HD Love Story:11

51 3 2
                                    

Bab 11

Hanna yang baru sahaja menyelesaikan solatnya terkejut apabila pintu bilik terbuka secara tiba tiba.

"Masuk lah papa kenapa duduk luar tu." Arah Hanna. Encik Haziq menurut lalu duduk di sebelah Hanna yang sedang melipat telekungnya.

"Papa nak cakap sikit boleh tak sayang?" Izin Encik Haziq sebelum memulakan ucapannya.

"Apa dia papa. Kenapa macam serious saja?"

"Anak papa rindu arwah mama tak?" Soal Encik Haziq air mukanya berubah sedih.

"Mestilah rindu tapi mama dah tenang dekat syurga sana. Kita kena doakan mama dekat sana."

"Kalau satu hari nanti papa pergi tinggalkan Hanna, Hanna kena kuat tau. Anak papa kena kuat macam mama dia." Encik Haziq menggosok belakang tapak tangan Hanna.

"Kenapa papa tanya macam ni. Kata kata itu doa tau. Tak baiklah papa." Hanna membuat memek muka cemberut. Dia tidak suka dengan apa yang papanya katakan.

"Papa cakap saja sayang . Mama meninggal pun sebab sakit kanser ni kan papa dah tua bila bila masa sahaja papa Allah boleh cabut nyawa papa. Semua yang hidup pasti akan mati."

Istrinya meninggal dunia akibat kanser hati yang dialaminya. Dia meninggal sewaktu Hanna berusia 12 tahun.

"Dah lah jangan cakap macam ni Hanna tak suka. Nanti siapa nak jaga Hanna ?" Soal Hanna memandang papanya.

"Sebab tu la papa kata cepat sikit kahwin tu ni tak. Kononnya nak tunggu umur 30 tahun lah. Awak tu dah masuk 27 tahun dah pun. Dah layak kahwin." Bebel Encik Haziq.

"Ooo papa kata macam ni sebab nak Hanna kahwin lah. Tak apa nanti Hanna suruh irfan cepat cepat pilih tarikh nikah kami." Encik Haziq ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya.









"Sayang papa dah bising dah tu papa nak kita kahwin secepat yang mungkin." Kata Hanna melalui panggilan video.

"Alaaa sayang I nak enjoy dulu zaman Bukann I. I tak ready lah nak kahwin. Kalau kita tunggu lagi 3 tahun boleh. Kita kahwin lah umur 30 baru cantik." Ucap Irfan membantah.

"Apa you ni sayang. You tak sayang I ker?" Soal Hanna . Dia sudah mahu menangis setalah mendengar apa yang dikatakan oleh tunangnya sendiri.

"Jangan lah nangis sayang. Mestilah I sayang you cuma......"

"Cuma apa sayang?" Soal Hanna kembali apabila ucapan Irfan tergantung.

"Cuma I tak ready sahaja. Please faham I. Lagi pun nak kahwin ni kena ada duit yang cukup. I pun kerja biasa biasa sahaja." Kata Irfan mempertahankan diri. Bukan dia tidak ingin kahwin tetapi ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk berkahwin.

"Kalau pasal duit kita boleh share duit. I pun menabung tau untuk kita kahwin. "

"Bagi I masa boleh ?" Soal Irfan.

"I bagi you masa sampai hujung bulan ni untuk buat keputusan kalau you lambat I kahwin dengan orang lain." Ugut Hanna . Irfan seperti tiada niat untuk menghalalkan dirinya saja.

"Jangan macam ni Hanna sayang. I janji hujung bulan ni. Thanks bagi I masa untuk berfikir. I sayang you."

"I letak call dulu lah. I nak pergi gym lepasni."

"Pergi gym? Pergi dengan siapa? Lelaki atau perempuan?" Soal Irfan bertubi tubi.

"Perempuan sayang I pergi dengan Balqish. I letak call dulu ok. Bye love you." Hanna mematikan panggilan video. Dia perlu bersiap sebelum pukul 8. Dia sudah terlambat dek kerana terlalu lama berborak dengan tunangnya.













Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now