Tersenyum Tengku Izara yang sedang memandang suaminya yang tengah mencuci pinggan yang mereka guna untuk sarapan tadi. Alhamdulillah.. dia bersyukur sangat. Sekarang, dia rasa bahagia sebab akhirnya dia hidup bahagia dengan Raja Ghibran.
"Termenung." Raja Ghibran mencuit hidung Tengku Izara.
Tersengih Tengku Izara merenung suaminya. Dia memeluk tubuh Raja Ghibran dan melabuhkan kepalanya di dada bidang suaminya. Dapat dia dengar degupan jantung Raja Ghibran yang menenangkan dia.
"Sayang termenung apa? Nak share dengan abang tak?" Tengku Izara mendongak memandang Raja Ghibran yang turut menunduk merenung isterinya.
"Zara bahagia. Bahagiaaaa sangat. Terima kasih abang sebab berubah. Terima kasih juga sebab abang tak give up dengan Zara." Ucap Tengku Izara sambil menghadiahkan senyuman manis kepada suaminya.
"Abang nak bahagia dengan sayang. Bukan perempuan lain. Abang sedar silap abang banyak sangat. Kali ini, abang nak gunakan peluang yang sayang bagi ni betul-betul. Abang nak tebus semuanya. Abang nak buat sayang bahagia. Cukup lah dulu abang bagi sayang derita. Abang.." Belum lagi Raja Ghibran menghabiskan ayat.
Tengku Izara menghentikan kata-kata Raja Ghibran dengan mengucup bibir Raja Ghibran.
"Tak nak lah cakap masa lalu. Yang dah lepas tu lepas je lah. Sekarang.. kita bina bahagia kita. Okay?" Pujuk Tengku Izara selepas menjauhkan bibirnya dari bibir Raja Ghibran.
Ibu jarinya mengusap lembut bibir seksi suaminya.
Mengeluh Raja Ghibran. Baiknya lahai isteri dia ini. Nak kata dia bodoh? Memang dulu dia bodoh. Sanggup buang batu permata hanya kerana batu jalan.
Raja Ghibran mengucup dahi Tengku Izara bertalu-talu. Tersengih suka Tengku Izara dibuatnya.
"Jom pergi depan. Kita tengok tv." Ajak Raja Ghibran. Tengku Izara mengangguk mahu. Mereka pergi ke ruang tamu sambil berpelukan.
Sejak dah baik ni. Asyik melekat sahaja. Langsung tak nak lepas. Menyampahnya.
••••••••
"Aik, kak? Awal balik?" Tegur Datin Sri Jamilah selepas melihat anak sulungnya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
Tengku Intan yang ditegur oleh mummy nya pantas membawa langkah dia ke arah Datin Sri Jamilah yang sedang duduk di ruang tamu. Dia menyalam tangan tua itu dan dikucup penuh hormat. Usai itu, Tengku Intan melabuhkan punggung di sebelah mummy nya.
"Mummy." Panggil Tengku Intan.
"Hm." Hanya deheman Datin Sri Jamilah menyahut.
"Adik mana? Dah balik? Kakak tak nampak kereta dia." Tanya Tengku Intan. Mana lah tahu adiknya dah balik.
"Entah. Dari semalam tak balik. Mummy call dia tak jawab. Kakak tahu dia ke mana?" Jawab Datin Sri Jamilah seraya menyoal tentang anak bongsunya.
"Adik dekat rumah Ghib dari semalam." Bersahaja Tengku Intan memberitahu. Terbeliak mata Datin Sri Jamilah mendengarkan itu.
"Rumah Ghibran? Rumah suami dia?" Tanya Datin Sri Jamilah bagaikan tidak percaya dengan apa yang disampaikan Tengku Intan barusan.
"Yalah. Rumah Ghib. Rumah suami dia. Rumah Ghibran mana lagi dia nak pergi?" Balas Tengku Intan.
Mengangguk faham Datin Sri Jamilah. Tenang dia rasa. Patut lah Tengku Izara tak balik dia rasa tenang saja. Biasanya emak kalau anak tak balik risau kan? Tapi, Datin Sri Jamilah tidak. Dia rasa lega. Pelik benar kejadian. Ada pula emak macam ni ya?
"Dia tak cakap dengan mummy pun. Pandai berahsia dia ya?" Tengku Intan menjungkitkan kedua bahunya.
Pagi tadi pun dia tak percaya. Sama saja reaksi dia dengan Datin Sri Jamilah tadi. Macam-macam dia soal Tengku Izara. Dah macam inkspektor polis.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...