Berdebar Ku Larissa yang sedang duduk di atas pelamin. Dalam beberapa minit sahaja lagi, dia akan bergelar isteri kepada Tunku Rafiq.
Dipandang belakang tubuh Tunku Rafiq yang sedang duduk berhadapan dengan daddy nya, Engku Omar. Digenggam sekejap tangannya untuk menghilangkan rasa gusar.
Ku Larissa menarik nafas dan dihembus perlahan. Dilakukan sebanyak tiga kali bagi meredakan rasa kerisauan dan kegusaran di hatinya. Farah yang duduk di sebelah Ku Larissa langsung memegang tangan sepupunya itu.
"Rileks." Kata Farah perlahan.
Tengku Izara mana? Tengku Izara tak dapat datang sebab tak larat. Lagipun kandungan dia semakin membesar. Majlis sanding malam nanti baru dia datang dengan Raja Ghibran.
Ku Larissa membalas genggaman tangan sepupunya itu. Sejuk saja rasa tangannya. Mukanya pula pucat hampir takda darah.
Takut sangat tu..
"Tunku Rafiq Ismail Bin Tunku Rizal." Seru Engku Omar.
"Ya, saya." Sahut Tunku Rafiq sambil menjabat tangan Engku Omar.
"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Engku Larissa Bilqis Binti Engku Omar dengan mas kahwinnya RM30,000 tunai."
Tunku Rafiq menarik nafas dalam dan dihembus perlahan untuk menenangkan diri.
"Aku terima nikahnya Engku Larissa Bilqis Binti Engku Omar dengan mas kahwinnya RM30,000 tunai." Jawab Tunku Rafiq sekali nafas.
Menitik setitis air mata Ku Larissa apabila mendengar dengan sangat jelas setiap butiran aksara Tunku Rafiq yang dilafazkan. Kini, dia sudah bergelar isteri kepada Tunku Rafiq.
Tak pernah dia bayangkan.
Sedang elok dia termenung, tiba-tiba tangannya disentuh oleh satu tangan besar. Ku Larissa mengangkat kepalanya memandang gerangan yang menyentuh tangannya itu. Ternyata Tunku Rafiq.
Tunku Rafiq baru sahaja selesai menunaikan solat sunat nikah sebentar tadi. Selepas itu, dia terus meluru kepada Ku Larissa untuk acara pembatalan air sembahyang.
"Assalamualaikum isteriku." Ucap Tunku Rafiq perlahan sambil mengelus lembut tangan kecil Ku Larissa.
Tersipu malu Ku Larissa jadinya. Air matanya yang masih mengalir di pipi disapu perlahan oleh ibu jari Tunku Rafiq.
"W-waalaikumussalam suamiku." Kekok pula rasanya.
Suami? Dia dah ada suami ke? Serius lah? Rasa nak jerit sebab tak percaya. Hahahaha.
Tunku Rafiq dah off market. Yuhuuu..
Setelah itu, Tunku Rafiq mengambil cincin yang berada di dalam bekas cincin yang dihulurkan oleh Tunku Rafiqah.
Mata Ku Larissa memerhati segala tingkah suaminya dalam diam. Ambil cincin pun hensem. Auch. Abe Rafiq itew. Gedik.
Selepas menyarungkan cincin di jari manis Ku Larissa. Tunku Rafiq membawa tangan kecil Ku Larissa menyentuh bibirnya. Dicium tangan Ku Larissa di hadapan semua orang. Membahang wajah Ku Larissa akibat perlakuan manis Tunku Rafiq.
"Aduh, aduh, aduh.. jiwa sendu ku meronta." Kata Tunku Rafiqah sambil sebelah tangan memegang dadanya dan sebelah lagi memicit kepalanya.
Tergelak yang lain melihat tingkah Tunku Rafiqah. Menggeleng kepala Tunku Rafiq dengan sikap adiknya. Macam-macam.
Usai itu, Tunku Rafiq mengalihkan perhatiannya memandang wajah jelita isterinya. Cantik. Cantik sangat. Baru kali ni dia nampak bidadari tak bersayap.
Beruntungnya dia sebagai seorang lelaki kerana memiliki Ku Larissa menjadi isterinya.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...