HD Love Story:20

35 2 0
                                    

Bab 20

Elly yang baru sahaja turun dari tangga terus menghampiri Balqish. Elly menginap di rumah Hanna dan Balqish buat sementara waktu. Hanna menghalang tapi Balqish sedaya upaya memujuk Hanna.

Elly menghampiri meja makan untuk bersarapan. Hanna menarik muka menyampah dengan tingkah laku Elly. Elly menarik kerusi disebelah Hanna laju Hanna melatakkan handbagnya pada kerusi yang di tarik oleh Elly. Balqish menggeleng kepala melihat tingkah laku Hanna.

"Beb petang ni kau free tak? Aku ingat nak ajak kau keluar. Dah lama kita tak keluar. Masing-masing sibuk kerja kan." Saja Hanna ingin menyakitkan hati Elly.

"Boleh aku ikut sekali?" Tiba- tiba sahaja Elly menyampuk percakapan mereka.

"Mestilah boleh." Kata Balqish tersenyum.

"Tak boleh!" Bentak Hanna.

"Hanna dah lah tu. Tak elok tahu gaduh lama-lama. Elly dah berubah." Nasihat Balqish agar Hanna berlembut hati.

"No dan tak akan. Daniel kata jangan mudah percaya kan orang. Lagi-lagi orang yang tiba tiba muncul selepas bertahun- tahun tak muncul. Kau tak pelik ke?" Bidas Hanna.

Elly menunduk malu. Hanna menjeling melihat tingkah laku Elly.

"Tak apa Elly kau ikut je." Pujuk Balqish

"Beb sampai hati kau kan. Dah lah sakit otak aku layan korang dua ni." Hanna bangun pergi meninggalkan mereka berdua yang sedang bersarapan.

"Sabar ye Elly. One day Insyaallah hati Hanna dah more better. Dia akan maafkan kau juga satu hari nanti." Elly tersenyum mendengar pujukan dari Balqish.

"Insyaallah one day Hanna akan berubah dan mungkin dia akan maafkan aku." Kata Elly.

"Eh aku pergi dulu lah ye. Dah lambat." Pamit Balqish. Elly mengangguk mengizinkan Balqish pergi berkeja.

"Aish apalah nasib korang dua kan. Lagi-lagi kau Balqish mudah sangat terpedaya dengan aku. Haish kesian-kesian." Bidas Elly selepas kereta Balqish pergi meninggalkan kawasan rumah.

Ell mengambil telefon pintarnya untuk menghubungi seseorang. Elly mendail nombor tersebut. Tidak menunggu lamu laju sahaja manusia tersebut mengangkat panggilan daripada Elly.

"Kenapa?" Soal manusia itu dari talian.

"Ish kau ni relax lah. Aku ada benda nak cakap ni." Kata Elly lalu menghampiri sofa untuk duduk.

"Apa dia. Diorang percaya ke?" Soal sosok tersebut.

Elly tersenyum sinis sebelum menjawab soalan dari sosok tersebut.

"Alya seorang je percaya Del tak percaya lagi. Just aku bengang gila dengan perempuan ni. Susah betul dia nak percaya aku. Kata aku Itulah inilah." Rungus Elly.

"Jaga sikit mulut kau tu. Perempuan yang kau maksudkan tu milik aku." Tegas sosok tersebut berkata.

"Okay lah sorry. Ni aku letak call dulu lah. Nanti ada perubahan aku roger dekat kau." Elly mematikan talian. Dia tersenyum sinis.




"Hanna jauh termenung?" Soal Michel yang tiba-tiba muncul di dapur bakery. Hanna sedikit tersentak .

"Eh bos. Terkejut saya. Mana ada saya termenung. Cuma saya peliklah." Michel menoleh melihat Hanna.

Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now