Tengku Izara mengintai suaminya di sebalik dinding yang berada di ruang tamu. Raja Ghibran sedang memasak. Terliur Tengku Izara melihat udang yang dimasukkan Raja Ghibran ke dalam kuali.
Menelan air liur Tengku Izara melihatkan itu. Sedapnya. Tadi dia mengidam nak makan udang masak lemak. Tapi Raja Ghibran yang kena masak.
Tak boleh orang lain.
Disebabkan Raja Ghibran ni sangat menyayangi isterinya. Jadi dia masakkan lah. Langsung tak membantah. Walaupun dia tak reti masak. Google kan ada. Semua di hujung jari.
"Intai apa tu sayang?" Tegur Raja Ghibran sambil mengacau makanan yang dimasak.
Tersentak Tengku Izara kerana ditegur secara tiba-tiba. Dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu berjalan mendekati sang suami.
"Abang."
"Hm."
"Tak siap lagi ke?" Soal Tengku Izara sambil matanya tertuju ke arah kuali. Dia berdiri di sebelah Raja Ghibran.
"Sikit lagi. Dah lapar ke?" Mengangguk Tengku Izara dan dia mencebikkan bibirnya.
Senyum saja Raja Ghibran melihat tingkah isteri kesayangannya. Dicium sekejap dahi Tengku Izara. Nak peluk tapi badan dia berbau sebab memasak. Lepastu berpeluh.
Takut pula isteri dia tak selesa nanti. Sebab tu dia cuma cium dahi sahaja. Walaupun rindu nak peluk isteri. Dah berapa jam tak dapat peluk ni.
Tersungging senyuman Tengku Izara. Dia langsung memeluk suaminya.
"Sayang. Abang berpeluh ni. Jangan peluk abang dulu." Kata Raja Ghibran sambil cuba mengecilkan dirinya di dalam pelukan sang isteri.
"Tak nak. Nak peluk juga. Biarlah abang berpeluh pun. Seksi tau." Sesudah itu, Tengku Izara mengigit sedikit bahu Raja Ghibran. Lirik mata nya juga turut dibuat gaya nakal.
Mendesis perlahan Raja Ghibran bila bahunya digigit. Dia memandang riak nakal sang isteri. Macam-macam ek. Ada dekat dapur ni karang dia terkam. Haish. Menguji keimanan lah isteri dia ni.
Raja Ghibran menyambung memasak semula sambil ditemani Tengku Izara. Tengku Izara sedari tadi diam sambil memeluk tubuh tegap suaminya.
Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya udang masak lemak yang diminta oleh Tengku Izara sudah pun siap. Wajah Tengku Izara betul-betul teruja saat itu.
Dia melepaskan pelukan untuk memberi ruang kepada Raja Ghibran meletakkan udang masak lemak itu ke dalam mangkuk.
Tengku Izara menepuk tangan dengan gembira. Dia mengemam rapat bibirnya sambil menelan air liur.
"Jom." Ajak Raja Ghibran selepas usai siap semuanya.
Mereka berdua bergerak masuk ke ruang makan. Raja Ghibran meletakkan mangkuk yang dipegangnya ke atas meja lalu berpusing menghadap isterinya dan ditarik lembut.
Satu kerusi ditarik keluar dan Raja Ghibran menoleh perlahan isterinya untuk duduk. Sesudah itu, Raja Ghibran melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Izara pula.
Berkerut dahi Tengku Izara bila melihat cuma ada satu pinggan sahaja.
"Kenapa satu pinggan je? Abang tak makan ke?" Tanya Tengku Izara.
"Makan. Abang kongsi dengan sayang. Abang suap." Balas Raja Ghibran sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Tengku Izara.
"Okay." Suka Tengku Izara bila Raja Ghibran memang selalu memanjakan dia.
Dengan lafaz bismillah, Raja Ghibran menyuap sang isteri. Tengku Izara mengunyah perlahan makanan yang disuap oleh suaminya.
"Sedapnya.." Katanya Tengku Izara dengan nada meleret.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...