Raja & Tengku : 45

5.8K 233 7
                                    

Tunku Rafiq memerhati seseorang dari jauh dengan pandangan tajamnya. Dia sekarang berada di sebuah restoran yang berada di hotel. Ada meeting dengan klien.

Tak sangka pula boleh ternampak tunangnya bersama dengan seorang lelaki. Nampak mesra.

Terbakar dah hati Tunku Rafiq ni. Dia rasa macam nak lunyai kan saja lelaki tu. Yang tunang dia pun dok kemain gelak sakan. Entah apa yang kelakar pun tak tahu lah. Heran betul dia tengok.

"So, I think everything is done. Apa-apa lepas ni I akan inform you." Tersentak Tunku Rafiq apabila mendengar suara Dato Jalal.

Dia berpaling memandang Dato Jalal dan memberikan senyuman nipis. Tunku Rafiq mengangguk mengiyakan kata-kata dari Dato Jalal.

Mereka berdua bangun dari duduk dan berjabat tangan. Usai itu, Dato Jalal berlalu pergi. Sedangkan Tunku Rafiq masih berada di situ dengan matanya tepat memandang ke arah Ku Larissa.

Dia kembali melabuhkan punggungnya. Tak lama selepas itu, lelaki yang bersama dengan Ku Larissa meminta diri. Tinggal lah Ku Larissa sendiri.

Tunku Rafiq bingkas bangun sambil jemarinya mengetik nombor Ku Larissa dan mendail.

Dapat Tunku Rafiq dengar ringtone handphone Ku Larissa. Lagu 'I am single lady'? Seriously?!

Tak dapat Tunku Rafiq nak percaya. Sengaja ke apa letak lagu tu jadi ringtone handphone? Memang nak bagi lelaki lain pikat dia ke?

Ku Larissa melihat gerangan yang mendailnya. Ku Larissa menekan butang merah. Dia decline call dari Tunku Rafiq. Membulat mata Tunku Rafiq melihatkan itu. Dia call lagi.

Selepas itu, Ku Larissa bangun dari labuhannya dan berura mahu pergi. Tapi langkahnya terhenti kerana deringan handphone. Dia melihat nama yang tertera. Masih sama.

Nak tak nak. Ku Larissa harus mengangkat panggilan tersebut. Karang bising mamat cencurut ni.

"Hello, brader. Pahal?" Cenggitu weh dia dengan Tunku Rafiq. Macam gangster.

"Tadi kenapa decline?" Soal Tunku Rafiq dengan masih memerhati tunangnya dari belakang.

"Saja." Selamba Ku Larissa berkata.

"Memang letak lagu 'I am single lady' sebagai ringtone ke?" Penasaran Tunku Rafiq. Sebab tu dia tanya.

"Eh tak. Mana ada. I letak lagu nasyid." Ternaik kedua kening Tunku Rafiq mendengar penipuan terang-terangan dari Ku Larissa.

Tanpa kata, Tunku Rafiq menutup panggilan. Pelik Ku Larissa dibuatnya. Baru sahaja Ku Larissa nak sambung berjalan. Handphone nya kembali berdering.

Tunku Rafiq.

Ku Larissa menjawab panggilan itu.

"Kenapa you ni?" Tanya Ku Larissa malas.

"Rancak lagu nasyid kau."

"Aik?" Berpusing Ku Larissa menghadap Tunku Rafiq yang sudah berdiri tepat di belakangnya.

Dia melihat skrin handphone dan memandang Tunku Rafiq. Setelah itu, Ku Larissa menutup handphone.

"Orang kata lagu nasyid kau tu 'rancak berdosahhh'. Ha gitu." Sengaja dia perli.

Berdecit Ku Larissa apabila diperli Tunku Rafiq. Kantoi pula.

"Takda ringtone lain nak pasang ke?"

"Okay apa lagu ni. Fun."

"Memang fun. Tapi tak kena dekat diri kau, murai. Kau kena ingat yang diri kau tu tunang aku. So.. aku nak kau tukar ringtone handphone kau tu." Arah Tunku Rafiq tegas.

IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now