Bab17
"Awak ni buang tebiat ke ajak saya pergi taman petang petang ni?" Soal Balqish hairan dengan perangai Aqil. Aqil tiba tiba sahaja mengajaknya pergi taman permainan.
"Kenapa tak boleh ke?" Mereka berjalan menghampiri satu buaian yang kosong. Ramai kanak kanak berada di situ.
"Bukan tak boleh tapi tiba tiba jer. Nasib saya dah habis kerja." Rungus Balqish geram.
Aqil berhentikan buaian yang dimainnya. Dia pusing melihat wajah Balqish.
"I saja jer lah nak ajak you ambik angin waktu waktu macam ni. Best apa main dekat sini sambil melihat pemandangan budak budak main." Kata Aqil tersenyum kepada Balqish
"Comellah budak budak ni. Tengok anak orang teringat anak sendiri dekat rumah." Aqil menayangkan wajah terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Balqish. Anak?
"Anak? Sejak bila awak kahwin tak tahu pun?" Soal Aqil hairan. Balqish pusing menghadap Aqil yang sedang berkerut kening tanda hairan dan terkejut.
Balqish ketawa melihat wajah terkejut Aqil. Senang betul kena tipu seperti readers. Joke.
"Maksud saya anak kucing. Kelakar lah awak ni." Kata Balqish ketawa tanpa henti. Aqil menayangkan wajah kesalnya.
"Cakaplah awal awal. Saya ingat saya keluar dengan bini orang."
"Tak adalah. Ha. Hanna dah balik rasanya sekarang. Dah bagi anak bulus saya makan belum eh? Mati kelaparan Daplo saya." Soal Balqish pada dirinya sendiri. Daplo nama kucing kesayangannya dan Hanna.
Aqil pusingkan kembali badannnya melihat ke arah hadapan. Matanya tidak sengaja melihat sepasang pasangan yang sedang bahagia sambil makan ice cream paddle pop.
"Tu. Ada dekat sana tu seronok dating nampak." Kata Aqil menunjuk ke arah pasangan tersebut. Bengang muka Aqil apabila melihat mereka berdua.
Balqish melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Aqil. Keningnya berkerut cuba untuk mengecam wajah kedua manusia itu.
"Eh eh eh orang suruh balik bagi Daplo makan dia dating pulak. Jom pergi dekat diorang." Ajak Balqish. Aqil mengangguk setuju.
Mereka beredar dari buaian pergi menuju ke arah manusia tersebut.
"Assalamualaikum kami daripada pejabat agama mendapat aduan ada pasangan tanpa ikatan di tempat begini." Bidas Aqil pada pasangan tersebut. Pasangan itu terkejut. Mereka pusing menghadap Aqil dan Balqish.
"Korang buat apa dekat sini?" Tanya Haris terkejut apabila makhluk berdua itu muncul tanpa di jemput.
"Kita orang yang patut tanya korang buat apa dekat sini? Berduaan pulak tu. Betul tak Balqish." Balqish mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Aqil.
Haris memberi jelingan kepada mereka berdua. Hanna yang berada di sebelahnya kaku. Dia tidak tahu mahu buat apa.
"Acik kau tempat terbuka ni kan. Taman kot. Bila masak pulak kitaorang dating?"
"Ni datinglah ni. Makan ice cream pelangi pulak tu." Perli Aqil tidak puas hati.
"Eh mana adalah." Terang Hanna.