Kecoh bilik wad yang menempatkan Tengku Izara dengan suara-suara dari keluarga Raja Ghibran dan Tengku Izara. Riuh rendah wad tu.
"Comelnyaaaa.." Geram Raja Anisa melihat anak saudaranya itu.
Mana taknya, Raja Aariz tu memang hampir keseluruhan macam Raja Ghibran. Cuma bibir dan kening macam Tengku Izara. Bibir pula pink dahtu kecil. Comel.
Raja Anisa mencuit-cuit pipi montel Raja Aariz. Ikutkan hati dia, dia nak campak-campak. Tapi dia sedar. Sebelum dia campak Raja Aariz. Raja Ghibran dah campak dia dulu keluar dari bilik wad ni.
Haha.
"Tengok lah mak bapak nya siapa. Memang comel lah anaknya." Sampuk Tengku Intan sambil berjalan mendekati adiknya yang duduk di katil.
Raja Ghibran setia di sisi sang isteri. Tersenyum saja dia mendengar ujaran kakak iparnya itu.
"Haah kan. Papa dia hensem. Mama dia cantik. Memang perfect lah anaknya." Setuju Raja Anisa. Dia mencubit lembut pili Raja Aariz.
Tak lama kemudian, bilik itu disuguhkan dengan suara tangisan Raja Aariz akibat Raja Anisa yang mencubit pipinya barusan.
"Nisa." Marah Puan Sri Tengku Ameena.
Tersengih Raja Anisa tidak bersalah. Dia terus berlari ke arah ayahnya, Tan Sri Raja Ahmad. Menyorok di belakang ayahnya itu.
Menggeleng kepala Raja Ghibran dengan telatah adiknya itu. Adiknya ini memang nakal. Tengku Izara pula dah ketawa kecil. Tengku Dato Sri Izlan dan Datin Sri Jamilah pun ketawa sama.
"Tahniah adik kakak. Dah jadi mama dah dia." Ucap Tengku Intan. Dipeluk adiknya itu.
Umar setia berdiri di belakang isterinya. Menjaga Tengku Intan yang sudah pun mengandung 5 bulan. Alhamdulillah. Mereka dikurniakan rezeki anak buat kali kedua.
Gembira tak terkata semasa Tengku Intan dan Umat mendapat tahu khabar gembira itu. Dah lama menunggu. Kali ini, baru ada rezeki.
"Terima kasih, kakak." Balas Tengku Izara.
Selepas itu, Tengku Izara memandang Izhan. Monyok saja budak tu. Dah kenapa?
"Ni kenapa? Muka monyok je." Tengku Izara menoel pipi Izhan.
"Huh." Izhan menarik mukanya. Dia tak nak pandang Tengku Izara.
Menggeleng perlahan kepala Umar dengan sikap anaknya ini.
"Dia tengok acu dia dah ada baby baru. Cemburu lah dia. Dia siap cakap nanti acu tak sayang dia lagi sebab dah ada baby." Beritahu Umar jujur.
Dari tadi lagi. Masa gerak dari rumah takda pula macam ni. Gembira saja. Sampai saja di hospital, terus jadi macam ni.
"Siapa cakap macam tu? Acu sayang lah." Bantah Tengku Izara. Siapa lah pandai-pandai kata macam tu?
"Acik Nisa cakap." Jujur budak tu. Raja Anisa yang baru lepas meneguk air, laju kepalanya menoleh memandang Izhan.
"Anisa." Seru Raja Ghibran tegas.
"Hehe. Acik Nisa gurau je. Han percaya kenapa?" Raja Anisa membela diri.
Dia cakap saja-saja. Boleh pula si Izhan ni percaya. Aduh. Parah.
"Bonda cubit kamu nanti ya Raja Anisa Gaizka." Marah Puan Sri Tengku Ameena dengan anak daranya yang nakal itu.
"Saja je lah tu. Yang si Han ni pun percaya betul dengan cik Nisa nya." Datin Sri Jamilah membela Raja Anisa.
Raja Anisa apa lagi. Suka lah dia bila ada yang membela dia. Selamat dia. Nasib.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
RomanceRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...