Bab 510 tahun kemudian
"Bro! Wassap!" Sapa Putera Aqil kepada Haris
" Waalaikummussalam" ujar Haris ringkas malas hendak melayan rakannya itu.
" heheh sorry. Daniel dah dah lah tu bina badan aku tengok badan kau ni punya tegap dah macam beruang. Jangan marah cakap jer ."ucap Putera Aqil sambil berlari di treadmill milik gym kepunyaan rakannya.
" sebelum aku baling dumbbell ni dekat muka kau baik kau tutup mulut puaka kau tu" jawab Haris dengan wajah serious sambil mengangkat dumbbell.
Putera Aqil menutup treadmill yang dimainnyer . "Daniel aku ada benda nak bagitahu kau ni. Benda ni penting" ujar Putera Aqil sambil mengelap peluh lalu mendekati Haris Daniel yang sedang mengangkat dumbbell.
" Apa dia? Kalau fasal benda tu aku malas nak cakap" ujar Haris Daniel dengan wajah mendatar. Orang handsome memang suka buat muka poyo eh?
" Tahu pun kau. Sakit telinga aku dengar kau tunaikan je lah apa yang mak cik kau tu nak.Dia tak dapat membebel dekat kau dia membebel dekat aku. Boleh pecah gegendang telinga aku dengar benda yang sama." Bebel Putera Aqil
" Kau jawab je lah balik. Kau kan raja membebel." Bidas Haris Daniel lalu meletakkan dumbbell di tempat asalnya
"Sekali dua aku tak kisah ni berkali kali. Kau tunaikan je lah permintaan mak cik kau tu. Kau yakin perempuan tu akan datang balik? Dah 10 tahun bro berlalu tapi kau masih tak jumpa dia kan? Lupa kan je lah kahwin dengan anak mak cik kau tu" ujah Putera Aqil panjang lebar
" Aku yakin dia akan datang balik. Aku sanggup tunggu dia seribu tahun sekali pun.Aku gerak dulu " Pamit Daniel sambil menepuk bahu rakannya.
"Hanna bangun! Dah lambat dah ni kau nak pergi kerja! Bangun Hanna!" Jerit Alya Balqish sambil mengetuk pintu bilik Hanna yang berkunci. Geram sungguh dengan rakannya ini dah jerit pun tak bangun.
" Yer aku bangun." Ucap Hanna Delisya dalam keadaan mengantuk.
" Ha tahu pun bangun ingatkan nak tunggu bos kau datang sini kejut" Perli Alya Balqish yang mengingatkannya kejadian minggu lepas. Mana tak nye tak ada angin tak ada ribut tiba tiba bos datang rumah nasib bos handsome .
"Kau tunggu je lah dekat meja makan nanti aku datang" ucap Hanna Delisya dari dalam bilik.
Setelah mandi dan bersiap Hanna Delisya turun dengan keadaan kelam kabut. Tu lah bangun lambat lagi.
" Hanna makanlah dulu. Nanti perut kau kosong macam mana? Ha lagi satu semalam kau balik lambat kau dating dengan bos kau ker?" Soal Alya Balqish kepada Hanna yang kelihatan tergesa gesa itu.
" Apa yang kau merepek ni. Mana ada lah . Semalam aku balik lambat sebab siapkan tempahan kek faham. Jangan nak menuduh yer". Kata Hanna sambil membetulkan rambutnya yang kelihatan berantakan itu.
" Ooh. Eh kau nak pergi dah ker?" Soal Alya Balqish apabila melihat Hanna sudah masuk dalam kereta .
" Ha aku dah lambat nanti kena bebel. Bye beb"Pamit Hanna meninggalkan kawasan rumah.
" Maisarah" bisik wanita yang baru sahaja tiba di cafe.
" Eh Hanna kenapa?" Tanya Maisarah dalam nada berbisik juga.
" Bos dah sampai ker?"
" Kenapa awak cari saya Hanna" Tanya seorang jejaka yang daripada tadi melihat staffnya yang baru tiba itu.
" Eh! Bos awal bos sampai eh" ucap Hanna yang terkejut apabila disapa begitu
" Lewat lagi?"
" Sorry bos. Ye lah semalam bos suruh siapkan kek tu malam tu jugak saya siapkan itu yang saya balik lambat." Mula dah sesi membebel Hanna.
" Sebagai denda saya nak awak teman saya harini." Ucap lelaki itu santai
" Eh mana boleh bos saya dah janji ....."
" Saya tak mintak kebenaran." Belum sempat Hanna menghabiskan ucapannya jejaka itu memotong. "Ingat Hanna you jangan lupa janji kita i pergi dulu" pamit lelaki itu.
" Hantu punya bos! Sebab dia aku bangun lambat." Bebel Hanna .
TBC
Vote sikit untuk unlock next chapter boleh?🤍