Bab 12
"Abang nak Sarah tolong berkawan dengan perempuan dalam gambar ni. Fasal mak ngah biar abang setelkan. Kalau boleh ambik hati dia sekali." Kata Haris tegas memberi arahan kepada Sarah.
"Sarah macam pernah nampak perempuan ni." Ucap Sarah ragu ragu lalu menggosok kepalanya. Sarah mengangkat gambar untuk melihat dengan lebih teliti.
"Sarah kenal?"
"Ha! Sarah dah ingat!" Kata Sarah riang setelah lampu hijau masuk di dalam otaknya.
"Sarah jumpa dia dekat mana?"
"Tunang dia kawan boyfriend Sarah."
"Tunang?!" Ucap Haris terkejut
"Aaah tunang dia dah ada tunanglah untuk apa abang suruh Sarah ambik hati dia? Abang suka dia? Abang tak baik tau rampas hubungan orang." Soal Sarah hairan dengan sikap abang sepupunya itu.
"Itu Sarah tak perlu tahu. Sarah nak abang maafkan Sarah kan?" Sarah menganguk dia ingin Haris maafkan semua kesilapan dirinya.
"Now cerita pasal tunang dia."
"Abang nak details ker?" Pandangan mata Haris menyeramkan Sarah. Pandangan tajam tanda mahukan semua maklumat tunang wanita di gambar itu.
"Tunang kak Hanna ni nama dia Irfan. Umur dia 29 tahun. Dia dengan kak Hanna dah lama bercinta. Hampir 5 tahun. Tapi sekarang Sarah tengok Irfan macam tak series nak dapat kan kak Hanna. Semalam kak Hanna ada cerita dekat Sarah pasal perangai Irfan. Akak kata dia berubah sangat." Terang Sarah panjang lebar dengan harapan Haris puas.
"Perangai apa and abang nak gambar dia. Senang nanti nak buat bahan uji kaji."
"Semalam kak Hanna ada cerita dekat Sarah yang kak Hanna suruh Irfan cepat cepatkan pernikahan mereka tapi banyak pulak alasan yang dia bagi katanya duit tak cukup lah tak besedia lah macam macam lah alasan. Nah ni gambar dia." Sarah menghulurkan gambar sepasang pasangan pada hari pertunangan mereka.
'Ceyh tak ada lah handsome mana muka macam tapir tapi perangai nauzubillaminzalik. Sekali kau lukakan hati Hanna kau mati dekat tangan aku tapir.' Bebel Haris dalam hati lalu tenung gambar pasangan itu
"Sarah dengan kak Hanna memang rapat ker?"
"Rapat sangat! Dia dah anggap Sarah macam adik sendiri maklumlah kak Hanna kan anak tunggal." Kata Sarah teruja
"Boleh tolong apa yang abang suruh tadi?"
"Insyaallah boleh Sarah pun tak suka Irfan tu macam sewel saja Sarah tengok." Haris tersenyum sinis. Kemenangan bakal menjadi milik dia?
Aqil menepuk bahu Haris yang sedang memasak maggie . Haris hampir sahaja mahu menyimbah kuah maggie yang panas itu pada Aqil. Mana tidaknya tak ada angin tak ada ribut tiba tiba main tepuk saja.
"Apa kau nak setan. Nasib aku tak simbah kuah ni dekat kau." Marah Haris. Aqil tersengih apabila dimarah begitu. Dia tahu itu gurau kawan kawan. Dia mengangkat mangkuk maggie lalu membawanya pergi ke ruang tamu.
"Aku ada gossip tapi kau jangan terkejut." Kata Aqil lalu memonggahkan baju di dalam bakul untuk dilipat.
"Apa dia."
"Hanna dia dah ada tunang sobatt." Kata Aqil seolah olah terkejut. Tapi reaksi Haris hanya santai.
"Kau tak terkejut ker manusia?" Soal Aqil pelik. Dia mengambil baju dihadapannya untuk dilipat.
"Sarah dah bagitahu semua benda dekat aku. Dari A sampai Z dia cerita dekat aku." Ucap Haris santai lalu menghirup kuah maggie. Nikmat.
"Sumpah lah. Sejak bila kau dah berbaik dengan Sarah?" Tanya Aqil terkejut baju yang dipengannya dibaling.
"Panjang lah cerita dia . Kau lipat je lah baju tu."
"Ish kedekut taik hidung masin!" Rungus Aqil lalu mengambil kembali pakain yang di balingnya.
"Taik hidung aku manis." Gurau Haris.
"Kau memang ishh sakit pulak hati aku."
"Hoi hoi hoi tu boxer aku. Suka hati kau jer nak rembat aku punya boxer." Haris merampas boxer di tangan Aqil.
"Acik kau tu aku punya."
"Aku punya "
"Aku lah manusia!"
"Ada nama aku dekat situ kan. Terang lagi besuluh nama Haris Daniel dekat situ. Bagi balik."
"Aah tak ada tak ada kau kaya banyak duit ni bagi aku."
"Kau memang! Sabar Daniel. Sabar."
TBC