Tunku Rafiq memerhati Ku Larissa yang sedang membuat photoshoot untuk koleksi baju terbaru bagi jenama T'Rs milik adik perempuan Tunku Rafiq iaitu Tunku Rafiqah.
Ku Larissa perasan Tunku Rafiq pandang dia. Tapi dia endahkan. Malas nak tengok balik. Nanti kang bergaduh. Baik dia settle kan kerja dulu. Nak gaduh tu nanti.
Kelihatan Ku Larissa sangat cantik menggunakan ball gown berwarna pink tanpa lengan. Dipandankan juga dengan high heels dan wajahnya ditata rias dengan make up yang simple.
Sangat memukau.
Mata Tunku Rafiq dari tadi langsung tidak berkalih dari memandang Ku Larissa. Ku Larissa ini seakan magnet yang mampu menarik perhatian dia.
Sebelum ini, mana pernah ada perempuan yang dapat membuat dia seperti ini. Ini kali pertama.
'Kau cantik sangat, murai.' Getus hati Tunku Rafiq memuji kecantikan Ku Larissa.
"Ehem." Berpaling kepala Tunku Rafiq memandang adiknya yang sudah berdiri di sebelah dia.
"Jangan pandang anak dara orang along. Tahu dek mama ni.. mahu mata along nanti kena cungkil." Kata Tunku Rafiqah sambil tersenyum memandang ke arah Ku Larissa.
"Apa benda kau ni?" Mengelak. Itu lah Tunku Rafiq.
Tunku Rafiqah menjulingkan matanya ke atas. Dia berpusing menghadap abangnya dan memegang kedua bahu Tunku Rafiq. Bukan dia tak nampak macam mana abangnya itu pandang Ku Larissa dari tadi.
Kalau tak suka.. takdanya nak pandang macam nak tembus.
"Ku Larissa tu cantik kan?" Lambat-lambat Tunku Rafiq mengangguk.
"Fiqah rasakan, Ku Larissa tu dah sesuai jadi kakak ipar Fiqah. Dah lah cantik, educated, brilliant, sopan santun, berbudi bahasa.. semua lah. Mama pun dah pernah jumpa. Mama.. sangat-sangat berkenan dengan Ku Larissa untuk dijadikan menantu dan isteri kepada along." Jelas Tunku Rafiqah tanpa berselindung.
Memang Engku Haila pernah bertemu empat mata secara berdepan dengan Ku Larissa. Sewaktu itu Ku Larissa menemani mummy nya, Engku Laura ke majlis makan malam reunion kawan-kawan sekolah lama.
Dari situ lah yang Engku Haila mengenali Ku Larissa dan berkenan dengan Ku Larissa.
Hmm.. tak disangka ya. Emak-emak diaorang kawan sekolah lama. Habis lah cencurut dan murai. Tamat riwayat korang kerana akan dijodohkan. Hahahaha.
Berkerut dahi Tunku Rafiq. Mama dia kenal?
"Dari mana mama kenal?" Soal Tunku Rafiq pada adiknya.
"Masa mama pergi majlis makan malam reunion dengan kawan-kawan lama mama. Ku Larissa ni anak kepada Engku Laura dan Engku Omar. Along kenal kan? Jangan cakap tak kenal." Mengangguk perlahan kepala Tunku Rafiq.
Sangat kenal. Dia pun dah pernah banyak kali bertandang ke rumah keluarga Ku Larissa sebelum ini. Bila dah tahu.. memang tak lah dia nak datang dah.
Jangan salah faham dulu. Dia takkan datang sebagai tetamu. Tetapi, sebagai menantu. Ehek.
YOU ARE READING
IZARA AURORA [C]
Storie d'amoreRaja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang...