Bab 3
"Wei Hanna kau ni termenung jer.. pilihlah buku mana yang kau nak" tutur Balqish yang sedang sibuk memilih buku apabila melihat Hanna yang termenung jauh. Fikir jodoh ker apa?
" Kau pilihlahlah aku tak ada mood lah."
"Kau ni kenapa ? Kau okey tak? Tadi kau happy sangat ni termenung jer?"ujar Balqish yang masih ralit memilih abe pujaan hati.
" Aku okey lah... tapi papa semalam dia marah aku sebab marah Faris. Dia kata aku kurang ajar" ucap Hanna dengan nada yang sedih
"Hei apa yang kau cakap ni! Eh mamat ni memang mintak tapak kaki kau yang size 37 tu lah" ucap Balqish sambil menghempas buku yang dipegang kerana terlampau marah dengan mamat mata sepet itu.
" Hello sorry sikit eh. Walaupon kaki aku kecik tapi jangan main main bila aku dah baling silap hari bulan mamat sepet tu dah lepak tujuh kaki kebawah dah." Jeling Hanna kepada Balqish . Suka sangat perli kaki aku yang kecik ni.
" Hahaha okey dah jangan fikir pasal ni now kita cuci mata okey?"ucap Balqish untuk menghiburkan hati Hanna yang sedih itu
" okey bos! Jom cuci mata tapi kau belanja okey?" Ucap Hanna sambil mengeyitkan matanya.
" Dah bagi peha nak betis kau ni. Yelah. Jom." Kata Balqish dengan perasaan menyampah dengan kawannya ini.
" Aku cakap aku nak duit kan kau tak faham ker hah! "Bentak Faris kepada jejaka hodoh itu. Rakan rakan Faris memukul jejaka itu hingga jejaka itu tidak mampu lagi berdiri
" Tolong berhenti. Sakit."Rayu jejaka itu agar Faris berhenti memukunya.
"Ooh sakit. Ni baru sikit lah! Aku nak duit, aku tak kira! Selagi dia tak bagi duit korang semua pukul jer dia"
" Tolong berhenti. Kalau aku dapat gaji aku janji aku bagi kau. Tolong aku merayu." Jejaka itu melutut memohon maaf .
" Faris Iskandar!"
" Ceyh heroin dah sampailah!"
"Apa you ni tak malu ker pukul dia depan tandas macam ni ? Apa yang you nak dari lelaki ni? Dia dah kata dia tak ada duit kan." Ujar Hanna apabila sedari tadi melihat kekecohan di depan tandas.
" You senyap Hanna jangan sampai I bagitahu pak ngah yang you bercinta dengan jantan miskin ni !" Tengking Faris kepada Hanna kerana terlalu sakit hati apabila Hanna sentiasa membela jejaka miskin ini.
"Bila masa i bercinta dengan dia. And lagi satu apa hak you nak mengadu dekat papa fasal I . Faris dengar sini you ni nak kata miskin tak tapi kenapa you mintak duit dia?" Hanna menunding jari kepada jejaka itu.
Faris tersenyum sinis mendengar ucapan gadis dihadapannya itu "Sayang you dengar sini memang I tak miskin and I tak perlukan duit. But lelaki macam dia ni tak layak hidup! Pembunuh! Pengecut!" Faris meludah pada muka jejaka itu setelah menyelesaikan ucapannya lalu pergi meninggalkan mereka.
"Jom saya letak ubat" tawar Hanna kepada jejaka itu. Jejaka itu menurut lalu mengikuti Hanna pergi ke bilik sakit.
Setelah sampai dibilik sakit Hanna menyuruh jejaka itu agar duduk di katil yang tersedia di bilik sakit. "kenapa awak tak lawan diorang balik?" Tanya Hanna kepada jejaka itu
Jejaka itu tersenyum sinis " buat apa nak lawan kalau aku memang layak kena" tutur lelaki itu.
"Sampai bila awak nak kena hina dan pukul?" Soal Hanna. Dia tidak puas hati dengan jawapan jejaka itu.
"Tak perlu tahu . Terima kasih dah tolong aku. Aku pergi dulu" ucap jejaka itu berterima kasih setelah selesai menerima rawatan.
TBC