HD Love Story:23

25 3 0
                                    

Bab 23

Balqish melipat sejadah miliknya dan Aqil. Mereka solat subuh berdua buat kali pertama. Aqil tersenyum kecil melihat Balqish yang sedang membuka telekung lalu melipatnya.

Balqish bangun untuk menyimpan telekung miliknya dan sejadah ke dalam almari. Tekun Aqil memandang Balqish.

Balqish pusing kebelakang apabila dirinya diperhati oleh suaminya. Balqish mengerut kening bertanya mengapa. Aqil masih lagi tersenyum kecil.

"Sini kejap sayang." Balqish jalan mendekati Aqil lalu duduk di atas katil bersebelahan Aqil. Aqil pusing sedikit melihat istrinya.

"Kenapa?"

"Sayang boleh janji tak dengan abang supaya jauhkan diri daripada Elly. Abang tak nak hilang sayang." Kata Aqil bernada sayu.

"Tapi saya masih tak percaya Elly buat semua benda tu. Maafkan saya abang." Balqish sedikit menunduk daripada melihat wajah suaminya.

"Sayang tak dengar ke apa yang Michel cerita?" Soal Aqil lalu mengangkat sedikit wajah istrinya daripada terus menunduk. Balqish melihat wajah suaminya lalu angguk .

"Kalau sayang nak tahu waktu Elly tiba-tiba muncul lagi kitaorang dah syak benda yang pelik bakal berlaku. And kitaorang berpakat perhatikan dia dari jauh." Jelas Aqil.

"Tapi macam mana korang semua kenal Elly?" Soal Balqish masih tertanya-tanya.

"Sebenarnya Elly kawan sekolah Daniel." Membulat mata Balqish mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya. Tetapi dia tidak pernah melihat wajah Daniel di sekolah mereka.

"Wait what! Kenapa saya tak pernah nampak Daniel dekat sekolah?" Soal Balqish bernada terkejut. Aqil menggosok belakang kepalanya. Perlu ke dia cerita perkara sebenar kepada istrinya.

"Sebenarnya sayang... Sayang ingat tak ada seorang lelaki hodoh selalu kena buli waktu sekolah dulu?" Balqish mengerut keningnya cuba untuk bergikir siapa. Tidak sampai beberapa saat Balqish mengangguk.

"Yes dia lah Haris Daniel kawan kita. Hanna pernah selamatkan dia dulu." Terang Aqil.

"Maksudnya Daniel lah lelaki hodoh tu. Patutlah awak kata dia kenal Elly. Tak sangka Elly sanggup buat macamtu dekat kitaorang. Apa salah kitaorang pada dia." Kata Balqish bernada sedih dan kecewa.

"Sayang look at me."

"Orang kalau nak tikam belakang kita dia boleh terus buat tanpa berfikir. Kadang kala orang itu buat benda tu kerana iri hati. Sebab iri hatilah benda tu dapat merosakkan persahabatan. Manusia ni takkan pernah lari dari sifat iri hati. Kita duduk diam pun orang masih mengata kita. Sifat tu boleh datang sebab cemburu dengan kejayaan seseorang." Jelas Aqil apabila dia melihat wajah istrinya seperti tidak boleh menerima kenyataan.

Balqish terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya. Dia tidak sangka kawan baiknya sanggup tikam belakang dia. Balqish mengeluh perlahan.

"Dah sayang jangan fikir pasal ni. Sayang Selamat bila dengan abang. And abang nak sayang berhenti kerja please." Hampir tercabut jantung Balqish mendengar permintaan suaminya.

"Abang biar betik. Habis saya nak guna duit apa kalau tak kerja?" Aqil memandang istrinya tidak percaya. Dia lupa ke dia dah ada suami.

Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now