Raja & Tengku : 21

7.6K 250 20
                                    

Royal Blue

'Tok tok tok'

"Masuk." Raja Ghibran memberi izin kepada si pengetuk untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Dia mengangkat kepalanya memandang figura pekerjanya yang baru sahaja masuk ke dalam. Raja Ghibran membetulkan sedikit cara duduknya dan fokus kepada bakal apa yang dikatakan oleh Faiq.

"Yes, Faiq? Anything?"

Faiq berdeham seketika sebelum memulakan bicara. Dia berdiri tegak di hadapan Raja Ghibran.

"Saya nak bagitahu pada Tuan Raja yang syarikat Jewels Beauty akan membuat pelancaran koleksi barang kemas terbaru hujung minggu ini. Jadi, ini kad jemputan untuk Tuan Raja. Mereka menjemput Tuan Raja untuk datang." Beritahu Faiq sambil menghulurkan satu kad berwarna perak kepada Raja Ghibran.

Raja Ghibran menyambut huluran Faiq dan meneliti kad jemputan yang berada di tangannya.

"Sambutan COO terbaru? Siapa?" Dahi Raja Ghibran berkerut.

"Oh saya lupa pula yang itu. Sekali dengan penyambutan COO syarikat mereka yang baru iaitu Tengku Izara Aurora." Jelas Faiq dengan sekali nafas.

Bukan dia tak kenal siapa. Terlebih kenal dah. Isteri lelaki singa jadian depan dia ini.

Mengangguk kecil Raja Ghibran dan dia memberi isyarat tangan menyuruh Faiq keluar. Macam gitu je dia halau Faiq? Takda sivik punya bos.

Tanpa banyak kata lagi, Faiq akur. Dia mula membuka langkahnya untuk keluar dari ruang bilik pejabat Raja Ghibran.

Tersenyum Raja Ghibran bila melihat nama isterinya yang tertera di kad tersebut sebagai COO baru di Jewels Beauty.

He's a proud husband.

••••••••

Jewels Beauty

Tengku Izara memandang bunga rose merah yang baru sahaja dihantar oleh Karissa. Dia mengambil kad coklat yang terselit di antara bunga-bunga tersebut.

Dibuka lalu dibaca setiap aksara yang tertulis di kad tersebut.

'Congratulations, sayang. Tak sangka sayang COO baru Jewels Beauty. I'm proud of you❤️✨. Nanti lunch kita pergi sama. We go lunch date, okies my sweet babygirl? See you when I see you, sayang🥰.'

From your husband❤️

Tersungging senyuman lebar Tengku Izara. Hmm.. sweetnya. Sehari tak sweet tak boleh ke? Habis bersemut tempat kerja aku ni.

Tak lama selepas itu, Tengku Izara panggung kepala melihat ke arah pintu bilik pejabatnya yang dibuka dari luar. Terjengul kepala kakaknya yang mengintai dengan senyuman manis.

"Kakak nak apa?" Tanya Tengku Izara memalas. Ada lah tu dia nak mengusiknya.

Tergelak kecil Tengku Intan apabila melihat adiknya yang seakan malas nak melayan dia. Tengku Intan melangkah masuk dan menutup pintu. Dia menapak mendekati Tengku Izara.

"Amboiii.. ada orang tu dapat bunga. Untung lah.. kakak ni entah siapa lah nak bagi." Tengku Intan mengerling bunga ros merah yang berada di tepi meja Tengku Izara.

Sweet betul adik ipar dia tu. Haish. Tergugat kita.

"Abang Umar kan ada. Suruh lah abang Umar bagi bunga." Balasnya ringkas.

"Abang Umar awak tu ada dekat pelantar. Susah kakak nak call dia bila dia dekat sana." Beritahu Tengku Intan dan dia mencebikkan bibirnya.

Rindu suami titewww.. cedih lah.

IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now