Bab 25
"Ni kenapa kau nak jumpa aku? Tak pasal-pasal si Michel bagi aku balik awal." Balqish ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh Hanna.
"Kau dah ready ke kalau aku bagitahu kau?" Kening Hanna berkerut hairan pantas dia mengangguk walaupun sedikit ragu- ragu.
"Aku tak tahu nak mula darimana tapi aku cuma nak cakap aku mintak maaf." Balqish menunduk sedikit kepalanya apabila perasaan serba salah mula muncul.
"Cakap betul-betul Balqish jangan buat aku overthinking. Nanti macam-macam benda pelik aku fikir Alya Balqish." Tegas Hanna berbicara sehingga Balqish mengangkat semula wajahnya.
"Aku mintak maaf tapi ada orang cuba nak bahayakan kau. Bukan kau sahaja aku pun sama sebab tu aku datang sini dengan Aqil..."
"Aku nak kau selamat jadi aku terima seseorang untuk berkahwin dengan kau. Aku mintak maaf. Kau jangan tanya kenapa aku nak kahwinkan dia dengan kau. Aku rasa dia orang yang serius. Dia pun baik Hanna." Wajah Hanna berubah terkejut.
"Kau biar betik Balqish. Aku salah dengar kan?" Soal Hanna masih tidak percaya.
"No Hanna ni betul kalau kau nak tahu kau boleh tanya Aqil." Wajah Balqish dapat membuatkan Hanna berasa resah dan gelisah.
"Siap dia?"
"Waktu kau angkat nikah nanti kau akan tahu now majlis dalam beberapa minggu sahaja lagi." Riak wajah Hanna berubah semakin terkejut.
"Wait! What! Aku tak salah dengar kan? Lagi beberapa minggu sahaja lagi! Kau memang gila lah Alya Balqish!" Suara Hanna yang semakin meninggi dapat membuatkan semua orang di sekeliling restaurant itu melihat dirinya.
Balqish sudah menutup muka malu. Hanna yang baru sedar dengar suaranya yang semakin tinggi itu pantas menunduk meminta maaf kepada pelanggan di cafe itu.
Aqil berada diluar mendengar suara Hanna terus masuk kedalam restaurant tersebut. Aqil berlari anak menghampiri mereka berdua.
"Kenapa ni." Soal Aqil dengan nafas tercungap-cungap. Aqil menarik nafas sebentar. Hampir hilang nafasnya berlari.Walhal dekat sahaja tetapi dia yang beria berlari.
"Tak ada apa-apalah. Ni Hanna terkejut dengar dia dah nak kahwin ." Wajah Hanna berubah cemburut. Aqil tarik kerusi di sebelah istrinya lalu duduk.
"Sorry Hanna. Benda ni berbahaya. Kita tak boleh percaya perempuan tu. Dia boleh buat apa-apa je untuk hancurkan kau Hanna." Pujuk Aqil agar Hanna bersetuju. Hanna sedikit menunduk.
Perasaannya mula bercelaru. Dia tidak tahu mahu menerima atau tidak. Hatinya masih lagi memilih Haris. Dia terlampau berharap kepada Haris.
Flashback...
"Kau kena juga kahwin dengan Hanna secepat mungkin. Diorang bila-bila masa sahaja boleh cederakan Hanna. Silap hari bulan Hanna dalam keadaan tak bernyawa.." Kata Zayyan kepada Haris.
Mereka berjumpa melalu talian disebabkan Aqil masih lagi bercuti. Keadaan yang memudarat memaksa mereka semua untuk berjumpa walaupun bukan bersemuka.
Haris bersama Zayyan berada di satu ruangan bilik. Aqil masih lagi tidak memberitahu Balqish tentang perkerjaan berbahayanya ini.
YOU ARE READING
Love Story (Hiatus)
Lãng mạn"Meet you was a best chapter of my life, Hanna Delisya"