Setahun berlalu
📍Vancouver, Canada
Dari jauh Raja Ghibran perhati isterinya yang sedang duduk di satu kafe sambil membaca buku. Sejak dari setahun lalu juga Raja Ghibran buat kerja begini.
Setiap kali ada masa lapang, dia pasti akan ke Kanada. Keluarga dia pun tak tahu yang dia buat kerja macam ni.
Duit nafkah setiap bulan dia masukkan ke dalam akaun bank Tengku Izara tanpa pengetahuan Tengku Izara, keluarganya dan keluarga mertuanya.
Dalam diam dia mengambil gambar Tengku Izara. Terbit senyuman manis di bibir Raja Ghibran bila terlihat senyuman menawan dari si isteri.
Tak lama selepas itu, dia melihat isterinya sedang mengangkat panggilan dari seseorang. Dari riak dan aksi wajah sahaja sudah cukup ceria. Penasaran dia. Dengan siapa isterinya sedang bercakap?
Dengan lelaki nama Aryan tu ke? Eh. Tak mungkin. Firdaus kata sepanjang Tengku Izara di sini. Tak pernah sekali mereka keluar berdua. Kalau nak keluar juga, mesti Engku Larissa ada menemani.
Dia melihat Tengku Izara bangun. Dia bingkas bangun dan mengikuti langkah Tengku Izara. Sepanjang perjalanan itu, Raja Ghibran langsung tidak melepaskan pandangannya dari terus memandang si isteri.
Ikutkan hati dia. Nak saja dia berhadapan dengan Tengku Izara. Tapi, dia yakin yang isterinya masih belum mahu berjumpa dengan dia.
Raja Ghibran bukannya takda nombor Tengku Izara. Ada sahaja. Tapi, dia takut. Dia takut nak menghadap kebencian seorang isteri.
Dia ekori sahaja langkah isterinya sampai di kawasan perumahan si isteri. Hilang sahaja kelibat Tengku Izara yang masuk ke dalam rumah. Ada satu kereta mendekati Raja Ghibran dan berhenti di sebelahnya.
Menunduk sedikit Raja Ghibran melihat gerangan itu. Ternyata Tunku Rafiq.
"Masuk." Arah Tunku Rafiq selamba. Tanpa banyak kata, Raja Ghibran akur.
Sesudah itu, Tunku Rafiq melajukan pemanduannya dan berlalu pergi meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
"Jadi kau dah tahu lah yang isteri kau ada dekat sini?" Soalan dari Tunku Rafiq mengejutkan Raja Ghibran.
"Kau tahu isteri aku dekat sini ke selama ni?" Tanpa teragak-agak, Tunku Rafiq mengangguk mengaku.
"Lepastu kau tak bagitahu aku?" Agak bengang ya. Dah tahu tak nak bagitahu.
"Permintaan isteri kau. Lagipun haritu aku terserempak dengan isteri kau tanpa sengaja. Tak silap aku masa tu dia dah tiga bulan dekat sini. Dia yang minta aku jangan bagitahu kau. Tapi, aku tahu. Kau takkan duduk diam selagi kau tak dapat apa yang kau nak. Macam sekarang. Now you know where you wife is." Terang Tunku Rafiq tidak menipu.
Tunku Rafiq ini memang sejenis lelaki yang straight forward. Kalau dia tak suka, dia akan jujur kata tak suka. Memang sejenis yang tak boleh kawal mulut.
Tergamam Raja Ghibran dengan penyataan sahabatnya yang satu ini. Isteri dia yang minta? Benci dah ke isterinya pada dia.
"Ha tu mesti fikir yang 'benci dah ke isteri aku?' Kan?" Tebak Tunku Rafiq benar.
Menjeling Raja Ghibran pada Tunku Rafiq. Kalau sekali tu salah, tak boleh ke? Asyik betul saja. Lama-lama dia terfikir, dia berkawan dengan ahli nujum pak belakang ke? Semua benda dia tahu.
"Diam lah kau. Bawa je kereta tu." Arah Raja Ghibran. Terletus tawa sinis Tunku Rafiq.
••••••••
Sepanjang 5 hari Raja Ghibran berada di Kanada. Aktivitinya hanya lah mengintip dan mengikuti Tengku Izara seperti selalu. Itu sahaja perkara yang dia lakukan. Tiada perkara lain lagi yang dibuat.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomantizmRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...