Raja & Tengku : 40

7.5K 241 9
                                    

Raja Ghibran menongkatkan sebelah tangannya untuk menampung kepala dia. Raja Ghibran baring secara mengiring sambil memerhati Tengku Izara yang masih nyenyak.

Sudah pukul 5 pagi. Mereka habis aktiviti mereka pukul 2 pagi tadi.

Tersenyum Raja Ghibran bila melihat isterinya merengek dalam tidur. Penat sangat sebab baru lepas habis dikerjakan oleh Raja Ghibran. Ganas betul. Sebelah tangannya naik mengusap wajah bersih sang isteri.

Lembut sahaja kulit pipi Tengku Izara. Macam kulit bayi. Sebab tu Raja Ghibran suka main picit-picit pipi Tengku Izara. Dengan tembamnya. Geram.

Raja Ghibran memeluk pinggang Tengku Izara dan ditarik merapat dengannya. Melekap terus bahagian tubuh hadapan mereka. Dapat lah Raja Ghibran rasa lekuk badan isterinya.

Dilabuhkan kucupan hangat di ubun-ubun sang isteri. Tak lama kemudian, Tengku Izara mula membuka perlahan matanya dan mata dia terus disapa dengan dada bidang Raja Ghibran.

Mendongak kepala Tengku Izara memandang suaminya. Raja Ghibran menunduk merenung si isteri. Cantiknya. Dengan bulu mata lentik dia. Pipi dan hidung Tengku Izara pula kemerah-merahan.

Sumpah Raja Ghibran katakan. Tengku Izara sangat lawa. Terpukau Raja Ghibran dengan kecantikan isterinya.

Raja Ghibran mencium dahi Tengku Izara. Lama. Seperti sedang meluahkan perasaannya saat ini.

Selepas itu, Raja Ghibran menurunkan sedikit badannya dan digeselkan hidung mereka bersama. Terbit senyuman nipis Tengku Izara.

"Kenapa bangun?" Tanya Raja Ghibran perlahan.

"Terjaga. Abang tak tidur ke?" Jawab Tengku Izara sembari menyoal kembali.

"Tidur sekejap. Pastu abang terbangun."

"Lepastu abang buat apa?"

"Tengok bidadari abang ni tidur." Membahang wajah Tengku Izara bila digelar bidadari dan tahu yang Raja Ghibran memerhati dia semasa dia sedang tidur.

"Gatal lah abang ni." Ketawa kecil Raja Ghibran. Dia mencium pipi Tengku Izara.

"Abang."

"Yes, love."

"Abang pernah terfikir tak nak ada anak?" Soal Tengku Izara ingin tahu.

Diam. Tengku Izara menunggu untuk mendengar jawapan dari Raja Ghibran.

"Kenapa tanya?" Soalan dibalas soalan.

Tengku Izara agak kecewa bila Raja Ghibran tidak menjawab soalannya.

"Jawab lah soalan sayang.. bukan tanya sayang. Sayang nak tahu. Abang pernah terfikir tak?" Tengku Izara mengulang soalannya.

"Tipu kalau abang kata tak. Empat tahun sayang pergi rumah ni sunyi tanpa sayang. Hari-hari abang terbayang kalau sayang tak pergi. Anak kita pun ada lagi. Mesti rumah ni meriah. Dengar suara anak-anak kita. Mungkin sekarang kita dah ada dalam dua atau tiga orang anak. Tapi silap abang dulu kan? Abang lambat sedar. Baru sekarang abang tahu nak hargai sayang." Raja Ghirban menjeda seketika.

Tengku Izara mengemam rapat bibirnya. Sedih dia dengar. Tak berkalih matanya dari memandang wajah mendung suaminya.

"Kalau lah dulu abang pandai hargai isteri abang ni. Kita dah bahagia. Dah bahagia dengan anak-anak. Besarkan anak-anak sama-sama. Kita cipta kenangan bahagia bersama. Dan untuk soalan sayang. Abang nak ada anak. Anak dengan sayang. Sebab cuma sayang je yang layak untuk lahirkan pewaris abang. Abang nak hargai sayang. Abang nak bahagia dengan sayang dan anak-anak kita. InshaAllah. Mesti nanti Allah bagi rezeki anak pada kita." Sayu suara Raja Ghibran menuturkan kata-katanya.

IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now