Berpusing kepala Raja Ghibran memandang ke arah tangga bila mendengar suara derapan kaki yang sedang menuruni tangga. Pantas dia mendapatkan isterinya.
Dia melihat Tengku Izara bersusah paya hendak turun ke bawah. Kesian betul. Perut Tengku Izara semakin lama semakin membesar. Risau Raja Ghibran tengok.
"Sayang. Kenapa nak turun tak cakap? Abang boleh naik atas ambil sayang." Kata Raja Ghibran. Dia memegang tangan isterinya.
Dipimpin perlahan-lahan agar isterinya tidak jatuh atau tersadung. Kang dia yang menangis. Bukan Tengku Izara. Cukup lah mereka pernah hilang anak sekali. Jangan untuk kedua kali. Raja Ghibran dah tak sanggup.
Senyum Tengku Izara melihat sikap protektif suaminya. Macam ni Raja Ghibran sekarang. Selalu manjakan dia, jaga dia, perhatikan dia, masak dan mengemas pun semuanya Raja Ghibran yang lakukan.
Tengku Izara cuma diarahkan untuk duduk saja. Tak boleh buat apa-apa. Biar semuanya Raja Ghibran yang buat.
"Abang ni. Bukan jadi apa-apa pun. Lagipun kesian lah abang. Nak turun dan naik semata-mata untuk sayang." Ujar Tengku Izara selepas kakinya memijak lantai ruang tamu.
"Abang takkan penat nak jaga bidadari abang ni. Sayang tu lagi penat. Jadi.. biarkan semuanya abang buat. Sayang.. cuma duduk manis saja. Okay?" Puncak kepala isterinya dibelai lembut.
Mengangguk mengerti Tengku Izara. Bahagia dia rasakan bila Raja Ghibran memang sepenuhnya berubah. Tengku Izara sangat-sangat bersyukur.
"Okay, abang. Terima kasih." Ucap Tengku Izara ikhlas.
Raja Ghibran memeluk isterinya lalu dikucup lembut dahi Tengku Izara.
"Sayang duduk dekat sofa dulu." Kata Raja Ghibran sambil membawa Tengku Izara ke arah sofa.
Ditolak perlahan badan Tengku Izara untuk duduk. Setelah itu, Raja Ghibran mengelus kepala Tengku Izara. Tengku Izara menghadiahkan senyuman manis buat suaminya.
"Abang ambil air untuk sayang. Jangan pergi mana-mana. Tengok tv tu." Sempat Raja Ghibran berpesan sebelum pergi meninggalkan isterinya untuk ke dapur.
Terletus tawa kecil Tengku Izara dengan tingkah suaminya. Nampak comel sangat.
Selang beberapa saat, perutnya mula terasa memulas dan sakit yang teramat sangat.
"Sss.. ya Allah, sakitnya." Berdesis Tengku Izara. Dia memegang perutnya.
"A-abang!" Menjerit Tengku Izara memanggil suaminya yang sedang berada di dapur.
"Abangggg!!" Jerit Tengku Izara lagi. Kali ini lebih kuat.
Raja Ghibran yang mendengar suara jeritan isterinya dengan pantas berlari mendekati sang isteri yang sudah menahan sakit di ruang tamu. Kelam-kabut Raja Ghibran mendekati isterinya.
"Sayang, kenapa?" Tanya Raja Ghibran panik.
"Abang, s-sakit. S-sakit s-sangat." Tergagap-gagap Tengku Izara ingin menyatakan rasa yang dia tanggung sekarang.
"Kita pergi hospital, sayang." Tanpa banyak kata lagi, Raja Ghibran terus mencempung tubuh isterinya.
Segala barang perlengkapan bayi, sudah ada di dalam kereta sejak dari seminggu yang lalu lagi. Katanya takut terjadi apa-apa, sekurang-kurangnya mereka sudah sediakan segalanya.
Seperti sekarang. Takda lah Raja Ghibran jadi kelam-kabut ingin naik ke atas mengambil barang bayi mereka.
••••••••
Tengku Izara mencelikkan matanya melihat keadaan sekeliling sehingga matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang berdiri sambil membelakangi dirinya.
Terukir senyuman nipis di bibir Tengku Izara bila mengenali susuk tubuh tegap tersebut.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...