Raja & Tengku : 32

5.9K 242 7
                                    

Tengku Izara melangkah masuk ke dalam bilik selepas bersembang dengan mertuanya. Dapat dia lihat yang suaminya sedang berada di balkoni. Dah lah tak berbaju. Hanya memakai seluar jeans hitam saja.

Hottie sungguh lah. Cair Tengku Izara tengok Raja Ghibran macam ni. Dia berjalan mendekati Raja Ghibran.

Dekat sahaja, langsung dipeluk tubuh kekar suaminya dari belakang. Sempat dia mengucup belakang badan suaminya beberapa kali.

Terbit senyuman Raja Ghibran bila melihat tangan kecil ini memeluknya. Dia menindih tangan si isteri dengan tangan besar dia. Ditarik tangan kanan Tengku Izara dan dilabuhkan beberapa ciuman di kekura tangan Tengku Izara.

"Abang okay?" Tanya Tengku Izara. Dia melekapkan sebelah pipinya di badan Raja Ghibran.

"Okay." Jawabnya ringkas.

"I don't think so." Ujar Tengku Izara.

Raja Ghibran merenggangkan sedikit pelukan Tengku Izara dan berpusing menghadap sang isteri. Tangan dia naik menekup kedua pipi Tengku Izara.

"Sayang tahu abang tak okay. Abang terasa kan dengan kata-kata Nisa tadi?" Soal Tengku Izara. Dia menongkatkan dagunya di dada bidang Raja Ghibran.

Sebelah tangan Raja Ghibran naik menguak rambut Tengku Izara ke belakang. Ditatap lama wajah manis isterinya. Setelah itu, Raja Ghibran mengucup dahi Tengku Izara.

"Takda apa. Apa yang Nisa cakap tu betul lah. Abang tak nak nafi kan perkara tu." Tutur Raja Ghibran sambil mengelus lembut pipi isterinya.

Dia perasan yang pipi Tengku Izara makin tembam. Geram dia tengok. Mochi gitu. Nampak menyelerakan.

"Tapi sayang tetap tak suka tengok abang macam ni. Monyok je." Memuncung bibir mungil itu di hadapan wajah Raja Ghibran.

"Tipu kalau abang kata tak terasa. Tapi dah betul. Abang tak boleh nak elak. Cuma.. abang kena berubah untuk jadi lebih baik di masa depan demi kita." Ujar Raja Ghibran lembut.

Dia melabuhkan kucupan di dahi Tengku Izara. Lama. Bagaikan meluah segala perasaannya.

Tersenyum manis Tengku Izara bila dari tadi Raja Ghibran memang asyik menciumnya sahaja. Suka betul dia dapat kena cium dengan Raja Ghibran.

Tengku Izara sekarang memang gedik. Suka kena cium dengan Raja Ghibran. Pernah sekali Raja Ghibran tak cium dia. Dia sampai merajuk dan berkurung dalam bilik tetamu. Lepastu datang dekat Raja Ghibran nangis-nangis.

Katanya rindu. Bertepuk dahi Raja Ghibran melihat tingkah manja isterinya. Dia pun tak faham kenapa.

"Tembam lah sayang sekarang ni. Abang suka tengok. Dah macam ikan buntal. Comel je." Toya muka Tengku Izara.

Dia tak tahu yang itu adalah satu pujian atau kutukan.

"Abang jadi ke malam ni nak keluar dengan Rafiq?" Tanya Tengku Izara seraya bermain dengan halkum Raja Ghibran. Saja.

"Jadi. Tadi Rafiq ada call. Katanya ada benda nak bincang. Tak tahu apa." Menelan kesat air liur Raja Ghibran ketika ini apabila jemari lentik si isteri terus bergerak membelai lembut halkum nya.

"Okay.. hati-hati drive tau. Sayang sayang abang. I love you, my husbaby." Bukan dia tak perasan Raja Ghibran yang dah berubah rentak tu.

Usai itu, dia terus berlalu pergi meninggalkan suaminya dalam keadaan yang..

Tersenyum senget Tengku Izara bila Raja Ghibran menahan diri dari menerkam dia tadi. Dengan dahi dah keluar peluhnya. Hehe.

Raja Ghibran berpusing menghadap pemandangan semula. Tengku Izara semakin bahaya sekarang. Suka buat dia rasa dan jadi tak keruan.

IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now