HD Love Story:7

61 4 0
                                    

Bab 7

" Hanna...." Hanna yang sedang ralit memikir bentuk kek  yang hendak dibuat di dapur bakery terkejut apabila disapa oleh Maisarah.
Kelihatan gadis itu sedang panik apabila mendengar berita kurang baik.

"Eh Maisarah kenapa? Kenapa panik sangat?" Soal Hanna cuba untuk menenangkan Maisarah yang kelihatan panik itu. Pantas Hanna menghampiri Maisarah yang cuba mengambil nafas. "Tarik nafas Maisarah cakap perlahan lahan saya dengar." Kata Hanna sambil mengelus tangan Maisarah.

"Saya kena balik Hanna ..... ayah saya tiba tiba sakit waktu buat kerja tolong gantikan saya. Cuma awak jer yang boleh tolong saya." Tutur Maisarah sambil menggenggam tangan Hanna merayu meminta pertolongan. Dia sudah meminta pertolongan pekerja yang lain tapi semua sibuk dengan kerja masing masing. Cuma Hanna saja yang selalu membantunya.

"Ha! Tak apa awak balik biar saya gantikan awak buat cupcake tu." Ucap Hanna lembut . Hanna tidak terlalu pandai menghias cupcake tapi dia boleh cuba untuk membantu rakannya. Kalau hodoh tu halal toiyaban lah.

" Terima kasih Hanna. Terima kasih sangat dah tolong saya. Tapi kek awak macam mana?" Soal Maisarah bimbang jika kek itu tempahan pelanggan yang perlu disiapkan.

" Eh jangan risau kek ni bukan tempahan pelanggan saya saja buat design baru. Tak apa awak pergi jer." Ucap Hanna seolah olah tahu apa yang bermain di fikiran Maisarah saat ini.

" Terima kasih Hanna. Nanti saya mintak tolong bos naikkan gaji awak.' Kata Maisarah sambil memeluk Hanna.

" Dah pergi tengok ayah awak. Bila dah selesai semua baru awak balik ok." Halau Hanna apabila kelihatan Maisarah masih memeluknya. Setelah mengucapkan itu Maisarah berlalu pergi.

Hanna berlalu pergi di bahagian cupcake. Dia cuba untuk melakukan sedikit hiasan atas cupcake tersebut. Cuma sebelah sahaja yang sudah di hias. ' kalau tak sama macam mana?' Soal Hanna seorang diri. 'Tak apalah cuba kalau kek kau boleh buat Hanna cupcake mesti kau boleh buat juga.' Ucap Hanna yang Cuba memberi semangat pada dirinya . Bismillah.....







" Cepatlah cerita. Kau ni kata bincang dekat kedai ni aku tengok kau melantak macam tak makan setahun bukan main banyak lagi lauk kau ambik." Bebel Haris Daniel kepada Putera Aqil kerana sedari tadi hanya makan sahaja. Tadi janji nak cerita dekat kedai ni dia melantak macam tak ada hari esok.

" Sorry lah bro. Okey aku cerita tapi bagi aku habis makan dulu tinggal sikit je lagi. Nak bercerita memerlukan tenaga. Bagi aku habis dulu kejap eh." Kata Putera Aqil sambil menyuapkan kembali nasi kedalam mulutnya. Haris Daniel memberi jelingan kepada rakannya itu dia sudah agak dah mesti lelaki ni gula gula kan dia. Bukan boleh percaya mamat sewel  ni.

"Cepatlah. Kau lambat aku bla aku ada banyak kerja lagi ni." Tegas Haris Daniel . Dia sudah bosan menunggu disini . Putera Aqil mengangkat wajahnya setelah mendengar suara tegas kepunyaan Haris Daniel . Terus jejaka itu berhenti makan risau kesabaran kawannya sudah hilang.

" Ok aku cerita kau ni relax lah . Tadi aku pergi bakery Michel kawan university kita. Aku rasa kau tak ingat dia. Itu pun secara kebetulan aku terjumpa dia. Aku pergi sana nak beli kek." Jelas Putera Aqil.

" Kalau kau nak cerita tu sahaja baik tak payah membazir masa aku je." Tegas Haris Daniel. Dia tidak puas hati dengan cerita yang ingin disampaikan kawannya itu.

"Sabarlah bro aku tak kata lagi dah habis. Lepastu Michel ajak aku bersembang aku pun follow jer lah kebetulan time tu aku free. Waktu aku sembang dengan dia aku ternampak seorang perempuan sebijik macam gambar yang kau selalu tunjuk dekat aku tu .Aku  tanya  dia tu staff dia ker and sapa nama  staff dia. And you know what Michel kata nama dia Hanna Delisya perempuan yang kau cari selama ni." Jelas Putera Aqil panjang lebar.

" Nanti kau chat aku nama bakery and location dia aku kena pergi. Sekarang waktu training budak." Pamit Haris Daniel. Putera Aqil hanya menganguk .Sudah masuk pukul 2:30 petang waktu untuk melatih anak muridnya untuk membina badan di gym miliknya.

"I will find you Hanna you're mine " ucap Haris Daniel yang sudah berada di dalam kereta.

TBC

Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now