HD Love Story:22

28 4 0
                                    

Bab 22

Beberapa bulan kemudian.

"Aku terima nikahnya Alya Balqish binti Aiman dengan mas kahwinnya sebanyak lapan puluh ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz pasangan itu selamat diijab kabulkan. Hanna menghulur tissue kepada Balqish agar menghapuskan air matanya daripada jatuh.

Selepas bacaan doa Aqil berdiri menghampiri Balqish untuk menyarung cincin pernikahan mereka. Hanna beralih untuk memberikan ruang kepada pengantin baru.

Perlahan Balqish mengangkat tangan lalu menghulurkannya kepada Aqil untuk menyarungkan cincin. Aqil memegang tangan Balqish lalu memasukkan cincin ke jari manis milik istrinya.

"Now precious pulak masukkan cincin ni dekat jari abang." Hampir merah muka Balqish mendengar panggilan yang diberikan oleh suaminya.

Hanna dan Sarah yang berada tidak jauh daripada pasangan tersebut ketawa riang kepada pasangan tersebut.

"Sarah tengok tu ada orang blushing lah. Merah teruk muka tu." Kata Hanna selepas Balqish menyarung cincin di jari manis milik Aqil .

"Aah lah kak ada orang blushing. Eh tengok tu nak salam pun malu malu kucing." Ucap Sarah apabila Balqish sedikit malu ingin menyalami suaminya.

"Seronokkan korang gelak kan aku." Marah Balqish berjalan menghampiri mereka setelah selesai sudah sesi tersebut.

"Eh siapa kata kitaorang gelak kan kau. Tapi muka kau tu control lah sikit der." Sarah tertawa kerana mendengar perlian yang diberikan oleh Hanna kepada Balqish.

"Abang tengok diorang ni ketawakan saya." Adu Balqish kepada Aqil.

"Alamak dia mengadu dengan suami dia lah. Mampus  kita Sarah." Kata Hanna sedikit berbisik. Sarah mengangguk ketakutan.

Aqil menghampiri mereka bertiga apabila istrinya mengadu di buli. Bukan hanya Aqil menghampiri mereka tetapi Michel dan Haris turut sama menghampiri mereka.

"Akak takut lah Sarah."

"Sarah pun takut."

"Akak kira sampai tiga kita lari eh." Kata Hanna apabila melihat jejaka tersebut sudah hampir menghampiri mereka.

"Tiga!" Tidak sempat Hanna ingin mengira Sarah terus pecut lari meninggalkan Hanna seorang diri. Hanna ternganga tidak percaya. Dia kena tipu hidup-hidup dengan Sarah.

"Sarah!"

"Kau nak lari mana Hanna. Suami aku dah sampai dah." Kata Balqish apabila suaminya telah berada di sebelahnya.

"I dengar you kacau istri I. Eh macam tak sesuai.
Aku dengar kau kacau istri aku." Kata Aqil mengubah nada suara nya agar sedikit tegas. Balqish tersenyum kemenangan di belakang suaminya.

Hanna menundukkan kepalanya ketakutan. Ni semua salah Sarah. Haris dan Aqil berlaga mata seperti tatapan maut. Perlahan Hanna mengangkat kepalanya apabila keadaan hening.

"Ooh kau nak marah aku eh. Kau ingat aku takut. Kau tu dah lah takut aku. Baru naik suara sikit dah menyorok belakang Daniel. Lepastu ada hati nak main lagi mata."Bidas Hanna bersama nada suara yang tinggi.

Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now