HD Love Story : 28

47 2 0
                                    

Bab 28

Perlahan-lahan Haris membuka pintu bilik. Dia mengintai sedikit dimana keberadaan sang istri. Kaki mula melangkah masuk mencari kelibat Hanna.

"Sayang?" Mata Haris fokus mencari Hanna. Dia masuk ke tandas tetapi tidak menemuinya.

"Sayang you dekat mana?" Soal Haris bersama nada suara sedikit kuat.

Haris membuka satu persatu pintu almari takut jika istrinya berada di dalam. Namun tetap tidak temui.

"Hanna Delisya si paling cantik dan comel dimanakah kamu honey bun?" Matanya masih lagi fokus mencari kelibat Hanna.

"Baa! Honey bun awak dekat sini."

"Mana you hilang sayang? Satu rumah I cari." Lembut Haris berkata sambil memegang bahu istrinya. Hanna tersenyum nakal memandang Haris.

"Awak tak cari satu rumah pun. Awak cari dekat sini je." Saja Hanna membuat nada seperti sedang merajuk. Haris tersenyum kecil.

"Sorry sayang. Okay I mengaku I cari dalam bilik je dekat bawah I tak cari. Jangan merajuk okay?" Kata Haris sambil menggomol pipi chubby Hanna.

"Okay maaf diterima. Awak tahu saya menyorok dekat mana?" Pantas Haris menggeleng.

"Saya menyorok dekat kabinet dapur." Hanna tertawa apabila Haris ternganga tidak percaya.

"Kenapa tengok saya macam itu. Ada hutang ke?" Kalini Haris pula tertawa. Dia menarik tangan Hanna menuju ke arah ruang tamu.

"Duduk sini." Arah Haris. Hanna hanya menurut.

"Kenapa?"

"Saja nak tatap ciptaan tuhan." Pipi Hanna berubah merah dek kerana malu mendengar ayat manis Haris. Haris mencubit pipi Hanna. Hanna merungus kesal.

"Assalamualaikum!"

"Aduuu bala manalah datang ni." Hanna tertawa melihat wajah terpaksa Haris. Haris bangun dari duduknya lalu berjalan mendekati pintu rumahnya. Buka sahaja pintu, terus mereka masuk tanpa dijemput.

"Aku ada bagi kau masuk ke gila." Marah Haris bersama wajah dinginnya.

"Tak kenapa? Eh abang Zayyan masuklah jangan malu-malu." Balqish dan Zayyan sudah menggeleng kepala melihat tingkah laku tidak betul Aqil.

Zayyan melangkah masuk bersama Haris. Balqish masuk lalu menarik tangan Hanna menuju ke tingkat atas. Dia tahu ada hal penting yang ingin mereka bincangkan. Hanna hanya menurut lalu mengikuti langkah Balqish.

"Duduklah." Arah Haris pada Zayyan. Zayyan menuruti.

"Kau tak nak jemput aku duduk juga ke?" Haris mengeluh nafas kasar. Penat ada kawan sewel.

"Sekarang ni kau tengah buat apa?"

"Tengah duduk."

"Memang bodoh mamat ni." Kata Zayyan.

"Dah lah malas aku layan. Benda apa kau nak bincangkan Zayyan?" Soal Haris. Fikirannya mula merisaukan sesuatu yang berlaku ketika perkahwinannya. Dia masih menunggu jawapan daripada Zayyan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now