Senyum saja Tengku Izara melihat Ku Larissa yang berjalan sambil dipimpin Tunku Rafiq dari jauh.
Hari ini, mereka berempat dah berjanji nak keluar bersama. Eh, bukan berempat. Berlima termasuk Raja Aariz.
Mereka semua sudah tahu yang Ku Larissa sekarang tengah mengandung. Bersorak gembira Tengku Izara semasa mendapat tahu tentang berita gembira tersebut. Suka bukan main.
Yang mengandung tu Ku Larissa. Bukan dia. Tapi happy betul. Siap melompat lagi. Nasib Raja Ghibran dengan pantas menghalang isterinya dari terus melompat.
Tahu tengah gembira. Tapi kawal. Jangan lompat-lompat. Dah lah baru habis pantang. Karang jadi apa-apa. Susah pula dah.
"Hati-hati sayang. Ya Allah, hati-hati." Over betul dia punya protektif tu.
Raja Ghibran membuat muka apabila melihat sikap protektif Tunku Rafiq. Asal lagi over dari aku? Dulu aku masa Tengku Izara mengandung pun, aku tak macam tu.
"Ya Allah, abang. Jalan ni rata je lah. Jangan lah over sangat." Bebel Ku Larissa sambil memukul perlahan tangan kekar suaminya.
Ketawa Tengku Izara melihat gelagat suami isteri itu. Dia yang sedang mendukung Raja Aariz hanya diam memerhati. Lagipun suka pula tengok Ku Larissa dilayan seperti itu oleh Tunku Rafiq.
Ku Larissa pun nampak tembam dah sekarang. Padahal baru 4 bulan lebih kandungannya. Tapi perut tu dah nampak besar.
Comel saja dia tengok ibu mengandung itu. Tiba-tiba Tengku Izara rasa nak mengandung balik. Eh? Lain maciammm..
"Entah kau ni. Jalan ni rata je. Kau pula yang over lebih." Sampuk Raja Ghibran membela Ku Larissa.
Menjuih bibir Ku Larissa sambil menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata Raja Ghibran barusan.
"Eh, biarlah. Bini aku. Kau jaga bini kau, aku jaga bini aku. Sibuk je." Omel Tunku Rafiq membantah Raja Ghibran.
Sejak Tunku Rafiq nak jadi bapa ni. Memang sikap protektif dia A+++. Kalau dia pergi kerja dan tinggalkan Ku Larissa di rumah. Setiap seminit mesti dia call Ku Larissa. Tanya baby macam mana, Ku Larissa ada sakit pinggang ke tidak, sakit kaki ke tidak, pesan jangan buat kerja rumah dan macam-macam lagi.
Kalau Ku Larissa mengadu sikit saja yang dia sakit kaki tapi tak sakit sangat. Dalam masa 10 minit, Tunku Rafiq dah ada di rumah.
Kalau kata mengidam pula. Buat masa ni, apa saja kemahuan mengidamnya Ku Larissa. Semua Ku Larissa dapat walaupun jauh untuk mendapatkan apa yang di idamkan itu.
Pernah sekali tu, pukul 4 pagi. Ku Larissa bangun dan mengidam nak makan itik masak lemak. Tunku Rafiq pergi kedai makan dan kedai tutup.
Ada orang bagitahu rumah orang kedai tersebut. Sanggup Tunku Rafiq pergi rumah orang tu semata-mata suruh masakkan itik masak lemak. Bertepuk dahi pemilik kedai itu.
Nak, tak nak. Buat juga lah orang tu. Dah yang nak tu mengidam. Karang tak buat meleleh air liur anak Tunku Rafiq dan Ku Larissa bila keluar.
"Sayang.." Merengek Raja Ghibran mengadu pada Tengku Izara. Bibirnya turut disebikkan.
Menoleh Tengku Izara memandang suaminya. Halah, halah.. yang seorang ni pun manja sangat. Sejak dah ada anak ni, asyik nak berkepit saja.
Raja Ghibran selalu cemburu dengan Raja Aariz sebab Tengku Izara sekarang banyak lebihkan Raja Aariz. Kadang-kadang sampai merajuk Raja Ghibran sebab Tengku Izara tak perhatikan dia.
Hahahah.
Tangan Tengku Izara naik mengusap pipi Raja Ghibran. Comelnya bibir tu. Sebik-sebik. Cium kang.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...