Raja & Tengku : 37

6.5K 229 12
                                    

Pagi menjelma dan Tengku Izara menggeliat sekejap untuk merenggangkan badannya. Bahu kanannya terasa berat. Tengku Izara menoleh dan melihat kepala suaminya elok sahaja berada di bahu dia.

Menunduk sedikit Tengku Izara kerana ingin merenung suaminya yang sedang tidur. Dia masih lagi merajuk dan marah terhadap Raja Ghibran kerana menuduh dia semalam.

Ralit dia menatap wajah kacak Raja Ghibran yang sedang tidur itu. Tak lama kemudian, baru dia teringat. Mana bantal yang dia letak dekat tengah ni? Meliar matanya sampai tertancap pada satu bantal yang berada di belakang Raja Ghibran.

Tengku Izara mengemam rapat bibirnya menahan geram. Dia tahu kerja siapa. Dalam beberapa saat, tekaknya terasa ingin mengeluarkan sesuatu.

Dia langsung bangun dan menolak Raja Ghibran ke tepi. Selimut yang digunakan pun dibuka dan pantas Tengku Izara turun dari katil dan berlari masuk ke dalam bilik air. Raja Ghibran yang ditolak terus mencelikkan matanya.

Pantas Raja Ghibran bangun apabila melihat isterinya yang sedang berlari masuk ke dalam bilik air.

Dia turut sama turun dari katil dan menuju ke arah bilik air. Raja Ghibran melihat isterinya yang sedang muntah di sinki dengan badan terbongkoknya dan rambut digenggam supaya tidak terkena muntahnya.

Lantas Raja Ghibran menghampiri sang isteri dan membantu memegang rambut Tengku Izara serta digosok perlahan belakang badan Tengku Izara. Digosok dengan lembut.

"Uwerk.."

"Muntah lagi sayang. Keluarkan je semua." Kata Raja Ghibran dengan masih menggosok belakang badan isterinya.

Selepas beberapa minit, baru lah Tengku Izara rasa okay. Dia memanggungkan kepalanya dan memandang suaminya dari pantulan cermin. Tersebik bibirnya.

Tersenyum kecil Raja Ghibran melihatkan itu. Comelnya cebik-cebik bibir. Raja Ghibran membuka paip dan membasahkan tangannya lalu dilap mulut Tengku Izara.

Usai itu, Raja Ghibran membasahkan wajah Tengku Izara. Diusap lembut. Rambut isterinya disebakkan ke belakang. Raja Ghibran memegang kedua bahu Tengku Izara dan dipusingkan untuk menghadap dirinya.

"Dah? Ada rasa nak muntah lagi?" Menggeleng perlahan Tengku Izara dengan bibir cebiknya.

Raja Ghibran menatap wajah jelita sang isteri. Kedua pipi Tengku Izara diusap dengan lembut dan Raja Ghibran mengucup dahi isterinya.

"Jom keluar. Sayang rehat eh? Nanti kita pergi klinik. Abang nak siapkan breakfast untuk sayang." Tengku Izara hanya mampu mengangguk.

Takda tenaga nak bercakap. Dia penat muntah dari semalam. Dibiarkan sahaja Raja Ghibran yang sedang memeluknya ini. Ikutkan hati dia tak nak Raja Ghibran peluk. Tapi sebab dia takda tenaga. Dia endahkan lah.

Raja Ghibran menolak Tengku Izara duduk di atas katil. Dikemaskan rambut Tengku Izara yang agak serabut. Sesudah itu, Raja Ghibran duduk bercangkung di bawah dan mendongak memandang isterinya.

"Sayang nak breakfast apa? Abang masakkan." Tanya Raja Ghibran dengan penuh kelembutan.

"Zara rasa macam.. nak makan roti bakar. Lepastu letak madu." Beritahu Tengku Izara. Raja Ghibran agak terasa kerana Tengku Izara membahasakan diri sendiri dengan nama. Tapi dibiarkan dahulu.

Dia tak nak potong mood isterinya pagi-pagi macam ni. Nangi karang Tengku Izara langsung tak nak makan. Kesihatan Tengku Izara keutamaan bagi Raja Ghibran.

Tekak Tengku Izara tiba-tiba pula terasa nak makan roti bakar. Sedapnya..dah lama dia tak makan roti bakar.

"Roti bakar je?" Mengangguk Tengku Izara.

IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now