HD Love Story 26

34 2 0
                                    

Bab 26

Sebuah kereta berjenama Porsche 911 Carrera meluncur laju dia atas jalan raya. Si pemandu membawa kereta seperti mengejar kematian.

"Mamat ni memang suka cari pasal dengan aku lah!" Bentak Haris. Haris menumbuk stereng kereta miliknya lalu menekan pedal minyak. Kewarasannya sudah hilang.

Haris memandu keretanya sehingga sampai di rumah Aqil. Dia tidak memberitahu Aqil yang dia ingin pergi kerumahnya.

Haris memarkir keretanya dihadapan pagar rumah Aqil. Dari luar dia sudah mendengar bunyi bising seperti menyambut birthday. Haris mula berasa hairan.

Kenapa Aqil tidak memberitahunya ingin menyambut birthday. Dia pandai deco semua benda. Kerana itu dia berasa hairan.

Haris membuka pintu rumah perlahan-lahan lalu mengintai sedikit ruangan dalam. Tidak ramai orang tetapi mengapa bising.

"Semuanya ada-ada pada dirimu
Membuat aku, ku, aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me
Tak bisa ku sayang-sayang selain dirimu
Penjara kamu, mu, kamu dalam hati ku
Come on baby say you love me yeah"

Nyanyi dua orang wanita dari dalam rumah itu. Haris sudah membuka mulut tidak percaya dengan dua wanita dihadapannya. Bukan main lagi karaoke siap package lompat atas sofa.

Aqil sudah menggeleng kepala melihat istrinya dan Hanna berkaraoke seperti tiada hari esok. Semua ini terjadi kerana istrinya.

Istrinya memaksa dia membawa Hanna ketempat karaoke tapi Aqil menghalang. Aqil menyuruh mereka karaoke sahaja dirumah.

Beginilah jadi nasib suara mereka sedap.

"Assalamualaikum." Sapa Haris. Pantas Hanna pusing kebelakang melihat siapa yang memberi salam. Hanna terus duduk sopan. Malu.

"Waalaikummussalam. Sejak bila kau balik?" Soal Aqil lalu menghampiri Haris. Haris masuk lalu duduk di sofa.

"Semalam." Haris toleh sedikit melihat Hanna. Hanna menunduk malu. Balqish sudah tidak tahan menahan ketawanya.

"Beb aku pergi dapur kejap." Hanna pamit lalu pergi ke dapur. Balqish turut mengikuti langkah Hanna. Saja dia membiarkan Aqil dan Haris berdua.

Dia sudah tahu jika Haris datang secara tiba-tiba mesti kerana ada urusan penting. Baru beberapa minggu kahwin dia sudah hafal semuanya.

"Kenapa kau lari?" Saja Balqish ingin menyakat Hanna. Hampir tersembur air dari mulut Hanna. Nasib cepat-cepat dia pergi kesingki.

"Apa kau ni. Malu tahu tak?" Marah Hanna perlahan sambil menampar lembut wajahnya. Balqish ketawa melihat Hanna.

"Kau ni relax lah. Dia tak kata apa-apa pun nanti dah kahwin tak adalah kau malu dengan dia lagi." Penuh makna jelasan Balqish. Hanna masih lagi memukul wajahnya.

"Kau diamlah aku dah maki teruk ni." Rungus Hanna. Balqish hanya menggeleng sahaja.

"Tapi suara aku tak sengau kan?" Balqish menggosok belakang kepalanya.

"Sedap Hanna sayang. Kan aku dah cakap kau berbakat." Puji Balqish. Hanna tersenyum mesra.

"Apa hal kau datang rumah aku? Ada benda penting ke?" Soal Aqil lalu meminum sedikit air mineral dihadapannya.

Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now