Royal Blue
Fokus Raja Ghibran melihat pembentangan yang sedang dibentangkan oleh salah seorang presenter di hadapan. Tetapi, fokusnya mula terganggu apabila ada satu kaki yang mengusik di bahagian celah pahanya.
Mengerling Raja Ghibran merenung Farisha yang bersikap bersahaja dan berlakon seperti sedang fokus pada pembentangan tersebut.
Baru sahaja kaki itu mahu mendarat di bahagian sensitif Raja Ghibran. Raja Ghibran lebih pantas menepis kaki Farisha sehingga Farisha terjatuh dari kerusi. Bahaya betul perempuan ini.
"Auch." Macam nangka busuk dia jatuh. Semua orang yang berada di dalam bilik meeting itu memandang ke arah Farisha dengan pandangan pelik.
Yalah, takda angin dan takda ribut. Tiba-tiba jatuh. Dah kenapa? Sakit?
Farisha mengangkat wajahnya dan memandang setiap seorang wajah yang memandang ke arahnya. Terakhir sekali, muka Raja Ghibran dipandangnya. Tapi, Raja Ghibran langsung tak pandang dia.
"Continue. Nevermind about her." Arah Raja Ghibran senada.
Mereka langsung menurut. Farisha yang terjatuh itu dibiarkan. Tak penting pun. Dah jatuh tu, pandai-pandai lah bangun sendiri.
Perlahan-lahan Farisha bangun dari lantai. Selepas itu, dia kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Cemberut wajahnya. Dah macam kena seratus botol cuka.
Nak tergelak Raja Ghibran tengok muka Farisha. Kacau orang lagi. Kan dah kena. Padan muka kau.
Selepas hampir dua jam meeting, akhirnya selesai juga. Semua mahu bersurai. Raja Ghibran yang sudah siap sedia mahu keluar dari bilik meeting ini. Terhenti langkahnya apabila tangan dia dipegang oleh Farisha.
Faiq, PA kepada Raja Ghibran pun turut sama berhenti di belakang majikannya itu. Dia pun terkejut dengan tindakan Farisha yang selamba badak memegang tangan Raja Ghibran.
"Berapa kali I nak kena cakap jangan sentuh I?!" Soal Raja Ghibran dengan suara tertahannya.
"Dulu selalu I pegang okay je. You ni.. dah banyak berubah. Tak macam dulu. You kena guna-guna ke dengan isteri you?" Tuduh Farisha selamba.
Panas hati Raja Ghibran mendengarkan itu. Dia tenung wajah Farisha dengan pandangan yang ingin membunuh.
"Watch your mouth, Farisha Damia. Jangan sampai I koyakkan mulut you. Jangan sesekali nak tuduh isteri I yang bukan-bukan. Faham?!" Jerkah Raja Ghibran dengan lantang.
Nasib baik dah tiada orang dalam bilik meeting itu. Hanya mereka bertiga sahaja. Terhinjut kedua bahu Farisha bila mendapat jerkahan sebegitu dari Raja Ghibran. Sungguh dia tak sangka.
Tanpa menunggu sesaat pun, Farisha terus berlalu keluar dari bilik meeting tersebut. Malu. Sakit hati pun ya.
Menggeleng Raja Ghibran dengan sikap tak matang Farisha. Dah banyak kali bagi amaran. Tapi tak dengar juga. Serabut kepala otak.
••••••••
"Yes, Faiq. Anything?" Tanya Raja Ghibran selepas duduk di kerusi nya.
Faiq selaku personal assistant kepada Raja Ammar Ghibran. Lelaki terhangat di seluruh pelosok dunia. Eceh. Berlagak. Menyampah pula.
Dia harus melakukan kerjanya dengan sangat perfecto. Raja Ghibran paling tak suka bila pekerjanya buat silap bahkan tersalah eja sekali pun. Mahu bangunan ni runtuh nanti dibuatnya. Sikap baran Raja Ghibran ni bukan boleh dibuat main. Nasib masa Tengku Izara pergi hilangkan diri. Raja Ghibran tak mengamuk.
Kalau tak.. dia lah kena menghadap 24 jam singa jantan jadian ni. Parah hidup dia nanti.
"Tadi Daus call Tuan Raja." Beritahu Faiq ringkas.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...