem.

Tunku Rafiq melabuhkan beberapa kucupan di atas kepala Ku Larissa. Selepas itu, dia merehatkan dagunya di atas kepala sang isteri. Rasa tenang saja bila bangun pagi dapat peluk isteri.

Lama mereka dalam keadaan begitu sehingga Tunku Rafiq menjarakkan sedikit pelukan mereka. Dia menunduk memandang Ku Larissa yang turut sama mendongak memandang ke arahnya.

IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now