Bab 6
" Bos nak bawak saya makan mana?" Tanya Hanna kepada Encik Michel yang sedari tadi hanya diam di dalam kereta.
" Sapa kata I nak bawak you makan Hanna? You kalau lapar makan angin kenyang apa. Lagi satu sekarang bukan waktu kerja jangan panggil I bos panggil Michel jer umur kita tak adalah jarak jauh sangat and you pun dah lama kerja dengan I." Ucap Michel panjang lebar.
'Memang hantu bos aku ni kalau aku tahu dia bukan nak ajak aku lunch memang aku tak nak ikut . Baik aku siapkan tempahan kek.' Bebel Hanna dalam hati. " Saya tak biasalah panggil nama dah selesa dah guna perkataan bos. Lagi pun itu maksud tanda hormat saya pada bos."
" Ikut you lah Hanna jangan you panggil I hantu sudah." Alamak kantoi. Bukan Michel tidak tahu perangai Hanna ketika marah ada saja nama panggilan yang pelik dipanggil.
" Heheh baik bos"
" Jom dah sampai." Ajak Michel
" Baru saya tahu orang macam bos pun makan kedai melayu eh" Tanya Hanna sambil berjalan mendekati meja makan yang kosong.
" Hello I ni walaupon cina masih tekak melayu tau. Ni you nak order apa I belanja?" Soal Michel sambil membelek menu masakan melayu itu.
" hehehe patutlah ramai orang suka bos. Bos ni bukan cerewet rupanya. Saya tak kisah makan apa apa . Bos order je lah semua saya makan tolak batu dengan kayu jer." Ucap Hanna santai
"You ni kelakar jugak Hanna. I ni limited tau. Tunggu nak cari buah hati jer." Kata Michel lalu memilih lauk yang hendak dimakan untuknya dan hanna
" Bos dah ada buah hati mesti cantikkan buah hati bos. Ye lah bos kan handsome mesti kekasih hati cantik."Hana mandongak ingin mendengar jawapan dari Michel.
"Dah. Dia cantik sangat macam bidadari tapi sayang buah hati I dah berpunya." Tutur Michel bernada sedih dan kecewa.
" Ooh bos jangan sedih sedih maybe dia bukan jodoh bos tapi tuhan dah gantikan dengan orang baru." Ujar Hanna menenangkan Michel .
" Kalau betul dia bukan jodoh I, I doakan dia bahagia dengan pasangan dia." Tutur Michel tersenyum.
" No! Daniel tak akan nikah dengan anak mak ngah." Bentak Haris Daniel. Sudah lelah dia beritahu yang dia tidak suka gadis itu. Kerap sekali dipaksa oleh mak ngah untuk menikahi anaknya.
" Daniel macam ni kamu balas jasa mak ngah. Dari kamu sekolah mak ngah jaga kamu macam ni kamu balas kamu memang tak kenang jasa Daniel." Ucap mak ngah yang membuat nada sedih.
" Jaga Daniel ? Bukan mak ngah buang Daniel ker? Bukan mak ngah kata Daniel bala kehidupan ker? Ooh ye lah dulu hodoh miskin pulak tu memang kena buanglah sekarang dah ada semuanya mak ngah baru nak mengaku Daniel anak buah mak ngah?" Soal Daniel bertubi tubi. Dahulu mak ngah menghalau nya sekarang nak kutip balik itulah orang cakap dah ludah jangan jilat balik. Putera Aqil yang sedari tadi hanya duduk di sofa tidak ingin masuk campur .
" Abang Daniel tolong lah nikah dengan Sarah. Sarah cintakan abang. Sarah janji Sarah jaga abang dengan baik." Kata Sarah yang cuba mengawal api kemarahan abang sepupunya itu.
" Eh apa kata mak ngah dengan sarah balik sebelum tahap kesabaran Daniel hilang. Nanti mak ngah yang kena kesian mak ngah." Halau Putera Aqil . Haris Daniel berlalu pergi malas hendak melayan. Mereka berdua hanya menurut kata Putera Aqil kerana takut Daniel mengamuk.
" Daniel tunggu lah aku!" Jerit Putera Aqil mengejar Haris Daniel yang berjalan laju. Tahu lah kaki panjang janganlah laju sangat.
" Kau nak apa lagi Aqil?" Soal Haris Daniel yang berhenti di parking kereta apabila namanya diseru.
" Wei aku dah jumpa perempuan yang kau cari tu" kata Putera Aqil dalam nada mengah kerana mengejar Haris Daniel.
" Kau jumpa dia dekat mana?" Tanya Haris Daniel yang setia menanti jawapan Putera Aqil.
" Michel kawan aku. Dia kerja dengan Michel. Lebih kurang 5 bulan dia kerja situ. Macam mana aku boleh jumpa dia. Ha ni aku nak cerita tapi takkan bawah panas terik ni jom lah lepak kedai." Ajak Putera Aqil
" Alasan kan kau. Ye lah" ooh ajak lepak tak nak pasal buah hati laju jer setuju mamat ni bebel Putera Aqil. Demi kekasih hati, kawannya itu rela korbankan masa.
TBC