Tersenyum-senyum Ku Larissa apabila mengenangkan yang esok dia akan menjadi isteri kepada Tunku Rafiq. Berdebar. Tapi tak sabar.
Dia teringat momen mereka seminggu yang lepas. Tunku Rafiq membawanya ke satu tempat yang cantik untuk melihat bintang malam.
Flashback
Ku Larissa menunggu kedatangan Tunku Rafiq. Tadi Tunku Rafiq ada menelefonnya untuk mengajak keluar. Tapi sebelum call Ku Larissa, Tunku Rafiq awal-awal lagi sudah meminta izin kepada Engku Omar dan Engku Laura.
Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi deruman motor besar yang masuk ke dalam pekarangan rumah keluarga Ku Larissa.
Berkerut dahi Ku Larissa kerana tidak mengenali gerangan tersebut. Tunku Rafiq memberhentikan motornya di hadapan Ku Larissa lalu dibuka helmet yang dipakai.
Terkejut Ku Larissa melihat tunangnya yang sudah ada di hadapannya kini. Dengan naik superbike lagi. Lepastu serba hitam.
"Bie." Seru Ku Larissa dengan riak terkejutnya.
"Ya, sayang. Kenapa?"
"Kita keluar naik motor ke?" Soal Ku Larissa seraya merenung wajah Tunku Rafiq meminta kepastian.
"Yup. Naik motor." Jawab Tunku Rafiq dengan senyuman.
"Tapi.. sayang tak pernah naik motor. Apa lagi superbike macam ni. Takut. Tak nak lah. Bie parking lah motor bie tu. Kita keluar naik kereta sayang eh?" Cadang Ku Larissa dan berura-ura mahu masuk mengambil kunci keretanya.
Tapi tangannya ditarik Tunku Rafiq. Berpusing dia menghadap Tunku Rafiq semula.
"No. Kita naik motor. It's okay. Bie ada. Sayang peluk bie kuat-kuat. Bie takkan biarkan sayang jatuh. Trust me." Pujuk Tunku Rafiq dengan nada suara yang sangat lembut.
Berubah riak wajah Ku Larissa.
"Bie.." Merengek Ku Larissa tidak mahu.
"Seronok sayang naik motor. Apa lagi kena angin. Best sangat. Sayang kata tadi tak pernah naik motor kan? Ni lah sayang kena merasa. Jom." Tunku Rafiq turun dari motornya lalu mengambil helmet yang dibawa.
Tunku Rafiq membantu Ku Larissa untuk memakai helmet. Tapi Ku Larissa mengundur dan menggeleng tidak mahu. Bibirnya turut disebikkan.
"Come. Bie ada.. jangan risau. Sayang peluk je bie kuat-kuat. Percaya bie, okay?" Tunku Rafiq menarik perlahan tangan Ku Larissa.
Mahu atau tidak mahu. Ku Larissa harus menurut. Dia membiarkan Tunku Rafiq yang memakaikan helmet di kepalanya.
Tunku Rafiq melihat wajah mendung Ku Larissa. Sengaja dia bawa motor. Dah lama tak jadi mat motor. Hehe. Lagipun takda niat nak kenakan Ku Larissa ke apa.
Selepas itu, Tunku Rafiq membantu pula Ku Larissa naik ke atas motor. Setelah Ku Larissa naik, Tunku Rafiq pula naik. Ditarik tangan Ku Larissa memeluk pinggangnya.
Usai itu, mereka berdua langsung keluar dari perkarangan rumah. Erat Ku Larissa memeluk Tunku Rafiq.
Sepanjang perjalanan, masing-masing diam. Takda seorang yang bercakap. Dekat atas motor kan. Nak bercakap apanya. Kang seorang kata lain, yang lagi seorang dengarnya lain. Dekat atas motor kan kita akan jadi pekak.
Setelah beberapa minit Tunku Rafiq menunggang motor. Akhirnya Tunku Rafiq berhenti di satu kawasan berbukit. Ku Larissa melepaskan pelukan dan memandang keadaan sekeliling.
Takda lah gelap sangat. Sebab banyak lampu. Ku Larissa turun dari motor dan melihat pemandangan yang terang dan cantik dari atas bukit tersebut.
Tunku Rafiq membuka helmet yang dipakai lalu turun dari motor. Didekati Ku Larissa. Berpusing Ku Larissa apabila Tunku Rafiq memegang bahunya.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...