Terjaga Raja Ghibran dari tidurnya setelah mendengar bunyi alarm handphone nya. Dia mengambil gajet nipis tersebut dan dimatikan alarm itu.
Sesudah itu, Raja Ghibran berkalih ke kiri melihat isterinya yang lena diulit mimpi sambil memeluknya. Sejuk mata dia bila bangun saja pagi dapat tengok muka isteri.
Tenang hati ini. Tak macam sebelum ini, bangun saja pagi. Ruang sebelah kosong. Mengeluh dia setiap hari. Sekarang tidak lagi. Ehek.
Ralit Raja Ghibran merenung wajah bersih sang isteri. Dicuit hidung lah, dicuit mata lah, dicuit bulu mata lah dan segala wajah Tengku Izara dicuit oleh Raja Ghibran. Dia memang dah obses dengan bini sendiri.
"Sayang.. bangun. Dah pukul 6:15. Kita nak solat subuh lagi." Kejut Raja Ghibran dengan nada suara yang cukup lembut.
Diam.
"Hey.. my sweet babygirl. Wake up." Kejutnya lagi. Masih sama. Tengku Izara langsung tak berkutik.
"Ya Allah. Susahnya nak bangunkan dia pagi ini. Biasanya elok je." Omel Raja Ghibran sendirian.
"Sayang.. abang kira sampai 3 je. Sayang tak bangun. Abang gigit bibir sayang." Sengaja dia mengugut.
"Satu.. dua .. ti.." Belum sempat Raja Ghibran menghabiskan kiraannya. Tengku Izara lebih pantas mencelikkan matanya dan bangun bersila di atas katil.
Cemberut wajah dia sambil memandang suaminya. Dia menggenyeh mata tapi ditahan oleh Raja Ghibran.
"Sakit nanti sayang matanya. Dah lah mata ni nak kena tatap abang dengan penuh cinta. Kalau sayang genyeh macam tadi, macam mana sayang nak tengok abang? Kesian abang." Raja Ghibran memegang tangan isterinya dan diusap perlahan.
Selepas itu, Raja Ghibran membawa kedua tangan kecil Tengku Izara menyentuh bibirnya. Dikucup bertalu-talu tangan Tengku Izara.
"Jom mandi. Kita nak solat subuh lagi." Ajak Raja Ghibran sambil menarik tangan Tengku Izara. Tetapi, Tengku Izara mengeraskan dirinya di atas katil.
Mandi? Mandi bersama? A big no!
"Kenapa sayang?" Soal Raja Ghibran sambil menatap intens wajah Tengku Izara.
"Abang mandi lah dulu. Lepas abang mandi, sayang pula mandi." Kata Tengku Izara perlahan.
Raja Ghibran melihat isterinya sambil menyengetkan sedikit kepalanya. Tengku Izara menunduk menyorokkan wajah dia. Malu lah kena tatap dengan abe Ghib pagi-pagi macam ni.
Dah lah hensem. Lagi bertambah hensem bila rambut Raja Ghibran agak messy. Huish. Lepastu.. tak berbaju. Haduh.. haredang, haredang, haredang.. panas, panas, panas..
Lirik lagu tu. Suka hati kau lah author.
"Malu eh?" Soal Raja Ghibran bila dia dapat menengok wajah memerah isterinya. Tersimpul senyuman kecil di bibir Raja Ghibran. Mesti isterinya malu.
"M-mana ada." Jawab Tengku Izara gagap-gagap.
"Pipi merah-merah dah ni. Tipu sangat kalau sayang kata tak." Sengaja dia nak mengusik. Bukan selalu.
"Eee.. abang ni." Merengek Tengku Izara tak suka. Dia terus menyembamkan wajahnya di bantal. Malu.
Dia tahu yang suaminya sengaja nak usik dia. Hish. Apa lagi dengar suara Raja Ghibran ketawa ni.
"Okay-okay. Abang mandi dulu. Lepastu baru sayang. Jangan tidur." Mengalah juga lah Raja Ghibran seraya berpesan.
Dia menundukkan badannya mencium belakang kepala Tengku Izara dan berjalan masuk ke dalam bilik air. Tak boleh nak diusik lebih sikit isterinya ini. Nanti kang mukanya dah macam udang kena bakar.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...