Bab 21
"Good morning Hanna. Balqish!" Sapa Elly yang baru sahaja turun lalu mendekati Hanna yang sibuk menyediakan bahan untuk dimasak. Elly mengambil lobak merah untuk membuang kulit.
"Morning Elly." Kata Balqish yang sibuk menggaul sesuatu di dalam periuk.
"Korang nak masak apa ni?" Soal Elly.
"Kau ni kan nak tolong tu tak payah lah banyak tanya. Bisinglah. Tak tenang aku nak masak." Marah Hanna. Elly cuba mengabaikan apa yang dikatakan oleh Hanna. Dia masih lagi fokus mengupas kulit lobak merah.
Hanna meletakkan pisaunya lalu mendekati Balqish untuk membantu Balqish atau setepatnya mengambil alih tugas Balqish.
Balqish faham maksud Hanna. Dia pergi mengambil alih tugas Hanna memotong semua bahan.
Setelah semua makanan siap di masak. Mereka bertiga makan bersama. Tetapi di dalam situsi hening.
"Korang nak tahu sesuatu tak?" Soal Balqish cuba menghuraikan rasa hening diantara mereka bertiga.
"Aqil melamar aku. Dia ajak aku kahwin. Macam mimpi kan." Kata Balqish tersenyum gembira. Hanna yang berada di sebelahnya secara tidak sengaja menyembur makanan dek kerana terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Balqish .
"Kau biar betik?!" Soal Hanna tidak percaya.
"Apa betullah. Kau ni kenapa elok lah orang ajak kahwin terus daripada bercouple tu lagi tak baik. Tapi aku tak maksudkan kau tau sayangku Hanna Delisya." Hanna menjeling Balqish. Elly tertawa kecil kerana melihat telatah mereka.
"Ikut kau lah beb. Janji kau happy. Kau kahwin nanti aku nak jadi pengapit kau faham?" Tegas hanna berbicara.
"Faham lah."
"Aku pun." Sapuk Elly.
"Setahu aku pengapit belah perempuan sorang sahaja. Jadi aku lah yang akan jadi pengapit Balqish. Jangan nak beranganlah." Bidas Hanna.
"Ish dah lah tak payah gaduh."
"Dah lah aku nak keluar. Jangan kacau aku." Hanna berdiri meninggalkan mereka yang masih makan dia meja makan.
Balqish mengeluh perlahan melihat perangai Hanna yang hampir seratus peratus berubah.
"Kita makan eh Elly. Hanna nak tenangkan fikiran tu." Pujuk Balqish supaya Elly tidak terasa dengan Hanna.
——————-
"Sorry ganggu waktu awak. Saya bosan sebab tu saya nak jumpa awak." Kata Hanna tersenyum gedik.
"It's okay lah. I pun tengah free sekarang ni. Lagi pun pagi lagi kan tak banyak kerja pun." Jelas Haris lembut. Blushing Haris tengok perangai Hanna macam tu.
"Gitar awak ke tu?" Soal Hanna apabila dia tidak sengaja melihat sebuah gitar di penjuru bilik gym.
"Tak lah gitar Aqil. Kenapa you nak I main ke. I boleh je main tapi kalau tak sedap tu tutup telinga je lah." Gurau Haris. Hanna tertawa kecil mendengar gurauan Haris.
"Boleh juga. Saya nak awak main gitar tu dan nyanyi satu lagu." Jelas kelihatan muka terkejut Haris apabila disuruh menyanyikan sebuah lagu