Jewels Beauty
Tengku Izara menutup mulutnya kerana tidak percaya dengan apa yang barusan diceritakan oleh Ku Larissa.
Ni cerita betul ke? Ku Larissa tak main-main kan?
"Serius lah weh?" Tanya Tengkh Izara ingin kepastian.
"Iya. Mummy aku dan mama dia memang dah berniat dari awal nak jodohkan aku dengan si cencurut tu. Tak tahu pula aku yang Engku Haila tu mama dia. Kalau aku tahu.. memang dari awal aku dah mengelak." Kata Ku Larissa sambil mendengus kasar.
Tengku Izara rasa nak ketawa. Tapi dia tahan. Tak pasal-pasal karang dia kena hempuk. Dah lah si Ku Larissa ni kalau mood tak okay. Habis semua orang dia marah.
"Aku tahu kau nak gelak. Tapi lebih baik kau tahan je." Bukan Ku Larissa tak perasan dengan mulut Tengku Izara yang terkemut-kemut tahan nak gelak.
Tengku Izara berdehem sekejap sebelum dia menseriuskan wajahnya. Sekurang-kurangnya dia cuba.
"Oh ya. This is your birthday gift. Happy birthday my bestie.. soon to be a hot mummy." Ku Larissa menghulurkan satu paper bag berjenama YSL kepada Tengku Izara.
"Wowwww.. thank you babe.." Ucap Tengku Izara ikhlas.
Teruja dia bila melihat handbag yang dibelikan Ku Larissa buat diri dia. Taste Ku Larissa memang tip top. Dah nama pun kaki shopping.
"Dah lah. Aku balik dulu. Aku datang sini pun nak bagi hadiah kau tu je. Plus.. cerita hal tu." Kata Ku Larissa seraya meminta diri.
Dia bangun dari duduknya dan memegang handbag nya.
"Kau terima lah ni?" Berfikir Ku Larissa.
Terima ke?
Ku Larissa mengangkat kedua bahunya tanda jawapan tidak tahu.
Sejurus itu, Ku Larissa terus melangkah keluar dari bilik pejabat Tengku Izara. Terukir senyuman nipis Tengku Izara bila mengetahui yang Tunku Rafiq sudah merisik sahabatnya itu.
Tak lama lagi makan nasi minyak lah. Tak sabar. Lagi-lagi lauk kenduri. Hmm.. sedapnya. Terliur dia dibuatnya.
"Sabar ya baby.. kita tunggu aunty Rissa kahwin ya? Nanti baru kita makan nasi minyak dengan lauk ayam masak merah dan acar timun. Haih. Tak sabarnya." Kata Tengku Izara sendiri.
Tak lama kemudian, pintu bilik Tengku Izara diketuk dan dibuka dari luar. Terjengul kepala Tengku Intan sambil menayangkan senyuman lebar kepada Tengku Izara.
"Kakak. Masuk lah." Tengku Intan masuk ke dalam sambil menjinjit satu paper bag berjenama Victoria Secret.
"Happy birthday adik kakak.. ni hadiah. Sorry kakak tak sempat nak beli hadiah yang special. Kakak busy sangat. Nanti ada masa luang, kakak beli okay?" Tengku Intan meletakkan paper bag itu di atas meja.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...