Bab 10
Haris sedang mengelap peluhnya selepas bersenam dengan menggunakan tuala yang terletak di bahunya. Sudah hampir satu jam setengah dia bersenam tanpa henti.
Aqil turut mengikuti langkah Haris tapi baru beberapa minit larian dia sudah give up. Kawannya ni terlampau banyak energy. Dia sendiri hanya mampu tiga puluh minit sahaja.
Aqil mengejar langkah Haris untuk menghentikan rakannya daripada terus berlari. Dia sudah kelaparan. Pagi pagi buta lagi dah keluar.
"Daniel sudah. Aku dah penat. Jom lah makan aku dah lapar ni." Kata Aqil mengah lalu mengangkat tangannya tanda berhenti.
Haris membuka EarPod di telinganya lalu menghentikan lariannya apabila ditahan tiba tiba.
"Kau nak makan pergi dulu lah. Aku tak lapar lagi." Kata Haris memasukkan semula EarPod miliknya.
"Dah lah tu kau ni dah berapa jam dah kau lari." Halang Aqil.
"Kau ni kacau lah. Ye lah. Jom cepat." Kata Haris ringkas.
Aqil menarik Haris untuk masuk di dalam kedai warung yang berhampiran kawasan mereka bersenam. Mereka memilih untuk makan nasi lemak.
Aqil yang baru sahaja masuk ke dalam warung tersebut terkejut apabila melihat dua wanita yang baru dia jumpa beberapa hari lalu. Dia menepuk tangan Haris lalu tunjuk di tempat duduk hujung .
"Ini dinamakan kalau dah jodoh entah kemana." Kata Haris berlagak. Haris mendekati meja tersebut untuk duduk sekali. Tepat pula warung tersebut penuh kerana sekarang waktu breakfast.
"Hanna kau nak rasa sikit lauk sotong aku tak? Sedap gila." Tawar Balqish kerana lauk yang dipilihnya sedap.
"Boleh......"
"Assalamualaikum. Hi nice to meet you again:" kata Haris tersenyum gembira. Tidak sempat Hanna ingin menghabiskan ucapannya tiba tiba sahaja dipotong.
"Eh waalaikummussalam. Hi tak sangka terjumpa lagi." Kata Baqish tersenyum melihat Aqil. Al maklumlah dua dua single
"Tu la. Patutnya esok kita jumpa di gym kan?" Tanya Aqil.
"Aah patutnya esok eh warung ni ramai orang korang duduk saja lah sini." Tawar Hanna . Haris tidak puas hati apabila Hanna hanya membalas soalan Aqil sahaja sedari tadi.
"Boleh jugak." Setelah dapat keizinan mereka berdua terus duduk di hadapan manakala balqish tukar tempat duduk di sebelah Hanna .
"Dekat sini apa yang sedap sebab kitaorang baru first time datang sini?" Tanya Aqil tertarik dengan makanan yang dipilih oleh dua wanita dihadapannya.
"Dekat sini paling special ayam berempah dia sedap sangat. Macam saya makan ni ." Jawab Hanna
"Kalau macam tu I order ayam berempah saja lah macam menarik." Kata Haris yang inginkan perhatian daripada Hanna . Hanna hanya akan jawab bila wajib sahaja.
" Pergilah order nanti habis." Jawab Hanna ringkas . Dua jejaka itu terus berdiri lalu pergi ke tempat yang terletaknya lauk pauk.
"Good morning bos!" Jerit Hanna apabila tiba sahaja di bakery.
"You ni dah kenapa pagi pagi buta menjerit?" Jeling Michel. Dia terkejut apabila sedang sibuk mengemas tiba tiba ada sesorang menjerit dari arah belakang.
"Sorry bos. Bos tak pelik ke tengok saya?" Soal Hanna tersenyum mesra.
"Apa yang pelik?" Soal Michel kembali .
"Ishh bos ni saya datang awal harini tak pelik ke?" Rungus Hanna geram.
"Memanglah dah cuti 4 hari memanglah datang awal. Itu pun sebab awak berjaya buat cupcake yang customer pesan." Perli Michel.
Hanna berjaya melakukan hiasan di atas cupcake dengan kemas sehingga pelanggan memuji dirinya. Kebiasaannya Maisarah yang akan lakukan itu tetapi ayah Maisarah yang masih lagi belum pulih menyebabkan Hanna yang terpaksa ganti.
"Eleh bos. Bos jealous eh?" Soal Hanna dengan riak wajah sombong.
"Buat apa nak jealous?" Soal Michel kembali.
"Ye lah sebab pekerja bos ni semua benda boleh buat. Hebat kan." Hanna menunjuk riaksi muka berlagak lalu menggesekan ibu jari tangannya di hidung.
"Ikut you lah Hanna. Dah pergi sambung kerja." Arah Michel. Tetapi Hanna masih lagi berdiri disitu.
"Awak lagi bos. Belum masuk waktu kerja lagi. Boleh saya tanya soalan?" Tanya Hanna takut soalannya itu dapat mengguriskan hati Michel.
"Apa dia cepat."
"Boleh saya tahu siapa gadis yang bos cakap dia dah berpunya tu? Kenapa bos tak luahkan perasaan bos dekat dia ?" Tanya Hanna
Michel tidak menjawab soalan itu. Dia terus pergi meninggalkan Hanna yang masih tercegat di hadapannya itu. Hanna terus mematikan senyumannya. Dia takut soalannya dapat mengguriskan hati bosnya.
"Bos marah saya ker?" Soal Hanna mengikuti Michel dari belakang. Tapi Michel tidak mengendahkan dia.
Michel masuk ke dalam biliknya. Hanna turut mengikuti masuk ke dalam. Dia berdiri di hadapan meja Michel.
"You nak tahu?" Soal Michel
"Nak"
"Sit I will tell you who's the girl that I fall in love." Arah Michel. Hanna hanya menurut perintah bosnya.
"Perempuan tu dia Islam. Agama memisahkan kami untuk bersatu tetapi cinta saya pada dia tak pernah berhenti. Walau macam mana sekalipun saya tetap akan hormat agama dia. Mungkin takdir mengatakan kami tidak boleh bersatu...." Ucap Michel menunduk.
"Kalau macam tu bos boleh masuk Islam kan?" Tanya Hanna polos.
"Ya saya boleh tetapi agama korang tak pernah ajar untuk memaksa that's mean tak kan I masuk Islam kerana I cintakan dia sahaja tapi i tak cintakan agama dia. Itu tidak adil kan?" Soal Michel memandang Hanna .
"Betul juga apa bos cakap tu. saya respect bos. Walaupun bos chinese bos ada rasa hormat pada agama kami." Ucap Hanna tersenyum .
"Now I kena belajar mengikhlaskan lagi pun perempuan tu sudah berpunya. I tak kejam lagi nak jadi perampas." Michel ketawa.
"Betul bos kena belajar redho that's mean ikhlas dan lupakan. Maybe ini takdir bos." Kata Hanna menenangkan Michel. Michel hanya menggangguk tanda setuju dengan kata kata Hanna .
"Bos nak dengar satu hadis ni tak. Saya suka hadis ni kalau saya sedih saya akan baca lepas solat." Ucap Hanna. Walaupun dirinya tidak bertudung tidak menjaminkan dia tidak belajar agama.
"Boleh juga."
" Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar [40.55]. Saya suka amalkan baca ni. Hadis ni dapat lembut kan hati saya." Hanna tersenyum memandang Michel. Michel yang bukan beragama Islam tertarik dengan hadis itu.
"Thank you Hanna. You baik sangat."
TBC