Raja & Tengku : 12

8.5K 306 27
                                    

Jewels Beauty

Sudah seminggu Raja Ghibran tidak menganggunya seperti selalu. Kalau tidak, selalu sangat hantar bunga lah apa lah. Takkan dah give up kot. Lemah betul.

Tak lama kemudian, handphone Tengku Izara berdering tanda minta diangkat. Tengku Izara melihat gerangan yang menelefonnya. Ternyata Raja Anisa. Kenapa?

Tengku Izara menggesekkan butang hijau dan dilekapkan telefonnya ke telinga.

"Assalamualaikum kak long." Ucap Raja Anisa sopan memberi salam.

"Waalaikumussalam. Kenapa Nisa call kak long ni?" Sahut Tengku Izara seraya bertanya. Tiba-tiba dia terasa berdebar.

"Nisa nak bagitahu yang along demam. Dah tiga hari dia tak makan. Kalau makan je muntah-muntah. Bonda dan Nisa ajak pergi klinik pun dia tak nak. Dia cakap nak kak long saja." Beritahu Raja Anisa jujur.

Banyak kali dia dan Puan Sri Tengku Ameena mengajak Raja Ghibran ke hospital atau klinik. Tapi, Raja Ghibran merengek tidak mahu. Yang dia mahukan hanya Tengku Izara.

Bagi Raja Ghibran. Tengku Izara adalah ubat dia. Dari dulu lagi. Sebab tu lah masa Tengku Izara takda. Setiap kali dia demam, dia memang akan jadi susah nak baik. Bau Tengku Izara itu pengubat dia. Baju-baju Tengku Izara dipeluk dan dicium setiap malam.

"Along.. ada dekat rumah bonda ke?" Tanya Tengku Izara teragak-agak.

"Tak. Along ada dekat rumah sendiri lah. Kak long datang tengok along boleh? Penat dah Nisa dan bonda." Pinta Raja Anisa seakan merayu.

Tengku Izara mengemam rapat bibirnya. Dia tak tahu. Dia ragu-ragu. Berbelah bahagi dia jadinya. Di mulut mahu mengatakan tidak. Tapi, di hati berlawanan. Haih. Susah betul jadi seketul Tengku Izara ni.

"Bagi alamat rumah along. Nanti kak long pergi." Setelah agak lama berfikir, akhirnya dia setuju.

"Okay. Nanti Nisa hantar location rumah along." Semangat Raja Anisa bicara.

Sejurus itu, panggilan ditamatkan. Tengku Izara melepaskan keluhan berat. Sekarang ini, dia nak kena pergi lah ni? Tengok si suami mengada di itu? Haish lah.

Dah lah Raja Ghibran ni kalau demam saja mesti jadi manja. Asyik nak melekat sahaja. Bukan dia tak kenal perangai suami dia macam mana. Kadang-kadang letih Tengku Izara nak melayan.

Tengku Izara lantas bangun dari kerusinya dan mencapai handbag yang terletak di tepi meja lalu dia melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

Karissa terkejut melihat majikannya ini. Nak ke mana? Dengan bawa handbag lagi.

"Rissa, saya nak keluar kejap. Meeting tadi pukul berapa?" Tanya Tengku Izara.

"Lepas lunch, tengku." Mengangguk mengerti Tengku Izara.

"Saya masuk balik lepas lunch." Sejurus itu, Tengku Izara berlalu pergi. Karissa memerhati sahaja langkah Tengku Izara sehingga hilang kelibat Tengku Izara.

••••••••

Tengku Izara memerhati alamat rumah yang diberi Raja Anisa. Betul ke ni rumahnya? Takkan besar macam ni? Raja Ghibran tinggal dengan siapa dalam rumah ni? Ada berapa orang? Ramai ke?

 Betul ke ni rumahnya? Takkan besar macam ni? Raja Ghibran tinggal dengan siapa dalam rumah ni? Ada berapa orang? Ramai ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now