Bab 8
" Assalamualaikum cinter . Cinter saya tengah buat apa ni ? Dah balik kerja dah?" Soal Hanna melalui panggilan telefon.
"Waalaikummussalam sayang tak buat apa apa baru jer lepas solat." Ucap Seorang jejaka melalui panggilan tersebut.
" Ooh sorry ganggu cinter." Tutur Hanna serba salah kerana telah menganggu waktu rehat jejaka itu.
"Tak apa sayang lagi pun you tunang I kan. Takkan nak suruh lelaki lain layan tunang I yang cantik ni." Ujar jejaka itu daripada dalam panggilan.
"Sebab ni lah I makin sayang dengan you Irfan. You ni limited tau hahaa." Ucap Hanna memuji tunangnya sambil menepuk tilam. Ye lah tunang baik sapa tak suka kan?
"Heheh manja lah bakal istri I ni. Rasa nak cepat kahwin tak sabar nak peluk you sayang." Kata Irfan. Eh gatal belum kahwin lagi dah fikir sampai situ.
" Eee gatalnya tunang saya ni. Lepas kahwin buat lah apa yang awak nak. Now kita kena kumpul duit untuk kahwin sayang." Ucap Hanna lembut. Pipi Hanna sudah bertukar seperti kulit tomato kerana blushing dengan ucapan tunang sendiri. Hanna pun boleh tahan gatal jugak.
"Baik sayang. Eh I letak call dulu ibu panggil dekat bawah." Pamit Irfan dari talian.
" Pergilah bye assalamualaikum kirim salam dekat ibu ok."
"Baik sayang waalaikummussalam." Irfan menekan ikon merah pada panggilan tersebut.
Hanna berada dirumah papanya. Dia turun ke dapur kerana lapar. Dia belum makan malam lagi kerana itu perut nya berbunyi.
" Eh papa buat apa dekat dapur ni?" Soal Hanna terkejut apabila melihat papa nya yang duduk di meja makan dalam keadaan gelap. Dah macam hantu nasib bukan. Pelik kenapa tak bukak lampu.
"Eh Hanna buat apa turun?" Soal Encik Haziq kembali lalu menyorokkan makanan yang dimakan tadi. Nak takut bini, bini dah tak ada takut anak lah nampaknya. Hanna pun garang macam arwah istrinya.
"Papa makan mangga yer? Kenapa papa makan? Papa tahu ingat tak papa kencing manis? Nanti gula dalam darah tinggi balik macam mana?" Soal hanna marah akan papanya. Lagi dilarang lagi tu nak. Bak kata pepatah larangan adalah perintah.
" Alaa papa makan sikit saja. Insyaallah gula dalam darah tak naik jangan risaulah. Papa pun dah lama tak makan macam ni." Ucap Encik Haziq bernada sedih kerana minta simpati pada anaknya.
"Kalau gula dalam darah papa naik siap papa. Hanna bukak kelas karate nanti." Tegas Hanna memberi amaran.
" Baik anakku sayang." Ucap Encik Haziq gembira.
"Assalamualaikum Hanna. Kau cuti kan esok? Lagipun esok sabtu mesti cutikan? Kalau tak cuti aku tarik rambut bos kau tu suka sangat bagi denda." Tanya Balqish dari dalam talian. Dia tidak suka perangai bos Hanna yang suka memaksa itu.
" Waalaikumussalam . Ha aku cuti esok. Kau jangan risau lah pasal bos hantu tu. Berani dia denda aku lagi memang aku karate dia." Ucap Hanna
" Ha bagus lah kalau macam tu aku ingat esok aku nak ajak kau pergi gym. Badan aku dah gemuklah." Ajak Balqish dari dalam talian.
" Boleh je tapi aku tengok kau kurus je tak ada istilah gemuk. Kau tak payah nak insecure lah kau cantik." Mula sudah sesi ceramah Hanna. Geram sekali dengan rakannya ini suka sangat insecure dah cantik tu dah lah.
"Heheh kalau macam tu esok tepat pukul 8:30 kau dah sampai ok. Nanti aku send location." Ujar Balqish.
" Alright aku latak call dulu Assalamualaikum." Ucap hanna lalu menekan ikon merah pada panggilan
Sesampai sahaja di location gym yang dihantar oleh Balqish semalam Hanna terus masuk lalu menukar baju blousenya kepada jersey untuk memudahkan ianya melakukan pergerakan. Hanna dan Balqish datang bersama kerana Hanna malas drive.
"Sekarang ni kita main treadmill dulu lah ok?" Soal Balqish kerana tidak tahu mahu mula daripada permainan mana.
" Boleh jugak "
Hanna menekan butang start dan tentukan masa larian pada treadmill yang hendak dilari. Manakala Balqish melakukan perkara yang sama seperti Hanna.
*******
"Daniel kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang ni?" Soal Aqil bernada terkejut dengan apa yang dilihat depan matanya itu.
"Tak"
" Kau ni kan. Baik kau letak dumbbell tu and pushing belakang sekarang. Jangan kau terkejut sudah." Ucap Aqil. Nanti dah pushing belakang mahu terkejut beruk.
"Ishh kau ni kacau lah." Kata Haris lalu meletakkan dumbbell di bawah. Haris pusing tempat yang dikatakan oleh Aqil. Terkejut Haris apabila pusing di tempat yang di tunjuk Aqil.
"Betul ker apa yang aku nampak ni Qil? Aku tak salah tengokkan?" Soal Haris kembali.
"Aku tanya kau, kau tanya aku balik kan manusia. Aku rasa betul wajah yang aku jumpa dekat bakery haritu. Allah dah makbulkan doa kau Daniel." Ucap Aqil lalu menepuk bahu Haris.
"Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa aku. 10 tahun aku tunggu dia Qil." Tutur Haris bernada gembira campur sedih. Mata Haris tidak berhenti memandang wanita yang dicarinya selama 10 tahun
" Pergilah tegur dia." Suruh Aqil apabila melihat rakannya hanya tercegat di situ. Dah jumpa tak nak pulak tegur ni tercegat dekat situ. Dulu cari bagai nak gila kawannya ini
TBC
Thank you for 100 view. Double update for today💋🤍.